BTC USD 28,657.8 Gold USD 1,969.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Restoran di Marang masih belum kenakan GST

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Noramrah (kiri) melihat pembantu di restorannya menghidangkan makanan kepada pelanggan.
< 1 / 1 >
MARANG - Kesemua pengusaha restoran dan kedai makan di daerah ini belum mengenakan GST kepada pelanggan, biarpun ada sesetengah pihak dikatakan telah melaksanakan pra GST sebagai persiapan penggunaan cukai itu yang dijangka bermula 1 April 2015.

Tinjauan Sinar Harian di restoran dan kedai makan utama di daerah ini turut dapati makanan dan minuman masih dijual pada harga lama biarpun selepas kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 2 Oktober lalu.

Pengurus Cawangan Restoran Maidah di Bukit Payong, Noramrah Mohamad, 34, berkata, dia masih belum mengenakan caj GST sebanyak enam peratus kepada pelanggan yang mengunjungi restoran sehingga hari ini.

“Selagi bahan mentah seperti ayam, daging dan sayur tak naik, kita tak akan kenakan bayaran tambahan kepada pelanggan termasuk caj GST.

Jadi makanan dan minuman masih pada harga lama walaupun harga minyak naik,” katanya.

Menurutnya, makanan antaranya seperti roti canai masih pada harga lama iaitu RM1 sekeping; roti telur RM1.80; capati RM1.50; roti sardin RM3 serta roti tisu RM2 termasuk harga nasi beriani dan pelbagai jenis lauk.

Sementara itu, seorang lagi pemilik kedai makan di Wakaf Tapai, Khairul Sidek, 46, berkata, sesuai dengan caj GST yang akan berkuat kuasa 1 April nanti peniaga kedai makan dan pengusaha restoran perlu diberi penerangan secara terperinci.

“Kita difahamkan pelaksanaannya setakat ini masih belum dikuatkuasakan oleh kerajaan. Tapi kalau ia dilaksanakan saya rasa ramai peniaga kedai makan dan pengusaha restoran yang tidak mengetahui bagaimana ia berfungsi.

“Maklumlah peniaga kedai makan dan pengusaha restoran di sini jauh dari bandar dan kebanyakan mereka hanya tahu menyebut perkataan GST tapi tak tahu mengenainya dan mereka perlu diberi penerangan jelas mengenainya,” katanya.

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/restoran-di-marang-masih-belum-kenakan-gst-1.326551
 
Sponsored Post

sayasuka

Legendary Member
gem
Messages
12,964
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
“Maklumlah peniaga kedai makan dan pengusaha restoran di sini jauh dari bandar dan kebanyakan mereka hanya tahu menyebut perkataan GST tapi tak tahu mengenainya dan mereka perlu diberi penerangan jelas mengenainya,” katanya.

pengguna masih ada yg tak faham, peniaga sepatutnya dah faham agar tak silap.
 
arzaraza

Super Active Member
Messages
5,761
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,761
Reaction score
29
Points
70
nasib baek kena gst kalau tidak kita Xmaju.

tu la ramai yg komplen kata Xbagus, puak pembangkang ni memang perangai mcm tu. tengok kedai makan pun dah pandai kenakan gst, itu pun Xbanyak 6% aje.

cuba kira tengok, kalau kita makan & minum RM8 berapa kena tambah kat gst.

RM8 + 6% =
8 + 0.50 = baru kena RM8.50 mahal sangat ke kalau dibandingkan dengan BR1M yg depa bagi RM600.
 
myalizee83

Active+ Member
Messages
2,679
Joined
Jun 9, 2008
Messages
2,679
Reaction score
15
Points
25

haah... ye tak yea jugak... apelah sgt yerk... cume tambah sikit jer bukannye bnyk... 50 sen jak... stenby duit syiling jer dari buang merata2 tempat baek buat bayo GST... ader jugak kegunaan...

Kalau nak beli barang yang MYR80 pun cume tambah lagi MYR4.80 and kalau barang rege MYR800 kena tambah MYR48. barang MYR8000 baru tambahan MYR480 jer... pendapatan rakyat malaysia kan tinggi MYR5900... apelah sangat dgn GST tue... kalau nak mintak kureng sikit cthnya beli barang elektrik yg rege MYR800 tue depa musti ckp sy kurangkan kat GST MYR20 hinggit :)paid
 
opin

Active+ Member
Messages
2,916
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,916
Reaction score
192
Points
43
haah... ye tak yea jugak... apelah sgt yerk... cume tambah sikit jer bukannye bnyk... 50 sen jak... stenby duit syiling jer dari buang merata2 tempat baek buat bayo GST... ader jugak kegunaan...

Kalau nak beli barang yang MYR80 pun cume tambah lagi MYR4.80 and kalau barang rege MYR800 kena tambah MYR48. barang MYR8000 baru tambahan MYR480 jer... pendapatan rakyat malaysia kan tinggi MYR5900... apelah sangat dgn GST tue... kalau nak mintak kureng sikit cthnya beli barang elektrik yg rege MYR800 tue depa musti ckp sy kurangkan kat GST MYR20 hinggit :)paid

:)cgrock:)cgrock:)cgrock, kalau ada yang x faham lagi penerangan ni. memang pelik ler.......
 
Sponsored Post

Top
Log in Register