BTC USD 36,043.0 Gold USD 1,814.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan,pembangkang meterai MoU Transformasi, Kestabilan Politik

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
1631950535242.png


MOU kerajaan-PH: Pejuang tak diajak berbincang, kata Dr M

Diterbitkan: Sep 18, 2021 2:03 PM

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak dijemput untuk berbincang berhubung memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang itu berkata pihaknya juga tidak akan menyokong sebarang bentuk kerjasama yang dilihat mempunyai "unsur rasuah".

"Pertamanya, ketika (Pejuang) tidak dijemput untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Kalau kita ambil bahagian kerana dapat pulangan tertentu, itu tak sesuai kerana nampak unsur rasuah.




"Iaitu kami akan sokong kalau kamu bagi sekian-sekian kepada kami, itu kami tidak boleh terima," katanya dalam sidang media di Langkawi, hari ini.

Semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengajak Pejuang, Warisan dan Muda menyokong dan menandatangani MOU berkenaan.

Baru-baru ini kerajaan menandatangani MOU dengan pihak PH yang mana beberapa pembaharuan akan dilakukan kerajaan selepas mendapat persetujuan bersama.

Dalam dokumen MOU antara PH dan kerajaan pimpinan Ismail, kerajaan menjanjikan sejumlah reformasi dalam jangka waktu tertentu, dan juga berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Sebagai balasannya, PH berjanji tidak akan menggunakan undi mereka menggulingkan Ismail Sabri atau menyekat Belanjawan 2022 selagi pembaharuan yang dijanjikan mengikut jadual dan mereka akan dilibatkan dalam perbincangan mengenai Rang Undang-Undang Belanjawan.

Pada masa sama, PH mengatakan mereka akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang akan kekal sebagai blok bebas dan tidak akan terikat dengan mana-mana pihak, namun sedia mengadakan perbincangan untuk kepentingan rakyat.

“Kita bebas, tak terikat dengan mana-mana parti, kita boleh bercakap dengan mereka, tapi tak terikat," katanya.

Jelasnya, Pejuang berpendapat perlu ada kebebasan bagi parti pembangkang untuk menegur kerajaan seperti amalan demokrasi biasa.

“Dalam sistem demokrasi kita perlu parti lawan untuk beri teguran kepada kerajaan, lainlah kalau kita ada kerajaan perpaduan di mana semua orang (parti) ada kuasa yang sama," katanya lagi.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Bekas Perdana Menteri itu berkata Pejuang akan kekal 'bebas' bagi memastikan semak dan imbang.

Pejuang enggan tandatangan MoU, ada unsur ‘rasuah’, kata Dr M​


September 18, 2021 1:53 PM

TUN-MAHATHIR-FMT-190220-5-2.jpg


Mahathir berkata MoU itu tidak sesuai kerana nampak seolah-olah wujud unsur rasuah.

PETALING JAYA: Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata Ahli Parlimen parti itu tidak akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Langkawi, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau percaya pembangkang perlu bebas untuk memastikan semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Jadi ini kita dapati bahawa kalau kita ambil bahagian (tandatangan MoU) kerana kita dapat pulangan tertentu, itu bagi kita tak sesuai kerana dia nampak seolah-olah ada unsur rasuah disitu.
“Kita tidak boleh terima. Kalau nak bagi, bagi kepada semua. Jangan ada pilih orang berjanji sokong sahaja kita bagi,” katanya.



Pada 13 Sept lalu, kerajaan dan PH menandatangani MoU mengenai “kestabilan dan transformasi politik” yang merangkumi pembaharuan Parlimen dan transformasi kerajaan.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah dana akan diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bawah perjanjian antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan PH.

Tetapi, hanya Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian itu akan mendapat manfaat, menurut laporan Malaysiakini yang berkata dokumen itu menyatakan “satu peringatan penting adalah dana sama hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian ini”.
Ini menyebabkan Ahli Parlimen daripada parti seperti Pejuang, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu, serta bebas tidak akan mendapat dana yang sama.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang tidak diundang dalam majlis MoU antara kerajaan dengan PH pada 13 Sept lalu.
Mahathir berkata Pejuang kekal berpendirian untuk berada di blok pembangkang yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana gabungan parti termasuk PH.
“Kita tak terikat dengan mana-mana parti. Kita boleh cakap dengan mereka tetapi tidak semestinya kita ikat diri kita dengan mereka,” katanya.

 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,227
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,227
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
1631950535242.png


MOU kerajaan-PH: Pejuang tak diajak berbincang, kata Dr M

Diterbitkan: Sep 18, 2021 2:03 PM

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak dijemput untuk berbincang berhubung memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang itu berkata pihaknya juga tidak akan menyokong sebarang bentuk kerjasama yang dilihat mempunyai "unsur rasuah".

"Pertamanya, ketika (Pejuang) tidak dijemput untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Kalau kita ambil bahagian kerana dapat pulangan tertentu, itu tak sesuai kerana nampak unsur rasuah.




"Iaitu kami akan sokong kalau kamu bagi sekian-sekian kepada kami, itu kami tidak boleh terima," katanya dalam sidang media di Langkawi, hari ini.

Semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengajak Pejuang, Warisan dan Muda menyokong dan menandatangani MOU berkenaan.

Baru-baru ini kerajaan menandatangani MOU dengan pihak PH yang mana beberapa pembaharuan akan dilakukan kerajaan selepas mendapat persetujuan bersama.

Dalam dokumen MOU antara PH dan kerajaan pimpinan Ismail, kerajaan menjanjikan sejumlah reformasi dalam jangka waktu tertentu, dan juga berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Sebagai balasannya, PH berjanji tidak akan menggunakan undi mereka menggulingkan Ismail Sabri atau menyekat Belanjawan 2022 selagi pembaharuan yang dijanjikan mengikut jadual dan mereka akan dilibatkan dalam perbincangan mengenai Rang Undang-Undang Belanjawan.

Pada masa sama, PH mengatakan mereka akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang akan kekal sebagai blok bebas dan tidak akan terikat dengan mana-mana pihak, namun sedia mengadakan perbincangan untuk kepentingan rakyat.

“Kita bebas, tak terikat dengan mana-mana parti, kita boleh bercakap dengan mereka, tapi tak terikat," katanya.

Jelasnya, Pejuang berpendapat perlu ada kebebasan bagi parti pembangkang untuk menegur kerajaan seperti amalan demokrasi biasa.

“Dalam sistem demokrasi kita perlu parti lawan untuk beri teguran kepada kerajaan, lainlah kalau kita ada kerajaan perpaduan di mana semua orang (parti) ada kuasa yang sama," katanya lagi.


Oh merajuk la nie xajak dia, nuar pun boleh xajak org tua bincang, lgpun org tua klau merajuk payah la nk pujuk huhuhu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Ahli Parlimen berkata, pemimpin PH tetap mengkritik kerajaan dalam tempoh seminggu lalu.

Ada MoU pun PH masih boleh kritik kerajaan, Dr M diberitahu​





September 18, 2021 4:30 PM


Charles-Santiago-Fahmi-Fadzil.jpg


Charles Santiago dan Fahmi Fadzil berkata, pemimpin PH jelas menyatakan akan terus mengkritik serta mempertikaikan dasar yang tidak bagus untuk negara ini.

PETALING JAYA: Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan tidak menghalang pembangkang daripada terus mengkritik dan memantau Putrajaya, kata Ahli Parlimen.

Bercakap kepada FMT, Charles Santiago dan Fahmi Fadzil, masing-masing daripada DAP serta PKR berkata, pemimpin PH jelas menyatakan akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

Mereka mengulas kenyataan Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa Pejuang tidak akan menandatangani MoU dengan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana pembangkang mesti bebas untuk memantau tindakan kerajaan.
Santiago berkata, MoU itu – yang kandungannya boleh diperolehi secara dalam talian – tidak menghalang atau mengekang pembangkang daripada mengkritik kerajaan.



“Malah, dari segi belanjawan persekutuan, pembangkang mempunyai peranan untuk dimainkan dan sekiranya tidak berpuas hati, kami tidak perlu menyokongnya.

“Tiada kewajipan untuk pembangkang menyokong kerajaan.

“Malah, dalam beberapa hari lalu pemimpin PH tetap lantang mempertikaikan isu seperti cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan pelantikan abang Ismail sebagai pengerusi NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan).”

Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata, walaupun PH menandatangani MoU itu, pembaharuan yang diperjuangkannya adalah untuk manfaat semua parti dan Ahli Parlimen pembangkang.

“Contohnya, memberikan pemimpin pembangkang sumber dan hak untuk memainkan peranannya dengan lebih baik terpakai untuk sesiapapun yang mengetuai pembangkang. Bukan sekadar terhad kepada PH saja.”

Fahmi, Ahli Parlimen Lembah Pantai pula menyifatkan Mahathir “tersilap” jika berfikir PH tidak akan memainkan peranannya sebagai pembangkang semata-mata kerana telah menandatangani MoU bersama kerajaan.

“Dalam minggu lalu, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu semuanya jelas ketika ucapan mereka di Dewan Rakyat mengatakan PH akan terus memantau kerajaan.

“Kami akan terus mengkritik dan mempertikaikan dasar yang tidak bagus untuk negara ini.”

Fahmi berkata, PH turut menyatakan jelas perkara itu kepada Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya Amiruddin Hamzah dalam satu pertemuan sebelum MoU itu ditandatangani.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
MoU: Akhirnya kerajaan akui PH bukan ancaman Melayu, Islam - Mahfuz

MoU: Akhirnya kerajaan akui PH bukan ancaman Melayu, Islam - Mahfuz
KUALA LUMPUR: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini disifatkan sebagai mampu meredakan suhu politik perkauman dan keagamaan yang sempit.

Ahli Parlimen Pokok Sena (PH), Datuk Mahfuz Omar berkata memorandum tersebut juga menyaksikan kerajaan akhirnya mengakui PH bukan lagi ancaman kepada masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

Sebaliknya, PH yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP adalah penyumbang kepada kestabilan politik dalam negara, tambahnya.

"Jadi saya ucapkan tahniah mereka menyetujui kehadiran PH bukan lagi ancaman kepada Melayu dan Islam.

"Jadi saya harap selepas ini khususnya untuk pilihan raya akan datang ini jangan lagi bermain dengan isu perkauman yang sempit kerana ia boleh mengheret kepada pertelagahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam negara kita.

"Terima kasih kepada semua yang mengakui kehadiran PH tidak lagi dilihat ancaman kepada Melayu dan Islam dalam negara kita," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.


Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Pada 13 September lalu, politik Malaysia mencatat sejarah buat kali pertama apabila kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran negara.

Upacara menandatangani MoU yang dikenali Transformasi dan Kestabilan Politik itu diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili kerajaan.

Manakala bagi pihak Pakatan Harapan (PH) diwakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Pemeteraian itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Ada pihak yang menentang MoU itu kerana takut ia menandakan kekalahan pembangkang, kata veteran DAP itu.

MoU dengan kerajaan bukan pengkhianatan, Kit Siang ingatkan pemimpin DAP​





September 25, 2021 1:30 PM


MoU-kerajaan-n-PH-130921.jpg
V
eteran DAP Lim Kit Siang mengakui bahawa MoU yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 10 Sep mencetuskan pandangan umum yang berbahagi. (Gambar Pejabat Perdana Menteri)

PETALING JAYA: Rakyat harus berhenti mengkritik Pakatan Harapan (PH) berhubung memorandum persefahamannya (MoU) dengan kerajaan atas kebimbangan ia dapat meningkatkan peluang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata Lim Kit Siang.

Tambahnya, pemikiran seperti itu salah, terutamanya ketika berdepan impak wabak Covid-19 dan hakikat bahawa ia perlu ditangani dengan usaha bipartisan.

“Ada yang percaya jika Perdana Menteri dapat memenangi peperangan melawan wabak Covid-19, beliau takkan dapat dikalahkan pada PRU15.
“Pemikiran seperti ini salah,” katanya kepada pemimpin DAP Sabah dan Sarawak pada mesyuarat yang diadakan menerusi Zoom malam tadi.



Beliau mengingatkan mereka tentang ancaman daripada Covid-19 dengan lebih dua juta kes dilaporkan dan hampir 25,000 nyawa terkorban.

“Semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, wilayah, mahupun politik, mesti ada kewajipan tunggal yang sama – memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

“Juga tanggapan bahawa Ismail tidak akan dapat dikalahkan pada PRU15 jika kita membantunya memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 mungkin sama sekali tidak betul.

“Winston Churchill menjadi hero perang di Britain ketika mengalahkan Nazi Jerman pada Mei 1945, tetapi pada pilihan raya umum Julai 1945 di United Kingdom, Parti Konservatifnya ditewaskan oleh Parti Buruh yang meraih kemenangan besar dengan 393 kerusi, berbanding 197 kerusi dimenangi Konservatif,” kata Lim.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengakui bahawa MoU yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 10 Sep mencetuskan pandangan umum yang berbahagi.

“Ada pihak yang menentang MoU itu atas alasan kita tidak sepatutnya mengkhianati prinsip dan objektif kita, malah kerana takut ia menandakan kekalahan pembangkang.

“Bagaimanapun, mereka yang membaca MoU itu akan tahu bahawa ini sama sekali tidak benar,” katanya.

“Inilah sebabnya mengapa salah satu syarat MoU adalah keterdedahan penuhnya, mengikut prinsip ketelusan dan akauntabiliti.”
Lim juga menyebut pembaharuan, seperti undang-undang antilompat parti dan peruntukan sama rata bagi Ahli Parlimen pembangkang, untuk menunjukkan persepakatan yang dicapai dengan kerajaan berasas.

“Lima puluh tahun yang lalu, saya pertama kali membangkitkan di Parlimen tentang perlunya undang-undang antilompat parti. Kini, ada kemungkinan ia akan dimasukkan ke dalam statut.

“Juga selama lebih 50 tahun, DAP menyokong peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang. Kini, ia akan menjadi realiti,” katanya.

Lim menyimpulkan bahawa pada akhirnya, kemenangan dalam PRU15 bergantung kepada siapa yang mempunyai visi masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu MoU diadakan hari ini​


September 27, 2021 9:41 PM

PH-Gov-meeting-Fahmi-Fadzil-pic.jpg


Ahli jawatankuasa pemandu pada mesyuarat pertamanya hari ini. (Gambar Twitter Fahmi Fadzil )

PETALING JAYA: Sebanyak 18 isu telah dibincangkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali diadakan, hari ini.

Butirannya tidak didedahkan, namun Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa pemandu itu membincangkan sejumlah besar daripada 18 isu terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) berkenaan.

“Mesyuarat berikut insya-Allah dalam dua minggu,” katanya.


Pihak kerajaan sebelum ini menyuarakan keinginan melakukan beberapa pembaharuan termasuk undang-undang antilompat parti, suntikan tambahan RM45 bilion dalam dana Covid-19, serta mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.




MoU politik itu yang dilaksanakan “demi kestabilan politik dan transformasi,” merangkumi enam perkara.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
POLITIK | PN Sokong MoU Transformasi & Kestabilan Politik

Perikatan Nasional (PN) menyokong
Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik, yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, 13 September lalu.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
MoU beri impak baik kerjasama kerajaan, pembangkang – PM

October 2, 2021

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik.

Beliau berkata keadaan sekarang kelihatan agak tenang bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam Dewan Rakyat yang sedang bersidang setiap Isnin hingga Khamis.


Advertisement

“Di luar lebih tenang tetapi serangan terhadap kerajaan seperti dahulu sudah berkurang. Walaupun pembangkang … saya dah beritahu mereka kekal sebagai pembangkang. Mereka kecam kerajaan itu kerja mereka, kita perlu semak dan imbang kepada kerajaan.

“Walaupun saya beritahu macam tu tapi keadaan agak kurang dari segi serangan kepada kerajaan di Parlimen. Di luar sana sangat sepi, tenang, ucapan pun tak ada yang agresif seperti dahulu setiap kali berucap mesti ada standing order (Peraturan Urusan Mesyuarat),” katanya pada sesi wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata keadaan sekarang menampakkan sikap saling hormat menghormati yang semakin tinggi dalam kalangan Ahli Parlimen.

Ditanya adakah keadaan itu disebabkan oleh jalinan kerjasama kerajaan dengan pembangkang atau disebabkan oleh kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menjawab secara seloroh: “Saya tak tahu, tak boleh nak beritahu. Ketua Pembangkang kata PM ni lebih sopan, itu pandangan peribadi,”.

Semasa ditanya sama ada input pembangkang diambil kira dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beliau berkata sememangnya terdapat libat urus pembangkang serta jabatan kerajaan.

“Sebelum ni kalau buat taklimat kepada kerajaan sahaja tetapi tak buat dengan pembangkang, tetapi kali ini saya kata kita sekalikan (kerajaan dan pembangkang) semasa Unit Perancang Ekonomi (EPU) memberi taklimat.

“Tak ada gangguan, soalan tidak panas tetapi profesional kerana yang mereka mahu adalah jawapan sebenar,” katanya.

Perancangan RMK12, kata beliau, disediakan secara lebih inklusif, mengambil kira input dan cadangan bukan sahaja daripada kerajaan dan pembangkang tetapi juga pihak berkepentingan termasuk sektor awam dan swasta merangkumi pakar industri dan ahli korporat, ahli akademik, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pemimpin masyarakat, pertubuhan masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa.

Walaupun Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pembangkang ditandatangani pada saat akhir pelaksanaan dokumen ini, namun terdapat beberapa pandangan yang telah diambil kira dalam memastikan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dititikberatkan dalam dokumen RMK12. – BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
KELUARGA MALAYSIA | Yakin Semua Parti Politik Pembangkang Tandatangani MoU

Datuk Seri Ismail Sabri yakin dan berharap semua parti pembangkang akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai pada 13 September lalu.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register