BTC USD 51,686.2 Gold USD 1,781.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan&pembangkang materai MoU Transformasi, Kestabilan Politik m/s15

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Anwar Ibrahim

1j ·

#MoUBahagian1 Pembaharuan pentadbiran baharu ini adalah pendekatan reformasi politik yang baik. Matlamat Pakatan Harapan adalah kebebasan kehakiman, reformasi parlimen, dan tindakan pro-rakyat termasuk moratorium pinjaman bank kepada golongan M40 dan B40.
Seperti yang disebutkan dalam parlimen tadi, saya berharap perjanjian MoU ini dapat dilaksanakan dengan segera.
#NadiRakyat

1633502079685.png
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,546
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,546
Reaction score
2,979
Points
201
No dap
No anwar
#dahdapatgaji
#keluargakita 😂
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

J/kuasa Pemandu MoU kerajaan-PH mesyuarat buat kali kedua​

Dikemas kini 12 jam yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 8:43PM · 0 Komen

245465398_421156922707584_9038266381941043890_n__full.jpg
Jawatankuasa Pemandu perjanjian persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik bermesyuarat pada pukul 6 petang hari ini di Parlimen, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. – Gambar Facebook Fahmi Fadzil, 11 Oktober, 2021.

JAWATANKUASA Pemandu perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan-Pakatan Harapan bermesyuarat untuk kali kedua di Parlimen hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“Mesyuarat dihadiri perdana menteri dan ketua pembangkang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Fahmi Fadzil

13j ·

Mesyuarat ke-2 Jawatankuasa Pemandu MOU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan telah diadakan di Parlimen jam 6 petang tadi, dihadiri Perdana Menteri & Ketua Pembangkang.

6 dari 18 Perkara telah dilaksanakan. 12 Perkara lagi masih sedang dalam proses pelaksanaan.
Next meeting 2 minggu dari sekarang.

1634001987291.png

1634001998262.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Anwar terima ‘surat naik status’ bertaraf menteri​

October 11, 2021 11:00 PM

Anwar-Ibrahim-Parliament-Bernama-1.jpg

Anwar Ibrahim menerima surat daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan naik taraf status pejabat Ketua Pembangkang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menerima “surat kenaikan status” yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri, seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).
Dalam hantaran di Facebook, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu Mou itu, menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar membabitkan perkara itu.

Dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat Parlimen, Ismail dan Anwar juga membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan dipersetujui bersama.

“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.

Ismail sebelum ini menyatakan, pentadbirannya akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan kesediaan melaksanakan pembaharuan termasuk dalam hal berkaitan Undang-Undang Antilompat Parti, suntikan tambahan dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion, mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

PH kesal PM tak iktiraf kecuali bayaran faedah moratorium dalam MoU​

October 14, 2021 1:23 PM

Ismail-Sabri-MoU-Pakatan-Harapan-Bernama-011021.jpg

Pengiktirafan peranan MoU menjeaskan keyakinan PH terhadap kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) kesal Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak mengiktiraf dasar pengecualian bayaran faedah moratorium sebagai perkara yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama berkata, pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara yang terkandung dalam MoU.

“Tanpa pengiktirafan peranan MoU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini,” katanya.

Kenyataan bersama itu melibatkan tiga pemimpin tertinggi PH, iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Katanya lagi, pada awalnya kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50.

Justeru untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama PH telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif bank komersial.

“Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan daripada bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan Pakatan Harapan disampaikan dengan jelas.
“Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.”

Bagaimanapun PH tetap menyambut baik persetujuan Perdana Menteri terhadap tuntutan Pakatan Harapan pengecualian faedah selama tiga bulan dan pengurangan bayaran ansuran ditawarkan kepada peminjam B50 seperti yang terkandung dalam MoU.

“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat,” kata PH.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata, kata Wan Junaidi​

November 25, 2021 1:06 PM

MOU-PH-Pakatan-Harapan-ISmail_Sabri-130921-FMT-2.jpg

Pembaharuan Parlimen iaitu Perkara 3.5 MoU antara Pakatan Harapan yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan pada 13 Sept lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, buat masa ini hanya Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan sahaja diberikan peruntukan sama rata.

Beliau berkata, bagi mereka yang tidak menyertai MoU pula akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa MoU Transformasi dan Kestabilan Politik akan datang untuk dibincangkan.

“Hanya Ahli Parlimen terlibat sahaja bakal diberi dulu. Selepas itu (yang belum dapat) saya akan bawa dalam mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang memohon semua Ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.

Anwar berkata, MoU dengan kerajaan sebelum ini menyatakan akan mempertahankan hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan (PH) untuk fungsi semak imbang dalam mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab pada Parlimen.

“Saya selaku Ketua Pembangkang secara konsisten dari awal memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua ahli pembangkang walaupun tidak terikat dengan MoU,” katanya.

Pembaharuan Parlimen Perkara 3.5 MoU antara PH yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan pada 13 Sept lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli pembangkang yang tidak menyertai MoU itu meminta peruntukan sama rata diberi kepada semua Ahli Parlimen pembangkang.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Undi 18, daftar pemilih automatik akan dibuat sebelum 31 Disember ini, kata Wan Junaidi.

Wan Junaidi jelas status terkini MoU Pakatan-Putrajaya​

Dikemas kini 3 jam yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 12:20PM · 0 Komen

49932479942_e353b6bd4a_o__full.jpg
Menurut menteri undang-undang dan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Undi 18, daftar pemilih automatik akan dibuat sebelum 31 Disember ini manakala undang-undang antilompat parti, had jawatan PM akan dibawa ke Parlimen tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2021

PELAKSANAAN Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember ini, manakala perundangan berhubung antilompat parti dan pengehadan tempoh Perdana Menteri dicadang dibawa ke Parlimen sebelum Julai 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian bagi menjelaskan status terkini pelaksanaan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 13 September lepas.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Setakat bagi baju kat kami nak buat apa, lap kedai mamak, bolehlah , kata Mahfuz
#malaysiagazette #dewanrakyat

Dewan Rakyat gamat pembangkang minta peruntukan sama adil​

25 November 2021

MGF17082021__MESYUARAT-MP-BN15.jpg

Datuk Mastura diasak pembangkang di Parlimen menuntut peruntukan sama adil.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid diasak sekumpulan wakil rakyat pembangkang yang mahu tuntutan peruntukan sama adil kepada mereka.

Beliau berdepan dengan asakan Ahli Parlimen Kubang Pasu (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Pokok Sena (Amanah), Datuk Mahfuz Omar dan beberapa lagi ahli Parlimen lain yang mencelah.

Asakan itu bermula apabila Amiruddin tidak berpuas hati dengan jawapan berhubung perkara yang dibangkitkannya iaitu mahu peruntukan diberikan kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Konsep Keluarga Malaysia ini perlu bermula dalam dewan ini, maksud saya sekiranya wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka dalam dewan harus diberikan layanan yang sama rata.
“Kalau diberi peruntukan, biarlah peruntukan itu diberi kepada semua, barulah konsep Keluarga Malaysia itu kita dapat laksanakan.
ADVERTISEMENT

“Kerajaan bercakap dalam dewan, dalam perjumpaan tidak formal (dengan pembangkang), tetapi hakikatnya tidak berlaku. Saya nak tanya apakah sebenarnya pendirian kerajaan terhadap peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada semua wakil rakyat dengan secara sama rata?” soalnya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen hari ini.

Mastura mengakui ada menyebut dalam dewan mengenai pemberian peruntukan kepada semua wakil rakyat.

“Saya juga bersetuju segala apa yang baik dan murni harus bermula dari dewan ini. Kalau YB meneliti semula jawapan saya, saya ada menyebut mengenai komitmen YB untuk melaksanakan bagi memurnikan lagi dan mempunyai satu pembaharuan dalam usaha-usaha perjalanan antara ahli Parlimen.

“Ia ada kaitan dengan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang ditandatangani dan kita harus menjadi ahli daripada perjanjian itu. Di situlah peruntukan itu akan disalurkan,” katanya.

Suara dari blok pembangkang mencelah, “Nak bagi ke tak mahu bagi…cakap sajalah”.

Belum sempat Mastura menjawab, Mahfuz mencelah; “Adakah rakyat yang sokong pembangkang bukan rakyat Malaysia? Ini soal rakyat bukan ahli Parlimen.

“Setakat bagi baju kat kami, nak buat apa (sambil tunjuk baju dalam bungkusan plastik).. buat lap kedai mamak, bolehlah,” katanya.
Celahan Mahfuz itu dibalas oleh suara dari blok kerajaan, “syukurlah dapat baju pun.

Mastura berkata, walaupun buat masa ini peruntukan itu belum lagi diberi tetapi pembangkang mesti tahu ada juga peruntukan lain melalui agensi dan jabatan disalurkan ke kawasan Parlimen mereka.

Suasana gamat itu ditenangkan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menutup pembesar suara di meja Mahfuz sambil beralih kepada sesi pertanyaan lain. – MalaysiaGazette

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81

Aritu mou dah sign..uturn dah ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register