BTC USD 61,321.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan&pembangkang materai MoU Transformasi, Kestabilan Politik m/s15

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906

Anwar Ibrahim

1j ·

#MoUBahagian1 Pembaharuan pentadbiran baharu ini adalah pendekatan reformasi politik yang baik. Matlamat Pakatan Harapan adalah kebebasan kehakiman, reformasi parlimen, dan tindakan pro-rakyat termasuk moratorium pinjaman bank kepada golongan M40 dan B40.
Seperti yang disebutkan dalam parlimen tadi, saya berharap perjanjian MoU ini dapat dilaksanakan dengan segera.
#NadiRakyat

1633502079685.png
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
No dap
No anwar
#dahdapatgaji
#keluargakita 😂
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906

J/kuasa Pemandu MoU kerajaan-PH mesyuarat buat kali kedua​


Dikemas kini 12 jam yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 8:43PM · 0 Komen

245465398_421156922707584_9038266381941043890_n__full.jpg
Jawatankuasa Pemandu perjanjian persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik bermesyuarat pada pukul 6 petang hari ini di Parlimen, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. – Gambar Facebook Fahmi Fadzil, 11 Oktober, 2021.

JAWATANKUASA Pemandu perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan-Pakatan Harapan bermesyuarat untuk kali kedua di Parlimen hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“Mesyuarat dihadiri perdana menteri dan ketua pembangkang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906

Fahmi Fadzil

13j ·

Mesyuarat ke-2 Jawatankuasa Pemandu MOU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan telah diadakan di Parlimen jam 6 petang tadi, dihadiri Perdana Menteri & Ketua Pembangkang.

6 dari 18 Perkara telah dilaksanakan. 12 Perkara lagi masih sedang dalam proses pelaksanaan.
Next meeting 2 minggu dari sekarang.

1634001987291.png

1634001998262.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906

Anwar terima ‘surat naik status’ bertaraf menteri​


October 11, 2021 11:00 PM

Anwar-Ibrahim-Parliament-Bernama-1.jpg


Anwar Ibrahim menerima surat daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan naik taraf status pejabat Ketua Pembangkang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menerima “surat kenaikan status” yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri, seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).
Dalam hantaran di Facebook, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu Mou itu, menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar membabitkan perkara itu.

Dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat Parlimen, Ismail dan Anwar juga membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan dipersetujui bersama.


“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.




Ismail sebelum ini menyatakan, pentadbirannya akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan kesediaan melaksanakan pembaharuan termasuk dalam hal berkaitan Undang-Undang Antilompat Parti, suntikan tambahan dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion, mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906

PH kesal PM tak iktiraf kecuali bayaran faedah moratorium dalam MoU​


October 14, 2021 1:23 PM

Ismail-Sabri-MoU-Pakatan-Harapan-Bernama-011021.jpg


Pengiktirafan peranan MoU menjeaskan keyakinan PH terhadap kerajaan. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) kesal Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak mengiktiraf dasar pengecualian bayaran faedah moratorium sebagai perkara yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama berkata, pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara yang terkandung dalam MoU.

“Tanpa pengiktirafan peranan MoU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini,” katanya.

Kenyataan bersama itu melibatkan tiga pemimpin tertinggi PH, iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.




Katanya lagi, pada awalnya kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50.

Justeru untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama PH telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif bank komersial.

“Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan daripada bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan Pakatan Harapan disampaikan dengan jelas.
“Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.”

Bagaimanapun PH tetap menyambut baik persetujuan Perdana Menteri terhadap tuntutan Pakatan Harapan pengecualian faedah selama tiga bulan dan pengurangan bayaran ansuran ditawarkan kepada peminjam B50 seperti yang terkandung dalam MoU.

“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat,” kata PH.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register