BTC USD 48,412.4 Gold USD 1,778.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan&pembangkang materai MoU Transformasi, Kestabilan Politik m/s15

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,535
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,535
Reaction score
15,447
Points
1,906
Aritu mou dah sign..uturn dah ke?
belum u turn lagi tn yussv :D
hampir hampir nak u turn masa isu pakJib dengan hartanah rm100j juta tu
tapi cepat cepat pakJib tolak :)
 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #5
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
659
Points
81
belum u turn lagi tn yussv :D
hampir hampir nak u turn masa isu pakJib dengan hartanah rm100j juta tu
tapi cepat cepat pakJib tolak :)
Ohh..nasib baik.. tp mek.. kalau pandangan sy la.. dulu mgkin kerajaan x stabil, jd pembangkang bole la ugut2.. tp lepas prn melaka, pembangkang mcm xde taring..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,535
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,535
Reaction score
15,447
Points
1,906
Ohh..nasib baik.. tp mek.. kalau pandangan sy la.. dulu mgkin kerajaan x stabil, jd pembangkang bole la ugut2.. tp lepas prn melaka, pembangkang mcm xde taring..
aah kan tn yussv, diorang mcm tergugat sikit :D
ada beberapa socmed influencer (yg saya follow) yg condong pada PH nampak mcm tak berapi sangat selepas PRN Melaka.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,061
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,061
Reaction score
16,619
Points
2,376
aah kan tn yussv, diorang mcm tergugat sikit :D
ada beberapa socmed influencer (yg saya follow) yg condong pada PH nampak mcm tak berapi sangat selepas PRN Melaka.

Dah segan la tu nak bising
Nanti kena balik
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #5
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
659
Points
81
aah kan tn yussv, diorang mcm tergugat sikit :D
ada beberapa socmed influencer (yg saya follow) yg condong pada PH nampak mcm tak berapi sangat selepas PRN Melaka.
Iye btul. Diaorg yg sokong PH ni smua masih terkejut. Tamparan besar utk PH.. sy masih hrp PH bg tentangan hebat.. baru ade check n balance.. baru ok..
 

eizzbizz

Super Active Member
Messages
9,596
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,596
Reaction score
965
Points
126
Iye btul. Diaorg yg sokong PH ni smua masih terkejut. Tamparan besar utk PH.. sy masih hrp PH bg tentangan hebat.. baru ade check n balance.. baru ok..
kikiki
aku tgok kat poll CG .. yg vote PH ada la sorang .. yg len malu kot nak cast vote ... dan mungkin pada PRN Melaka aritu dorang malu nak keluar mengundi .. sebab tu peratusan x mengundi dalam 35% .. ini lah sbb PH kalah ..
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #5
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
659
Points
81
kikiki
aku tgok kat poll CG .. yg vote PH ada la sorang .. yg len malu kot nak cast vote ... dan mungkin pada PRN Melaka aritu dorang malu nak keluar mengundi .. sebab tu peratusan x mengundi dalam 35% .. ini lah sbb PH kalah ..
Hehe..PH dulu rmai sbnrnya..tp sejak kena tipu 22bln tu.. diaorg bnyk beralih angin.. 🤭
 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,329
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,329
Reaction score
2,820
Points
201
98c703cffca5e2367241c8673c8f61d5.jpg


Tiada kepastian MOU dengan PH kekal hingga Julai depan


Tiada kepastian yang memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dengan Putrajaya akan bertahan sehingga Julai tahun depan, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut ketua Pemuda Umno itu, PH kelihatan tidak serius mahu mempertahankan MOU berkenaan dengan tindakan gabungan terbabit membenarkan kerajaan BN-Perikatan Nasional (PN) Melaka jatuh pada awal Okt lalu.

"Kita tidak tahu bahawa MOU itu benar-benar dapat dipastikan (bertahan) sehingga bulan tujuh (Julai) atau tidak.

"(Hal itu kerana) Kita dapat lihat di pilihan raya negeri (PRN) Melaka umpamanya, walaupun MOU telah dimeterai di antara kerajaan persekutuan dan PH, tetapi kerajaan Melaka runtuh juga," katanya dalam program bual bicara disiarkan Astro Awani malam tadi.

Ia turut dihadiri Ketua Pemuda PH, Howard Lee yang juga Adun Pasir Pinji, Perak.

Menurut Asyraf Wajdi kerajaan Melaka itu runtuh selepas PH berjanji untuk menyokong Idris Haron menjadi ketua menteri di sebalik kedudukan Adun itu sebagai anggota Umno.

Atas sebab itulah, dakwa Asyraf Wajdi, kerajaan Melaka jatuh dan membawa kepada PRN di negeri itu.

"Kalau benar MOU itu dipatuhi dan dihormati, saya kira tidak timbul soal PRN Melaka walaupun ada empat orang keluar dari kerajaan neger," katanya.

Sudah dihukum di Melaka

Untuk rekod MOU di antara PH dan kerajaan pusat itu ditandatangani pada 14 Sept lalu dengan menggariskan beberapa ikrar daripada kedua-dua pihak.

Antaranya ialah kerajaan berjanji untuk tidak membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum (PRU) sekurang-kurangnya sehingga 21 Julai 2022 bagi memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai pembaharuan dituntut PH.

Sebagai balasan PH tidak akan menyekat sebarang agenda utama kerajaan.

Dalam PRN Melaka pada 20 Nov lalu, BN mencatat kemenangan besar dengan memengani 21 daripada 28 kerusi DUN manakala PH hanya mempertahankan lima kerusi mereka.

Dua lagi kerusi dimenangi PN.



f12e3162a14d7561711b583140f3a56a.jpg
Howard Lee


Sementara itu Lee berkata kerjasama yang dimeterai itu terlaksana di peringkat pusat dan membabitkan tatakelola kerajaan persekutuan.

Jika MOU itu dianggap terbatal, katanya, mengapa Putrajaya tidak mengisytiharkannya berakhir.

"Maka dengan itu cukup untuk saya katakan agar lebih baik kita melihat ke hadapan," katanya.

Lee menambah BN juga dilihat cuba mengelak daripada menunaikan janji mereka dalam MOU tersebut walaupun ia sudah dipersetujui bersama dengan mendesak agar PRU diadakan segera.





d014cbf59c165411a462b5693247ee6e.jpg





Menurutnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mahu melihat satu lagi pilihan raya diadakan semasa pandemik Covid-19.

Menurut ketua Pemuda DAP itu lagi akta antilompat parti yang dijanjikan kerajaan dalam MOU berkenaan sepatutnya diluluskan terlebih dulu di parlimen sebelum PRU diadakan.

Ditanya sama ada PH bersikap hipokrit kerana mendesak akta antilompat parti tetapi pada masa sama menerima Idris dan Nor Azman Hassan sebagai calon mereka di Melaka baru-baru ini, Lee berkata: "Ada sedikit."

"Ada sedikit, saya mengaku.

"Saya di sini punya dua topi, (satu) kena pakai ketua Pemuda PH, satu lagi ketua Pemuda DAP kebangsaan," katanya.

Menurut Lee lagi Idris dan Nor Azman memang tidak sepatutnya diambil sebagai calon PH dan ketetapan itu tidak dipersetujui oleh DAP, namun parti itu tertakluk kepada prinsip demokrasi.

Apabila ada dua daripada tiga parti bersetuju, DAP terpaksa akur.

"Parti saya (DAP) telah menolak tapi terpaksa menerima keputusan berjemaah, dan akhirnya kita tengok rakyat Melaka dah buat keputusan, hukuman telah dikenakan sama ada kepada kedua-dua mereka atau PH," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,535
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,535
Reaction score
15,447
Points
1,906
"Mereka kata kalau berada dalam pembangkang tiada peruntukan, tidak boleh bantu rakyat dan tidak boleh bangunkan kawasan. Jadi mereka lompat ke parti kerajaan dan dapat peruntukan."
https://www.utusan.com.my/.../peruntukan-sama-rata-wakil.../


Peruntukan sama rata wakil rakyat boleh sekat lompat parti​

ANTHONY-LOKE-SIEW-FOOK-resize.jpg


ANTHONY LOKE SIEW FOOK

  • 26 November 2021, 2:27 pm


SEREMBAN: Peruntukan sama rata yang diberikan oleh kerajaan kepada semua wakil rakyat termasuk dalam kalangan pembangkang dilihat boleh menyekat kepada tindakan lompat parti.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata, peruntukan yang dinafikan kepada wakil rakyat pembangkang menyebabkan ada dalam kalangan wakil rakyat menjadikan ia sebagai alasan untuk mereka melompat parti.

“Banyak keadaan ia dijadikan alasan untuk lompat parti. Mereka kata kalau berada dalam pembangkang tiada peruntukan, tidak boleh bantu rakyat dan tidak boleh bangunkan kawasan. Jadi mereka lompat ke parti kerajaan dan dapat peruntukan.

“Untuk itu kita perlu membawa satu budaya politik baharu dan hentikan segala kegiatan tindakan lompat parti. Selain ada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk melarang lompat parti, kita juga perlu budayakan politik baharu yang lain seperti peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat tidak kira kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk yang terjejas di Balai Raya Kampung Sungai Jai, Lenggeng di sini, hari ini.

Menurut Siew Fook, peruntukan sama rata antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hasil Memorandum Persefahaman (MoU) pihak kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) adalah satu permulaan yang baik.

“Saya lihat ada perubahan sikap malah manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dinyatakan mereka akan beri peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang. Selepas mereka diberikan mandat untuk bentuk kerajaan negeri, saya harap BN akan kotakan janji mereka itu.

“Ia sesuatu yang baik untuk negara dan rakyat, ia perlu diteruskan dan dilaksanakan. Selepas ini saya harap Kerajaan Negeri Sarawak ambil pendekatan yang sama sebab selepas ini ada PRN Sarawak. Mana-mana parti yang bentuk kerajaan Sarawak, mereka juga perlu laksanakan dasar peruntukan yang sama rata,” katanya lagi.

Siew Fook yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam perbahasan Sidang DUN Negeri Sembilan minggu depan supaya ia boleh menjadi dasar kerajaan negeri yang kini diperintah oleh PH.

“Di Negeri Sembilan, saya juga mencadangkan supaya kerajaan negeri di bawah PH juga perlu laksanakan dasar yang sama kepada ADUN-ADUN pembangkang.

“Kita mahu membawa satu politik baharu dalam negara kita, jangan kita mangsakan kawasan-kawasan yang menyokong pembangkang. Ini terpakai kepada kedua-dua belah pihak. Saya harap dapat yakinkan rakan-rakan saya dalam kerajaan negeri,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahu, peruntukan yang diterimanya sebagai ahli Parlimen pembangkang daripada kerajaan Persekutuan sebelum ini banyak digunakannya untuk disalurkan semula bagi membantu pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan-persatuan yang lain.

“Dalam dua bulan kebelakangan, saya menerima banyak permohonan daripada pihak sekolah untuk buat pelbagai projek kecil khususnya untuk menaik taraf kemudahan ICT mereka seperti menaik taraf bilik komputer.

“Itu jadi keutamaan saya dan banyak juga peruntukan itu sudah disalurkan kepada persatuan-persatuan lain, khususnya PIBG sebab saya tahu PIBG sekarang mengalami pelbagai kesukaran untuk dapatkan sumbangan dan derma daripada orang ramai termasuk daripada ibu bapa ekoran keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register