Others Restoran Roti Canai Janda – Nikmatnya Tak Terlupa jadi tumpuan

CG Sponsors




jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,765
Reaction score
2,470
Points
201
Setakat aku makan roti canai..
Paling sedap area umah aku..
Makcik umur dlm 50an..

Roti canai lembut didalam ranggup diluar..
Mmg tip top..

xda kaitan dgn janda..
Tp orang perempuan buat roti canai sedap lgi..
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,312
Reaction score
1,794
Points
206

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,991
Reaction score
21,124
Points
1,671
mantap. anak mak janda
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
POKOK SENA: Hasil jualan di Restoran Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang, di sini meningkat sekali ganda selepas kisah perniagaan dua beranak yang juga berstatus janda itu disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin. Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, jumlah pelanggan mengunjungi restorannya yang menggunakan slogan ‘Nikmatnya Tak Terlupa’ didapati lebih ramai semalam berbanding sebelum ini. “Kebanyakan mereka adalah pelanggan baharu yang tinggal di sekitar di sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Jitra yang melalui kampung ini....
https://www.utusan.com.my/.../jualan-roti-canai-janda.../

Jualan roti canai janda semakin laris
CAINAI-JANDA-RESIZE.jpg

NORASIAH Abdul Rahman (kiri) bersama Nurul Nadia Ismail menunjukkan bekas tepung roti canai yang habis di Restoran Roti Canai Janda, Pokok Sena, Kedah, semalam.

  • 19 November 2020, 10:17 am



POKOK SENA: Hasil jualan di Restoran Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang, di sini meningkat sekali ganda selepas kisah perniagaan dua beranak yang juga berstatus janda itu disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin.

Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, jumlah pelanggan mengunjungi restorannya yang menggunakan slogan ‘Nikmatnya Tak Terlupa’ didapati lebih ramai semalam berbanding sebelum ini.
“Kebanyakan mereka adalah pelanggan baharu yang tinggal di sekitar di sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Jitra yang melalui kampung ini.

“Alhamdullilah, kebanyakan mereka ke restoran ini selepas tertarik dengan laporan Utusan Malaysia,” katanya semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Restoran Roti Canai Janda yang diusahakan dua beranak itu menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak tiga tahun lalu.
Norasiah yang berpisah dengan suaminya sejak 2007 dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal selepas ditinggal suaminya awal tahun ini.

Janda yang mempunyai tiga anak itu memberitahu, setiap hari dia menggunakan tepung gandum sebanyak 14 kilogram untuk diuli menjadi roti canai dan habis dijual antara pukul 11 hingga 12 tengah hari.
“Bagaimanapun semalam, roti canai yang saya jual habis seawal pukul 9 pagi.

“Malah saya terpaksa menambah tepung gandum untuk diuli bagi tidak mengecewakan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap, Mohd. Syazwan Abdullah, 53, dia lebih setahun bersarapan di restoran ini, namun semalam tidak dapat bersarapan roti canai.

“Kebiasaannya pukul 10 pagi masih ada roti canai, tetapi hari ini (semalam) telah habis awal. saya hanya tinggal berdekatan restoran ini, jadi tidak apa boleh datang lagi esok (hari ini),” katanya. – UTUSAN ONLINE


 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,312
Reaction score
1,794
Points
206
huh pkpb pun ramai dtg mencanak2 untung bisnes akak ni

alhamdulillah mgkn lps ni kena tmbh pekerja sbb ramai dtg nk mkn
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,866
Reaction score
240
Points
33
Jual status dengan bagooos punya tagline.. ok jer... HALAL

Jangan jual diri sudah lah.. tak ok.. HARAM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register