Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,216
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,216
- Reaction score
- 985
- Points
- 121
Oleh |
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Oleh |
Oleh
Restoran Nasi Kandar Pelita jawab fitnah isu pemiliknya bukan Islam
Wartawan MalaysiaGazette
-
24 December 2023
26 cawangan Restoran Nasi Kandar Pelita mempunyai Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
KUALA LUMPUR – Rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) tampil sekali lagi menafikan restoran berkenaan tidak halal kerana dimiliki oleh penganut bukan Islam.
Penafian itu dibuat selepas isu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak beberapa hari lalu kononnya restoran itu tidak halal kerana pemiliknya, Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D. Murugan, 47, beragama Hindu.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, restoran itu memberitahu, segala maklumat mengenai Nasi Kandar Pelita boleh diakses di laman web www.pelita.com.
“Jom sama sama kita tambahkan pengetahuan mengenai nasi kandar yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia .
“Maklumat mengenai sejarah pembukaan, latar belakang, menu hidangan dan lokasi cawangan. Jangan sebarkan fitnah, takut nanti kena dakwa,” tulisnya.
Dalam hantaran lain, restoran itu menjelaskan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn. Bhd. bagi menguruskan pemprosesan ayam.
“Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi sijil halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Pekerja-pekerja bahagian penyembelihan mempunyai sijil pengesahan penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
“Kesemua 26 buah cawangan Nasi Kandar Pelita mempunyai sijil halal yang disahkan oleh JAabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sijil halal boleh didapati di setiap restoran kami.
“Tak pasti, jangan kongsi. kalau sangsi? Tanya kami dan kepada penyebar fitnah, tindakan undang-undang dan dakwaan akan kami laksanakan sekiranya perlu.
Terima kasih,” katanya. – MalaysiaGazette
Saman je lebai tu biar dia tinggal turban je!