Others Restoran Roti Canai Janda – Nikmatnya Tak Terlupa jadi tumpuan

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Restoran Roti Canai Janda – Nikmatnya Tak Terlupa jadi tumpuan
roti-janda-RESIZE.jpg
NORASIAH Abdul Rahman (kanan) dan Nurul Nadia Ismail yang berstatus ibu tunggal menyediakan roti canai untuk pelanggan Restoran Roti Canai Janda - Nikmatnya Tak Terlupa di Kampung Baru Derang, Pokok Sena, Kedah, semalam. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
  • Oleh ZAID MOHD NOOR
  • 17 November 2020, 9:37 am
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
POKOK SENA: Restoran Roti Canai Janda yang diusahakan dua beranak berstatus janda di Kampung Baru Derang, Pokok Sena dekat sini menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak tiga tahun lalu.
Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, mengunakan slogan ‘Nikmatnya Tak Terlupa’ sehingga menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan pintas dari Pokok Sena ke Bandar Darulaman, Jitra.
Norasiah yang berpisah dengan suaminya sejak 2007 mengakui slogan itu memikat ramai pelanggan untuk menikmati roti canai yang ditebarnya sendiri.
Menurutnya, dia dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal selepas ditinggalkan suaminya awal tahun ini.
“Nama restoran ini diberi berdasarkan status saya sebagai janda dan setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini semalam.
Norasiah memberitahu, dalam sehari, dia dapat menjual kira-kira 400 biji roti canai dan antara sajian popular di restoran itu ialah roti canai sarang burung serta roti doll.
“Roti canai itu saya sendiri yang tebar dan kuah serta sambal pun saya masak sendiri,” katanya.
Norasiah mempunyai tiga orang anak termasuk anak kedua bernama Nurul Hidayah, 26, yang sudah berumah tangga dan menetap di Kuala Lumpur dan anak ketiga Mohd. Ariff Fahami, 21, yang tinggal bersama bekas suaminya.
Norasiah memberitahu, selain itu, antara menu lain yang dijual di restorannya ialah laksa, nasi campur dan pulut ikan kering.
Katanya, restorannya itu dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 6 pagi hingga 1.30 petang.
“Bagaimanapun, ada beberapa pelanggan mula menunggu untuk minum dan makan di restorannya seawal pukul 5 pagi,” tambahnya.
Dalam pada itu, menurutnya, dia kecewa apabila terdapat segelintir masyarakat yang yang membuat pelbagai persepsi apabila menamakan restorannya itu dengan perkataan ‘janda’.
“Saya juga berdepan usikan pelanggan lelaki, namun saya tidak mengendahkannya dan menganggap mereka sebagai pelanggan sahaja,” katanya.
Dia berkata, semangatnya tidak luntur berhadapan dengan tohmahan masyarakat kerana dia mahu mencari rezeki yang halal bagi menyara kedua ibu bapanya, Abdul Rahman Hashim dan Sofiah Ibrahim, masing-masing berusia 75 tahun. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,312
Reaction score
1,794
Points
206
org lelaki ni bilo lepak2 sembang bab janda nombot satu ekekekekeeke

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
semoga bisnes maju jaya

hehe nama kedai dan slogan mmg taknak kalah :D
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,212
Reaction score
2,377
Points
201
semoga bisnes maju jaya

hehe nama kedai dan slogan mmg taknak kalah :D

sloaganya MENJURUS tu...so penarik bagi geng geng duda.....dan juga geng geng pakcik yg perasan muda....dan kembali muda datang minum...hahahaha.....yg bujang tengok tepi je....hehehe
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,212
Reaction score
2,377
Points
201
org lelaki ni bilo lepak2 sembang bab janda nombot satu ekekekekeeke


aku tak faham...kenapa org melayu ni kalau isteri org takut dgn janda...., bakal mak mertua jeling kat janda.....lepas geng geng kopiah pun kalau sembang bab janda tak nak kalah..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
sloaganya MENJURUS tu...so penarik bagi geng geng duda.....dan juga geng geng pakcik yg perasan muda....dan kembali muda datang minum...hahahaha.....yg bujang tengok tepi je....hehehe
aah menjurus, penarik dan pelaris :D
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,312
Reaction score
1,794
Points
206
mak & anak duo2 jando tu, yg mano satu jadi pilihan kalbu ekekekekke:love:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register