Restoran Terbuka, Kawasan Larangan Merokok

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,596
Reaction score
8,826
Points
2,226



Beberapa badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MYWATCH), Roslizawati Md Ali, Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia dan Gabungan NGOs Melaka Bebas Asap Rokok (GANMBAR) turut hadir bagi memberi sokongan dalam prosiding permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh perokok untuk cabar larangan merokok di semua premis makanan yang dikuat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Jan 2019

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN TUJUH PEROKOK CABAR LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKAN


KUALA LUMPUR, 29 Okt : Tujuh perokok hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Jan 2019.

Mereka ialah Mohd Hanizam Yunus, 52; Zulkifli Mohamad, 56; Mohd Laisani Dollah, 46; Mohd Sufian Awaludin, 35; Ridzuan Muhammad Noor, 52; Mohd Yazid Mohd Yunus, 48 dan Yuri Azhar Abdollah, 39 selaku pemohon.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan tujuh individu itu terhadap KKM selaku responden, berpendapat bahawa kesemua pemohon telah terkhilaf apabila menyatakan hak untuk mereka merokok akan terhakis sama sekali dengan adanya peraturan larangan merokok berkenaan.

Hakim Mariana berkata responden telah mengambil kira faktor kepentingan awam apabila menetapkan jarak tiga meter bagi membolehkan perokok untuk merokok di premis makan.

“Pemohon-pemohon atau perokok masih boleh merokok di luar pada jarak tiga meter daripada tempat makan dan menjadi tanggungjawab perokok bagi memastikan puntung rokok dibuang di tempat yang disediakan. Oleh itu, untuk kesemua pemohon menyatakan bahawa hak mereka telah terhakis dan dicemari dengan larangan merokok di premis makan adalah tidak berasas,” katanya.

Hakim itu menegaskan bahawa ketidakpuasan pemohon-pemohon yang mewakili perokok ialah mereka ingin melepaskan hajat atau keinginan merokok di premis-premis makanan seberapa lama yang mereka inginkan.

“Perbuatan merokok di premis makan menjadikan udara persekitaran tidak bersih dan asap rokok juga menggangu orang yang tidak merokok di premis makan. Pemohon-pemohon tidak dihalang untuk menikmati makanan hingga larut malam selagi mana mereka merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan,” katanya.

Mengenai isu bahawa pemohon tidak diberi hak untuk berunding dengan responden sebelum larangan rokok dikuat kuasa, Hakim Mariana berkata rundingan awam yang dilaksanakan dengan sesuatu agensi atau pihak-pihak dibuat atas budi bicara responden dan ia bukan suatu hak kepada pemohon-pemohon.

“Oleh yang demikian, ia terpulang kepada responden untuk mengadakan rundingan awam atau tidak bersesuaian dengan perkara yang hendak diputuskan,” katanya.

Hakim Mariana berkata menurut responden, usaha untuk melaksanakan larangan merokok di premis makan telah bermula sejak 2004 sehingga 2019 iaitu mengambil masa selama 15 tahun dan beberapa siri perbincangan bersama-sama pihak-pihak berkenaan telah dilaksanakan pada 2009, 2015 dan 2018.

“Responden dalam afidavitnya menyatakan orang awam dipelawa untuk memberi maklum balas kepada pihak responden berhubung pelaksanaan larangan merokok di premis makan dan tempoh maklum balas daripada orang awam ini telah diberi sehingga 18 Mei 2018.

“Bagaimapun, tiada mana-mana pemohon menyatakan maklum balas atau bantahan mereka mengenai pelaksanaan larangan merokok sejak tahun 2015 atau sejak ia mula dicadangkan 15 tahun yang lepas,” kata hakim itu yang turut memaklumkan bahawa tawaran responden untuk orang ramai memberi maklum balas sehingga 18 Mei 2018 melalui laman web KKM adalah memadai dan yang pasti tiada sebarang aduan atau bantahan daripada kesemua pemohon berhubung larangan merokok itu sejak ia dicadangkan.

Hakim Mariana berkata selepas mempertimbangkan permohonan pemohon-pemohon dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat pihak responden telah bertindak dalam bidang kuasanya dan keputusan larangan merokok di premis makan tidak bertentangan dengan Artikel 5 dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga tidak dicemari dengan ketidaksahan, tidak rasional atau salah prosedur yang membolehkan mahkamah ini memberikan suatu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden untuk menguatkuasakan larangan merokok di premis-premis makan yang dicadangkan dikuat kuasa pada 1 Jan 2019.

“Mahkamah dengan ini menolak permohonan semakan kehakiman pemohon-pemohon dan tiada perintah untuk kos,” katanya.

Dalam permohonan yang difailkan pada 18 Feb tahun ini, kesemua pemohon yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan Hak Perokok, antara lain, mendakwa bahawa larangan merokok tersebut bertentangan Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan aktiviti jenayah dan aktiviti terbabit sah dari segi undang-undang yang dijamin perlembagaan.

Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makan.

Mereka mendakwa rakyat Malaysia yang merokok secara konstruktifnya diketepi dan didiskriminasi daripada mengunjungi serta menikmati kemudahan di premis makan melalui larangan merokok dan ia bertentangan dengan peruntukan dan prinsip undang-undang dan salah prosedur kerana responden tidak pernah berjumpa perokok atau pihak berkepentingan bagi membincangkan penguatkuasaan larangan.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili kesemua pemohon berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.

Selain Mohamed Haniff, kesemua pemohon turut diwakili peguam Datuk M. Reza Hassan manakala KKM diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.

Turut hadir dalam prosiding itu, beberapa badan bukan kerajaan termasuk Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Aktiviti Kawalan tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) Roslizawati Md Ali.


 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,110
Reaction score
1,078
Points
191
ramai dah mangkuk dok merokok kat restoran sekarang ..byk dah aku dok ambik photo....sapa takut kerajaan sekarang?...depa tau kerajaan sembang kosong jah...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,797
Reaction score
1,303
Points
206
selalu nampak tokey batu cincin buat live sambil hisap rokok daun dekat mamak.
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,541
Reaction score
231
Points
83
ramai dah mangkuk dok merokok kat restoran sekarang ..byk dah aku dok ambik photo....sapa takut kerajaan sekarang?...depa tau kerajaan sembang kosong jah...
start kuatkuasa 1 Jan 2020... kedai kawe g ngopi saknih tepek stiker reminder dah.. kat dinding kedai...
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,346
Reaction score
2,112
Points
226
start kuatkuasa 1 Jan 2020... kedai kawe g ngopi saknih tepek stiker reminder dah.. kat dinding kedai...
jadi sebelum tu xder kena kompaun la ye? patut ramai masih berani ..
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,346
Reaction score
2,112
Points
226
Tidak Saman Perokok Sebelum 1 Januari 2020

17.08.2019 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan tidak akan bertindak drastik menyaman perokok, sebaliknya mengutamakan pendidikan berterusan bagi menyedarkan mereka termasuk orang awam supaya tidak merokok di restoran dan premis makanan.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sehingga 1 Januari 2020, kementerian cuma akan mempertingkatkan usaha untuk mendidik perokok supaya tidak merokok di premis terbabit.

Selain itu, katanya, kementerian juga menyediakan kemudahan di 731 klinik kesihatan seluruh negara dengan bayaran hanya RM1 bagi membantu perokok berhenti atau mengurangkan tabiat merokok mereka.

“Ketika kita melaksanakan dasar (larangan merokok di kedai makan) ini, penekanan lebih kepada pendidikan berbanding denda atau saman. Jadi, kita masih lagi dalam peringkat pendidikan dan sehingga 1 Januari 2020), kita akan pertingkat usaha pendidikan.

“Perokok juga boleh dapatkan ubat nasihat daripada doktor pakar dengan bayaran hanya RM1. Saya harap perokok ambil kesempatan ini untuk berhenti merokok.

“Kita harap rakyat, khususnya mereka yang merokok, boleh menerima peraturan yang kita laksanakan bukan saja untuk jaga kesihatan mereka (perokok), tetapi juga kesihatan orang sekeliling. Kita tahu masih ada ketidakpatuhan khususnya di luar bandar, tetapi kita usahakan dari segi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum CEO Asia 2019 di Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini, pagi tadi.

Mengulas sikap segelintir pemilik kedai makan yang dilihat culas melaksanakan dasar larangan merokok, Dr Boon Chye berkata pemantauan pegawai kementeriannya mendapati pemilik premis berkenaan ada mempamerkan notis larang merokok di dalam premis mereka.

Apabila notis larangan merokok dipamerkan, beliau berharap pemilik atau pekerja kedai makan tidak menggalakkan tabiat merokok dalam premis berkenaan.

“Apabila kita lawat premis makanan, kebanyakan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab dengan mempamerkan notis larangan merokok. Hampir 100 kedai makan mematuhi syarat dengan mempamerkan notis berkenaan.

“Jadi, kita juga harap mereka tak galakkan merokok dalam premis,” katanya.

Sebelum ini, kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok turut membabitkan semua premis makanan antaranya restoran tertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Pada 22 Jun lalu, Dr Boon Chye dipetik berkata, penguatkuasaan pendidikan akan diteruskan sehingga hujung tahun ini berikutan tempoh untuk mendidik dan mengubah sikap memerlukan masa.

Menurutnya, bermula 1 Januari tahun depan, Kementerian Kesihatan akan terus menguatkuasakan larangan dan mengeluarkan saman sekiranya masih ada perokok tidak mematuhi peraturan itu.



Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/597011/tidak-saman-perokok-sebelum-1-januari-2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,596
Reaction score
8,826
Points
2,226


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. NSTP/Nurul Shafina Jemenon
Hampir 4,000 individu kena notis amaran merokok di kedai makan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan notis amaran kepada 3,889 individu yang didapati merokok di premis kedai makan selepas diwartakan sebagai kawasan larangan merokok bermula 1 Januari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata dalam tempoh itu, 146,607 premis makanan diperiksa di seluruh negara dan 31,422 notis amaran dikeluarkan, dengan 27,759 premis diberi amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok.

Beliau berkata, sejumlah 23,805 aduan mengenai kesalahan merokok di kedai makan sejak Januari sehingga 3 November lalu.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang mengingkari larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kementerian bagi mengawal penjualan vape atau rokok elektronik yang kini menjadi trend serta tarikan terutama bagi remaja dan serta status kempen larangan merokok di premis makanan.

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Januari 2019, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Mengenai vape atau rokok elektronik, Dr Dzulkefly memaklumkan tindakan penguatkuasaan dijalankan di seluruh negara pada 20 Ogos dan 31 Oktober lalu, dengan tumpuan terhadap kedai penjualan alat itu berhampiran sekolah.

Turut menjadi sasaran ialah lokasi yang menjadi akses kepada pelajar seperti kedai runcit, kedai gajet serta kedai peralatan rokok elektronik.

Pada sesi soal jawab, Dzulkefly berkata, 34,787 unit produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik

tidak bernotifikasi dirampas Kementerian Kesihatan pada tahun lalu dan tahun ini, dengan nilai rampasan mencecah RM63.1 juta.

Katanya, notifikasi penurunan iklan dan sekatan ke atas laman sesawang dan platform e-dagang juga diambil bagi kosmetik serta produk kesihatan yang melanggar undang-undang.

“Bagi mengekang pengilangan dan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi, tindakan pemeriksaan selain operasi serbuan secara berterusan dijalankan ke atas premis pengeluar atau penjual berdasarkan pengesahan aduan yang diterima daripada orang awam.

“Syarikat atau individu yang didapati mengilang dan menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar selain kosmetik tidak bernotifikasi akan disiasat serta didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) mengenai langkah penguatkuasaan diambil kementerian berikutan peningkatan produk kosmetik dan kesihatan jenama buatan sendiri di pasaran sejak kebelakangan ini.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register