BTC USD 51,647.0 Gold USD 1,781.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan&pembangkang materai MoU Transformasi, Kestabilan Politik m/s15

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Berdasarkan dokumen tersebut, kata Wong, butiran Perjanjian Malaysia 1963 hanya disebut dalam satu perenggan saja.

1631712755391.png


PSB bimbang MOU antara PH, kerajaan kekal remehkan MA63

Diterbitkan: Sep 15, 2021 9:19 PM


Parti Sarawak Bersatu (PSB) meyatakan rasa ragu terhadap hak yang dijanjikan untuk negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dikembalikan selepas Pakatan Harapan (PH) serta Putrajaya menandatangani memorandum persefahaman 13 Sept lalu.

Presiden PSB, Wong Soon Koh, bahkan berasa bimbang MA63 itu akan menjadi sekadar perkara sampingan dalam kompromi di antara kedua-dua pihak.

Penduduk Sarawak pula kata Wong diambil berada dalam bahaya kerana diambil mudah oleh kedua-dua pihak.

Berdasarkan butiran yang terkandung dalam dokumen persefahaman setebal 17 halaman itu, Wong berpendapat, perkara yang sangat penting untuk Borneo hanya disebut dalam satu perenggan.


ADS

Menurut paparan berkenaan dokumen itu di laman sesawang Parlimen Malaysia, perkara itu disebut pada butiran No 5 yang menyatakan: Perjanjian Malaysia MA63: Memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya".



"Perkara itu tidak lebih daripada sekadar retorik dan bukan 'Wilayah Sarawak' yang dijanjikan perdana menteri kelapan.

"Memanglah, jika kita tidak tahu apa isi kandungan (memorandum itu), bagaimana PSB boleh menandatanganinya apa lagi bersetuju dengan mereka?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wong, seperti dinyatakan dengan tepat oleh Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Jamman, parti pembangkang di luar PH tidak boleh dijadikan 'cap getah' dalam memorandum persefahaman tersebut.

"Presiden PSB juga bukan sekadar 'cap getah' atau tukang angguk," katanya.

Tidak dipelawa berbincang

Untuk rekod PSB adalah parti pembangkang berpangkalan di Sarawak yang mempunyai dua anggota parlimen iaitu Baru Bian (Selangau) dan Masir Kujat (Sri Aman).

Kerajaan dan PH menandatangani memorandum persefahaman pada Isnin lalu yang memberikan jaminan kestabilan kepada kabinet Ismail Sabri Yaakob selepas politik negara bergolak sejak Langkah Sheraton.

Ia turut membawa tujuh janji transformasi pentadbiran termasuk penggubalan akta antilompat parti serta mengehadkan tempoh seseorang menjadi perdana menteri.

Memorandum tersebut akan terpakai sehinggalah parlimen dibubarkan untuk membuka jalan kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15.

Kata Wong tanpa mendapat maklumat jelas berhubung memorandum itu PSB tidak boleh membuat keputusan yang betul.

"Ada hal-hal penting kepada negeri Borneo yang tidak ada dalam pertimbangan orang di Malaysia Barat," katanya.

Justeru kata Wong dia menegaskan bahawa PSB bukan sebahagian daripada pihak yang menandatangani memorandum tersebut, atau dijemput untuk membincangkannya pada peringkat awal.

"Mengenai kedudukan PSB pada rang undang-undang yang akan datang (di Dewan Rakyat), kami akan mengekalkan sikap terbuka dan seperti matlamat kami, PSB akan menyokong sebarang rang undang-undang yang memberi manfaat kepada rakyat dan menyuburkan demokrasi, ketelusan dan kesaksamaan yang lebih besar di negara ini," katanya.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
KERJASAMA POLITIK | Agong Sukacita Dengan MOU Kerajaan, Pembangkang

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa syukur dan sukacita terhadap kerjasama rentas parti yang dimeterai melalui memorandum persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan pembangkang kelmarin.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Lukman Sheriff

· 2j ·

Tahniah kepada politician kita.

Saya baru dapat baca MOU antara kerajaan dan PH. Samada berkekalan atau tidak saya tak tahu, tetapi mereka sekurang2nya akan cuba beri kestabilan sehingga pertengahan tahun hadapan. Ada komitmen untuk tidak menjatuhkan kerajaan dan menyokong undang2 kerajaan terutama bajet. Tahniah semua. Kita perlu tumpu kepada pemulihan negara.

Cuma bila first time dengar seperti ini, saya selalu khuatir apa yang dikompromi. Dalam politician kita berkompromi demi kuasa, kadang2 mereka cross the line apa yang mereka kompromi sehingga tiada lagi kita tahu apa yang mereka “stand for” atau apa yang diperjuangkan. Itu yang berlaku pada waktu lepas.

Jadi apabila saya tengok kompromi melebihi kesihatan dan ekonomi seperti kehakiman dan ma63, Saya ada reservation. Bila dah baca mou, politician ni kadang2 suka granstanding.

Dalam mou itu ada yang spesifik seperti untuk untuk pemulihan ekonomi. Saya belum menilai lagi meritnya, tetapi sekali imbas tiada objection. Tetapi ada yang juga terlalu vague. Kebebasan kehakiman. Ini tidak spesifik. Tak letak pun tak pa. Ini dimasukkan untuk tujuan politik. Jadi saya tiada objection walaupun tidak perlu. Sama dengan ma63 yang agak umum. Saya kalau ikut ma63 dan perlembagaan tiada objection tetapi kalau nak ikut sekerat2 untuk mengubah apa yang dipersetujui saya tidak setuju.

Satu lagi, untuk tempoh PM, saya tidak setuju sepuluh tahun. Sekurang2nya maximum tiga penggal jadi PM untuk negara membangun. Sebab kita ada sistem Westminster, kita tiada fixed term PM dan boleh tukar PM kalau tiada majoriti. Tak sampai sepenggal pm pun boleh kalau cukup antara mp kita tidak suka. Penggal ni sahaja dah 3 PM. Dengan syarat 3 penggal ini, ia membolehkan pemerintah merancang polisi jangka masa panjang. Biar ada satu reasonable cycle. Kalau tidak tiap kali tukar kerajaan mereka patah balik dan kononnya buat satu plan baru. Seperti 2018 di mana kontrak pun tidak mahu dihormati. Kita akan go through berapa cycle dan tak clear lagi apa plan jangkamasa panjang. Yang rugi kita.

Seperkara lagi samada benar atau tidak, rujukan kepada YDPA dibuat di dalam MOU. Sekali lagi mou ini mungkin berikutan syor Tuanku supaya prioriti diberi kepada negara dari berpolitik. Kalau ini yang mendorong kepada persetujuan mou ini, sekali lagi kita lihat bagaimana pengaruh luar perlembagaan Tuanku memainkan peranan dalam pentadbiran Negara.

Selamat Hari malaysia semua.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Bukankah ini hadiah terbaik untuk Hari Malaysia ke-58. Terima kasih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Politik profesional hadiah hari jadi​

Oleh WONG CHIN HUAT 16 September 2021

1205834.jpg

MemorandumPersefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani tiga hari sebelum Hari Malaysia ke-58 adalah hadiah hari jadi terbaik untuk Malaysia.

MEMORANDUM Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani tiga hari sebelum Hari Malaysia ke-58 adalah hadiah hari jadi terbaik untuk Malaysia.

Sungguhpun ada parti yang terlibat menafikannya sebagai satu Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement, CSA), ia sememangnya suatu CSA kerana Pakatan Harapan berjanji dalam perkara 3.3 mengambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan yang berkaitan serta ‘apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang yang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan satu bentuk ketidakpercayaan atau tidak keyakinan kepada kerajaan.

᾿Ini tidak bermakna bahawa Pakatan Harapan (PH) akan menjadi pak turut kerajaan dan memberi sokongan atau berkecuali secara membabi buta, tak kira apa kandungan belanjawan, usul atau rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan. PH dengan cermatnya memastikan untuk kedua-dua perkara kepercayaan dan perbekalan (belanjawan), penggubalan mesti dirundingi dan dipersetujui secara bersama dasarnya.

PH juga tidak terikat untuk menyokong atau berkecuali untuk sebarang usul atau rang undang-undang yang kegagalannya tidak membawa kejatuhan kerajaan.

Jadi, PH tidak menggadaikan peranannya sebagai pembangkang kerana menandatangani CSA ini. Sebaliknya, PH akan menjadi parti pembangkang lebih membina dan berkesan dalam persaingannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Membina kerana peranan PH sekarang adalah pesaing budiman kerajaan dengan menjamin keberlangsungan kerajaan dan menyelamatkannya daripada sebarang pemberontakan atau ugutan dalaman selagi kerajaan mengotakan janjinya dalam melakukan transformasi.

Berkesan kerana sebahagian besar daripada transformasi yang dijanjikan adalah berkenaan dengan ruang lebih besar untuk pembangkang memainkan peranan dalam mencorak dasar kerajaan dan memperjuangkan kesejahteraan dan kepentingan kepada rakyat.

Ini termasuklah penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP), perundingan dan persetujuan dengan ahli Parlimen untuk rang undang-undang dan belanjawan, dana pembangunan kawasan yang sama untuk ahli Parlimen PH (seharusnya tidak mengira parti).

Kelebihan CSA ini nyata terserlah. Di satu pihak, kita boleh ada kerajaan yang stabil tanpa takut dijatuhkan bila-bila waktu atau terpaksa melantik ramai menteri, duta khas berpangkat menteri dan timbalan menteri semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Kerajaan juga boleh mendapat kerjasama pembangkang untuk menambahbaik dasar-dasar dan berkongsi tanggungjawab politik. Ini akan membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang perlu tetapi tidak popular dalam krisis seperti darurat.

Di pihak lain, ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mewakili hampir separuh pengundi tidak perlu lagi dianaktirikan dan dihalang daripada memberi sumbangan idea, usaha daya dan moral kepada pembangunan tanah air dan kesejahteraan rakyat dalam Keluarga Malaysia.




Yang paling penting, moga-moga dengan CSA ini, parti-parti yang dahulunya bermusuhan dan menyerang sesama lain dengan pelbagai tuduhan kesat kini akan menjadi lebih realistik dalam mengatur cara strategi untuk PRU15.

Dengan menerima norma baharu bahawa kebarangkalian besar tiada mana- mana parti atau gabungan boleh memenangi majoriti dengan sendiri dalam PRU15 dan kerajaan gabungan pasca-PRU perlu dibentuk oleh parti-parti yang bersaing sesama lain, moga-moga parti- parti akan mengurangkan kedengkian dan permusuhan antara mereka. Ini seterusnya juga akan mengurangkan suhu dalam hubungan kaum dan agama.

Bukankah ini hadiah terbaik untuk Hari Malaysia ke-58. Terima kasih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

*Profesor Wong Chin Huat ([email protected]) ialah seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

31 Julai bukan tarikh akhir, ini bukan MoU 10 bulan, kata Loke​


September 16, 2021 4:00 PM

Anthony-Loke-Siew-Fook-080320-2.jpg


Loke Siew Fook berkata, reformasi yang dipersetujui antara kerajaan dengan PH tidak perlu dilaksanakan sepenuhnya menjelang 31 Julai 2022.

PETALING JAYA: Tarikh 31 Julai 2022 yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini tidak patut dianggap tarikh akhir, kata Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, kerana kerajaan boleh mengambil lebih banyak masa untuk melaksanakan reformasi yang dipersetujui itu, jika perlu.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ia sekadar perjanjian dengan kerajaan yang tidak akan membubarkan Parlimen sebelum tarikh itu, tetapi ia tidak bermakna semua reformasi perlu diluluskan sebelum itu.

“Ini bukan MoU 10 bulan, ia boleh menjadi lebih lama,” jelasnya dalam webinar bertajuk “MoU – Laluan Menuju Transformasi dan Stabiliti ?” hari ini.
“Tiada apa yang menghalang (kerajaan) daripada mengheretnya sehingga akhir penggal mereka dan kami okay dengannya, kami tiada masalah.



“Jika mereka kata mahu lebih banyak masa dan hanya mahu membubarkan Parlimen apabila penggal mereka berakhir, kami tiada masalah dengannya, kita tidak mengambil kuasa pembubaran (Parlimen) daripada perdana menteri.”

Bagaimanapun katanya, “dengan lebih 190 Ahli Parlimen antara parti dalam MoU itu”, beliau yakin reformasi Parlimen, termasuk yang memerlukan pindaan Perlembagaan, boleh diluluskan dengan cekap.

“Saya rasa (sama ada kita mempunyai masa) terpulang sama ada kita mahu melakukannya atau tidak. Lihatlah MoU ini, kita bercakap mengenainya selama setahun dan tiada apa yang berlaku, tetapi sebaik saja kita bertindak, kita mampu selesaikannya dalam tiga minggu, jadi semuanya bergantung kepada kehendak.

“Kita akan beri kerjasama kepada Menteri Undang-undang, Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) dan beliau bersungguh-sungguh mengenai reformasi ini, jadi saya yakin ia boleh dilakukan.”

Menjawab soalan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengenai sebab MoU itu tidak lebih komprehensif, Loke berkata, seperti mana-mana rundingan, kompromi diperlukan untuk menyelesaikan perjanjian.

“Jika kita tidak dapat 100% daripada apa yang kami minta, adakah kita membatalkan perjanjian itu? Pendekatan kami ialah selagi perkara minimum dipersetujui, maka kami tidak membatalkan perjanjian itu, kami akan teruskannya.”

Beliau menyifatkan MoU itu “dinamik” dan tidak menolak pelaksanaan reformasi yang tidak disenaraikan secara jelas dalam perjanjian itu.
“Kami tidak pernah cuba ini (MoU) dahulu. Saya fikir ini adalah permulaan baik, mempunyai forum dan platform untuk mencuba serta melihat sejauh mana kita boleh melangkah.

“Jika kami dapat melangkah lebih jauh daripada MoU ini, saya yakin ini adalah dokumen dinamik dan lebih banyak reformasi boleh dilaksanakan dalam proses itu.”


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1631808271109.png


Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU k'jaan-PH

Diterbitkan: Sep 16, 2021 5:30 PM


Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman berkata dia menjangkakan sesuatu yang lebih “konkrit” daripada perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam webinar hari ini, dia meluahkan kekecewaan berhubung MOU itu kepada seorang lagi ahli panel iaitu ahli parlimen Seremban, Anthony Loke.

Anthony merupakan salah seorang pasukan perunding PH yang terlibat dalam rundingan perjanjian berkenaan.

“Betul tu, Anthony, dengan kamu dan pasukan kamu sebagai arkitek MOU itu, saya jangkakan sesuatu yang lebih konkrit, kerana itu akan benar-benar menjadi platform berbeza dan matang untuk ahli-ahli parlimen.


ADS

“Kenapa tak ada struktur tetap? Bagi saya, apabila kamu bercakap soal perubahan, terutamanya tentang pembaharuan parlimen, saya sangat teruja.

“Saya tak perlu meletakkan rang undang-undang (RUU) pecat sebagai RUU persendirian, (kerana saya) tahu bahawa kerajaan mempunyai undang-undang antilompat parti, tapi saya periksa aturan mesyuarat (untuk sesi parlimen ini), tak ada undang-undang antilompat parti.

“Jadi, gencatan politik apa yang kita kehendaki kerana tak ada ketetapan,” katanya merujuk kenyataan Loke sebelumnya yang menyifatkan MOU itu sebagai satu gencatan politik.

Antara pembaharuan yang dijanjikan di dalam MOU itu adalah undang-undang antilompat parti.

Azalina berkata, kerajaan sepatutnya memasukkan RUU antilompat parti di dalam aturan mesyuarat, meskipun di tempat terakhir dalam senarai.

Ini katanya, setidak-tidaknya menunjukkan komitmen Putrajaya untuk membentangkannya meskipun pada sesi akan datang.

Dia turut mempersoalkan kenapa MOU itu hanya ditandantangani oleh blok politik, berbanding semua ahli parlimen yang akan menjadikannya lebih adil.

Menjawab hal itu, Loke menjelaskan PH telah mengemukakan lebih banyak tuntutan semasa proses rundingan dengan kerajaan.

“Tetapi dalam proses rundingan, ada dua pihak. Kamu tak boleh capai semuanya sekali gus.

“Sudah tentu, terdapat tuntutan yang kami kemukakan yang tak dipersetujui oleh pihak kerajaan, tetapi jika tak dapat 100 peratus apa yang kita tuntut, adakah kita batalkan rundingan?

“Kami ambil pendekatan yang lebih sederhana. Pendekatan kami ialah, selagi kami mendapat perkara-perkara minimum yang disepakati, kami tak akan batalkan rundingan, kami akan teruskan,” kata setiausaha organisasi kebangsaan DAP itu.



6bc3cf264742cc960d7f2c86ae2e3607.jpg

Dia turut mengingatkan bahawa tanggungjawab digalas PH daripada MOU itu hanyalah untuk membantu kerajaan meluluskan Belanjawan 2022, dengan syarat PH mestilah dilibatkan dalam proses berkenaan.



Sekiranya terdapat perkara yang mereka tidak persetujui dalam draf belanjawan, mereka boleh terus berunding untuk membuat pindaan pada peringkat jawatankuasa," katanya.

“Jadi, akhirnya, apabila kita luluskan belanjawan, ia adalah sesuatu yang dipersetujui kedua-dua belah pihak … hanya itu tanggungjawab di belah PH.

“Adakah itu sama dengan menyerah kalah? Saya tak fikir begitu. Sekarang ini, kami gunakan kedudukan kami sebagai pembangkang secara strategik untuk mencapai sebahagian matlamat yang tak dapat kami capai pada masa lalu,” katanya.

Terdapat pihak yang mempersoalkan sama ada tarikh tamat MOU pada 31 Julai 2022 sebagai tempoh MOU itu bertahan sehingga pembubaran parlimen seterusnya, dan kerajaan pun bersetuju untuk tidak akan mengadakan pilihan raya sebelum daripada tarikh itu.

Bagaimanapun, Loke menidakkannya. Katanya, kerajaan hanya berjanji tidak akan mengadakan pilihan raya sebelum 31 Julai 2022, tetapi itu tidak bermaksud

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh memutuskan untuk membubarkan parlimen jauh lebih lama lagi daripada itu.

“Tak ada apa-apa yang menghalang mereka untuk melengah-lengahkan sehingga habis penggal (untuk membubarkan parlimen) dan kami okey dengan itu kerana kami tak mahu ambil kuasa itu daripada dia.

“Ini bukan hanya sekadar MOU 10 bulan, ia boleh jadi lebih lama daripada itu,” katanya.

Pada Isnin, kerajaan dan PH menandatangani MOU, yang kerajaan berjanji akan melaksanakan beberapa pembaharuan dalam jangka masa tertentu sebagai balasan untuk PH membantu meluluskan Belanjawan 2022 dengan beberapa syarat.

Selain Azalina dan Loke, ahli panel yang menyertai webinar berjudul “MOU - Jalan ke arah transformasi dan kestabilan?” itu termasuk Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan profesor dari Universiti Sunway, Wong Chin Huat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Annuar berkata MoU itu hanya satu daripada pelbagai inisiatif yang bersifat inklusif dan pendekatan di luar kotak. #AWANInews #AWANI745

1631808843567.png


MoU dengan PH terbit daripada dasar inklusif kerajaan - Annuar​

Bernama
September 17, 2021 00:05 MYT
MoU dengan PH terbit daripada dasar inklusif kerajaan - Annuar

Annuar berkata MoU itu hanya satu daripada pelbagai inisiatif yang bersifat inklusif dan pendekatan di luar kotak yang akan dilaksanakan kerajaan. - Gambar/ Bernama

KOTA KINABALU: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) terbit daripada dasar inklusif kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhasrat mentadbir negara secara inklusif serta berasaskan semangat Keluarga Malaysia dan melalui dasar itu, tiada sesiapa yang tertinggal termasuk pembangkang.

Katanya bertitik tolak daripada itu, maka lahirlah sebuah tawaran kepada PH untuk bekerjasama dan kerajaan gembira apabila tawaran itu diterima.


"Kalau orang faham, di situ tiada isu siapa nak tuntut apa, ia daripada tekad politik kerajaan yang memilih untuk ambil pendekatan inklusif dan menjadi dasar kepada kerajaan untuk benar-benar melaksanakan konsep Malaysia sebagai sebuah keluarga.

"MoU ini kalau ada sesiapa nak tuntut apa-apa, silakan kerana MoU ini milik semua, yang penting bagi saya ialah melaksanakan apa yang ada dalam MoU itu, kalau tuntut sana sini tetapi tiada obligasi moral nak laksanakan maka MoU tidak membawa apa-apa makna," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Annuar melawat Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini serta mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan KKMM bagi Sabah yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan warga media sosial bahawa tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Anthony Loke (Seremban), Tony Pua (Damansara) dan Dr Ong Kian Ming (Bangi) merupakan individu penting yang menjadikan MoU itu suatu kenyataan.

Annuar berkata MoU itu hanya satu daripada pelbagai inisiatif yang bersifat inklusif dan pendekatan di luar kotak yang akan dilaksanakan kerajaan serta bersifat transformatif antaranya memberi peluang kepada mereka yang terpinggir atau 'orang kecil' untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

"Kerjasama dengan pembangkang ini hanya satu, bukan satu-satunya, ini baharu permulaan, kita harap boleh bentuk kerjasama dengan Warisan (Parti Warisan Sabah), Parti Muda dan parti-parti lain tetapi tidak eksklusif kepada MoU sahaja," katanya.
Beliau berkata apa yang penting ketika ini ialah kesediaan kerajaan untuk berubah, justeru semua pihak termasuk pe
mbangkang juga perlu berbuat demikian dan tidak mengamalkan politik sempit serta perkauman yang merugikan rakyat pada akhirnya.
-- BERNAMA

 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,760
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,760
Reaction score
2,778
Points
201
Sedar xsedar mageran telah berulang kembali, org kata lepas kemarau panjang pasti ada hasil tuai yg bgs....mcm tu la, negara kt dh matang.....bgs la mcm tu, patut dr awal2 lg benda mcm nie kena buat dr start convid tu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1631870486164.png


DAP ajak Pejuang, Warisan, Muda sokong MoU
Lim Kit Siang
Diterbitkan: Sep 17, 2021 1:03 PM

ULASAN l Tiada jaminan bahawa memorandum persefahaman (MoU) reformasi-perbekalan-kepercayaan (CSR) atau juga disebut sebagai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin-pemimpin kanan komponen Pakatan Harapan (PH) akan berjaya membawa Malaysia ke landskap politik baru.

MoU ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, dari jurucakap G25 dan mantan ketua setiausaha perbendaharaan yang mengatakan benda ini memberikan harapan bahawa negara sedang bergerak ke arah pemulihan pandemik yang lancar berbanding dengan beberapa hari lalu.

Ia memberi sinar harapan bahawa perjanjian ini dapat menghentikan usaha pihak tentu yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

MOU CSR ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi tanda berakhirnya era pembangkang di Parlimen.





Tidak dapat disangkal, MOU CSR boleh menemui jalan buntu kerana ia bergantung kepada tawaran dan persetujuan kedua-dua belah pihak.



dfc033cc69f0e055152e73b2a6a00f49.jpg



DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menghormati janji yang termaktub dalam MOU CSR kerana kita tidak boleh membiarkan wabak Covid-19 terus berlanjutan dengan meninggalkan kerosakan terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia.

Wabak berkenaan telah mengakibatkan lebih dua juta kes jangkitan Covid-19 dan mengorbankan lebih 22,000 dalam tempoh 21 bulan lalu.

Semalam, pada Hari Malaysia ke-58, sebanyak 345 kes kematian Covid-19 direkodkan, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-5 tertinggi di dunia dengan jumlah kematian akibat Covid-19 hanya di belakang Amerika Syarikat (1,291), Rusia (794), Brazil (600) dan Iran (453).

Sejak menteri kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin mengangkat sumpah pada 18 hari yang lalu pada 30 Ogos, rakyat Malaysia masih menunggu tanda-tanda penurunan ketara kes harian Covid-19 dan kes kematian akibat Covid-19.

Purata kes jangkitan Covid-19 sepanjang 18 hari lalu adalah melebihi 19,000 kes dan purata kes kematian akibat Covid-19 untuk tempoh yang sama adalah sebanyak 330 kes.

Memandangkan tempoh inkubasi coronavirus adalah selama 14 hari, perlu ditekankan bahawa purata kes kematian akibat Covid-19 sepanjang empat hari lalu adalah sebanyak 411 kes.



9eff081c6a737970d48bebce01111413.jpg



Dengan peningkatan kadar kes jangkitan Covid-19 dan kematian akibat Covid-19 ini, adakah kita akan mengumpulkan lebih lebih tiga juta kes jangkitan Covid-19 dan 30,000 kematian akibat Covid-19 pada akhir Oktober depan?

Menurut laman web "Our World in Data", kita adalah negara teratas pada 15 September dengan "kes kematian akibat Covid-19 per sejuta penduduk" tertinggi, bukan hanya di rantau ASEAN, malah turut menewaskan Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam, kita juga menewaskan negara-negara besar yang lain seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turki, Brazil dan Mexico.

Inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya mereka dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.

Kita tidak mahu Malaysia berakhir sebagai negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.



e76146deb920c8d60aa7cb2fcfea2523.jpg



MOU CSR tidak bermaksud tiada lagi blok pembangkang di Parlimen kerana ahli parlimen DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini.

Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi "sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu".

Pun begitu, rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau politik, perlu memastikan bahawa MOU CSR yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.

Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.




LIM KIT SIANG ialah anggota parlimen DAP Iskandar Puteri.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Warisan sokong Shafie tak meterai MoU​


September 17, 2021 7:15 PM

Rozman-Isli-and-Shafie-Apdal.jpg


Ketua Whip Warisan, Rozman Isli berkata, parti itu menyokong pendirian Presidennya, Shafie Apdal tidak memeterai MoU dengan kerajaan persekutuan sedia ada.

KOTA KINABALU: Seorang Ahli Parlimen Warisan berkata, parti itu kekal dengan pendirian Presidennya, Shafie Apdal tidak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan seperti dimeterai Pakatan Harapan Isnin lalu.

Ini selepas gesaan veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini untuk Warisan, PEJUANG dan MUDA menyokong serta menandatangani MoU sama dengan kerajaan.

Rozman Isli, Ketua Whip Warisan dan Ahli Parlimen Labuan, berkata beliau kekal dengan pendirian parti dan semua Ahli Parlimen patut menerima jumlah peruntukan sama, tidak kira mereka menandatangani MoU itu atau tidak.
“Kita semua adalah anggota cabang perundangan sistem Parlimen Malaysia,” katanya kepada FMT.



“Tiba masanya untuk negara kita melangkah ke era baharu, yang lebih matang. Kebanyakan negara Komanwel dengan sistem ala Westminster sudah jauh ke hadapan dengan melakukan penambahbaikan terhadap amalan mereka.”

FMT sudah menghubungi PEJUANG dan MUDA untuk mendapatkan komen mereka.

Sebelum ini, dilaporkan dana sama akan diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bawah perjanjian antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan PH.
Tetapi, hanya Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian itu akan mendapat manfaat, menurut laporan Malaysiakini yang berkata dokumen itu menyatakan “satu peringatan penting adalah dana sama hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian ini”.

Ini akan menyebabkan Ahli Parlimen daripada parti seperti PEJUANG, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu, serta bebas tidak mendapat dana sama.

Rozman dalam respons terhadap perkara itu berkata, pembangkang mempunyai peranan sama penting seperti kerajaan, oleh itu mereka harus diberikan pengiktirafan sewajarnya.

“Layan pembangkang dengan hormat. Kerajaan PH turut melakukan kesilapan dengan tidak berbuat demikian ketika mereka menjadi kerajaan. Mereka hanya memperuntukkan RM100,000 setahun kepada Ahli Parlimen pembangkang.
“Bagi kami, peruntukan sama perlu menjadi sebahagian reformasi itu. Ia sebenarnya untuk rakyat,” kata Rozman merujuk reformasi dalam MoU PH dan kerajaan.

Bagaimanapun, Rozman berkata, Warisan secara dasarnya menyokong reformasi di bawah MoU itu, tetapi pada masa sama, parti berkenaan akan “terus bersuara dan menuntut kerajaan sentiasa melakukan perkara betul”.

“Kerajaan boleh dan patut membawa cadangan reformasi yang mereka umumkan baru-baru ini ke Parlimen, tetapi kami mahu lebih banyak butiran.”
Katanya, ketika membahaskan titah Agong di Dewan Rakyat, beliau menyatakan tidak mahu pertukaran Perdana Menteri lagi dalam penggal ini.

Beliau berharap Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya akan memfokuskan usaha menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Pilihan raya umum tidak lama dari sekarang. Sentiasa ada kecenderungan untuk parti pemerintah menyalahgunakan kuasanya, jadi tekanan daripada pembangkang diperlukan untuk kebaikan negara.

“Kami tidak berminat dengan pertukaran PM atau kerajaan lagi untuk penggal ini. Jadi, tidak kisah jika kami tidak menandatangani MoU itu.”

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register