soybean
CG Hardcore Club

- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,126
- Points
- 661
- Awards
- 1
[email protected]
Burung camar tiram antara ditemui di tempat persinggahan burung berhijrah dan burung air tempatan di sekitar kawasan Teluk Air Tawar dan Kuala Muda, Penaga. - NSTP/Danial Saad\
KAWASAN Teluk Air Tawar-Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, yang kaya dengan hasil laut dan sumber organisma marin menjadi faktor utama persinggahan burung pantai hijrah ke lokasi itu sejak kebelakangan ini.
Lokasi dianggarkan seluas 600 hektar itu dianggap restoran bertaraf lima bintang bagi burung pantai hijrah mendapatkan makanan dan menjalani kehidupan di sini mengikut peralihan fasa demi fasa sebelum terbang pulang ke negara asal mereka.
Menurut Penyelaras Projek Burung Pantai Semenanjung Malaysia, Dr Nur Munira Azman, burung pantai hijrah memerlukan tempat istirehat yang selesa dengan ekosistem terbaik serta mudah memperoleh makanan selepas terbang ribuan kilometer.
Beliau yang melakukan penyelidikan berhubung burung berkenaan sejak enam tahun lalu, mendapati kawasan Teluk Air Tawar-Kuala Muda menjadi tempat tumpuan persinggahan burung pantai hijrah sekali gus perlu dilindungi.
"Kawasan ini (Teluk Air Tawar-Kuala Muda) terletak di tengah salah satu laluan penerbangan burung pantai hijrah datang dari hemisfera utara ke selatan yang keseluruhan dalam dunia ini terdapat sembilan laluan.
"Ini membuktikan lokasi ini amat penting dan perlu dijaga serta dilindungi kerana menjadi kawasan persinggahan ribuan burung pantai hijrah yang ia bukan biasa-biasa kerana datang dari pelbagai negara antaranya Russia, Taiwan, Siberia dan Artik.