BTC USD 61,138.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RentasParti: kerajaan&pembangkang materai MoU Transformasi, Kestabilan Politik m/s15

Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Memorandum persefahaman: Sinar politik matang dan sejahtera

September 14, 2021

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan pembangkang yang bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik sekaligus memberi gambaran positif kepada landskap politik negara.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, usaha besar inisiatif pihak kerajaan itu adalah satu langkah penting yang diambil demi mewujudkan kestabilan politik sebagai asas untuk membebaskan negara daripada wabak Covid-19 dan seterusnya memacu negara ke arah yang lebih cemerlang.


Advertisement

Memorandum, memorandum persefahaman itu merupakan langkah tepat yang diambil oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri ke-9 yang merangkumi enam transformasi dalam menjayakan gagasan Keluarga Malaysia iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19; Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

“Memorandum persefahaman ini juga bertepatan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang telah diperkenalkan oleh PAS sebagai teras politik negara yang menjadikan agenda politik matang oleh semua pihak untuk kesejahteraan negara.

“Semoga dengan termeterainya memorandum persefahaman ini pihak kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.Kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap yang menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Ia selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, semalam.

Semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian demi mencapai matlamat ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’.

Bagi Perdana Menteri, kerajaan yakin ia bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.– HARAKAHDAILY 14/9/2021
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMG_20210914_180502_117.jpg

Apapun, segalanya masih tertakluk kepada prestasi Kerajaan dan pengadilan rakyat.

Persefahaman apa sekalipun, jika Kerajaan tidak menggunakan peluang yang ada berkhidmat dengan baik, UMNO juga yang akan dihukum PRU15, ujar Ketua Penerangan UMNO, @shahrilh .

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews #PolitikMalaysia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906

Korek Korek

15m ·

Apa yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan PH?

1. MoU sebagai menjunjung titah nasihat YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu agar menstabilkan politik (kerana majoriti yang tipis), membentuk pentadbiran yang stabil dan atas kesedaran supaya penyelesaian krisis ditumpu.

2. Pihak yang terlibat ialah Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, iaitu gabungan PKR, DAP, AMANAH dan UPKO.

3. Merujuk kepada infografik, Kerajaan perlu melaksanakan 6 dasar Transformasi, manakala PH membalasnya dengan tidak menentang undi bagi Belanjawan 2022, undang-undang Perbekalan dan Kewangan, lain-lain RUU dan sebagainya, tertakluk kepada penunaian Transformasi tersebut.

4. Transformasi yang perlu dilaksanakan, antara ringkasannya:
- Majlis Pemulihan Negara terdiri daripada: 50% pakar, 25% MP Kerajaan, 25% MP Pembangkang
- Tambahan dana untuk pandemik COVID-19 sebanyak RM45 bilion, dana tambahan Kumpulan Wang COVID-19 diguna untuk bantu PKS dan lain-lain, peruntukan tambahan untuk ujian saringan COVID-19
- Bantuan tunai diteruskan pada 2022 untuk B40 dan M40 yang hilang pendapatan
- Mengusahakan pengecualian faedah untuk moratorium pinjaman bank selama 3 bulan (kepada kumpulan 50% terbawah)
- Bentang RUU Anti Lompat Parti, had jawatan PM tidak lebih 10 tahun
- Percepat pelaksanaan pendaftaran Undi18
- Peruntukan untuk kawasan Parlimen yang sama dengan MP Kerajaan kepada MP yang terlibat dalam MoU
- Memperkukuh pelaksanaan Perjanjian MA63
- Menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada 5 MP Kerajaan dan 5 MP Pembangkang
- dan lain-lain. Senarai penuh dan terperinci, sila rujuk pada lampiran MoU seperti yang disiarkan oleh Parlimen:
https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/bkk/MOU.pdf

5. Transformasi perlu dilaksanakan mengikut tempoh-tempoh masa yang dipersetujui bersama.

1631627317570.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
1631627813185.png


MOU k'jaan-PH dikongsi di laman web parlimen

Diterbitkan: Sep 14, 2021 4:28 PM

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) kini dikongsi di laman web parlimen.

Perkara 6 dari dokumen setebal 17 halaman itu menetapkan bahawa dokumen tersebut harus didedahkan kepada orang ramai.

Dalam dokumen itu, kerajaan menjanjikan sejumlah reformasi dalam jangka waktu tertentu.

Sebagai balasannya, PH - blok pembangkang terbesar - berjanji untuk tidak menggunakan undi mereka menggulingkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau menyekat Belanjawan 2022, jika pembaharuan dilaksanakan mengikut jadual dan mereka dilibatkan dalam perbincangan mengenai RUU Belanjawan.





PH mengatakan mereka bagaimanapun akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

Kerajaan juga berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Untuk melihat secara terperinci mengenai janji yang dimuatkan dalam MOU itu, sila rujuk panduan Malaysiakini di sini.








Ismail Sabri dispekulasikan telah meminta perjanjian kepercayaan dan bekalan dengan PH untuk melindungi dirinya dari tekanan dalaman.

Pendahulunya, Muhyiddin Yassin terpaksa mengundurkan diri bulan lalu setelah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
1631628621922.png


Perjanjian PH-k'jaan bukan CSA tapi MOU, kata Anwar

Diterbitkan: Sep 14, 2021 8:48 PM

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) menegaskan bahawa perjanjian mereka yang baru ditandatangani dengan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah memorandum persefahaman (MOU) dan bukan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA).

Dia juga berkata Pakatan Harapan menolak tawaran serupa untuk bekerjasama dengan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin (Bersatu – Pagoh) adalah kerana yang presiden Bersatu itu mahukan CSA.

"Ini ada isu fundamental yang berbeza. Yang dikemukakan yang ditawarkan Pagoh adalah bentuk CSA yang menuntut kami menyokong dan mengabsahkan kerajaan.

"Persefahaman ini (dengan kerajaan Ismail Sabri) menekankan peranan kita sebagai pembangkang dan kita boleh menolak jika tidak ada rundingan," kata Anwar dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini.


ADS

Dia mengatakan di bawah demokrasi berparlimen Westminster, CSA tidak hanya akan mengabsahkan kerajaan tetapi juga memerlukan jaminan kepercayaan untuk kerajaan serta sokongan terhadap belanjawan.

"Itu tidak berlaku dengan kerjasama ini," kata Anwar.

Tambahnya, tidak ada syarat dalam MOU di mana PH mesti menyokong Ismail Sabri sekiranya berlaku undi percaya.

Anwar berkata, PH tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa tidak ada lagi keperluan untuk undi percaya.

Namun, dia mengatakan mereka tidak ingin isu keabhsahan membayangi usaha menentang pandemik Covid-19, yang harus diutamakan.

"Jadi, walaupun kami tidak setuju untuk tidak meneruskan undi percaya, kami tetap bekerjasama untuk membincangkan memorandum itu," tambahnya.

Dalam dokumen MOU antara PH dan kerajaan pimpinan Ismail, kerajaan menjanjikan sejumlah reformasi dalam jangka waktu tertentu, dan juga berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Juli 2022.

Sebagai balasannya, PH berjanji tidak akan menggunakan undi mereka menggulingkan Ismail Sabri atau menyekat Belanjawan 2022 selagi pembaharuan yang dijanjikan mengikut jadual dan mereka akan dilibatkan dalam perbincangan mengenai Rang Undang-Undang Belanjawan.

Pada masa sama, PH mengatakan mereka akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Ada MoU atau tidak, perangai tetap sama

September 15, 2021

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong turut meluahkan perasaan kecewa apabila ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) membuat kecoh lagi di Dewan Rakyat.

Katanya, walaupun Memorandum Persefahaman (MoU) diaeterai antara kerajaan dan PH kelmarin, namun Dewan Rakyat yang bersidang semalam tetap kecoh.

Kata beliau ada ahli parlimen PH menyebut “Apa punya mangkuk” ketika waktu pertanyaan kepada menteri.


Advertisement

Menurutnya, ungkapan seorang ahli Parlimen itu mencetuskan kontroversi apabila dia mempersoalkan jawapan Menteri Dalam Negeri.

“Penggunaan ayat seperti itu tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang,” katanya pada hantaran di media sosialnya semalam.

Petang kelmarin kerajaan dan PH menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di Dewan Bankuet Parlimen.

Bagaimanapun pada persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan kekecohan tetap berlaku sehingga ahli parlimen DAP dari Jelutong RSN Rayer diarah keluar dewan.

Timbalan Speaker Dato’ Mohd Rashid Hasnon mengarah ahli parlimen terbabit keluar apabila enggan menarik balik perkataan ‘memalukan’ terhadap speaker.

Dr Wee yang juga Menteri Pengangkutan berkata, situasi itu merupakan cabaran terbesar untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik.

“Keikhlasan perlu ada pada semua pihak dan perlu ada anjakan paradigma. Doakan yang terbaik buat Keluarga Malaysia,” katanya.

Menurutnya juga beliau turut menghadiri detik bersejarah apabila kerajaan dan pembangkang mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat serta negara.

“Ini juga membuktikan demokrasi di Malaysia terus subur dan matang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/9/2021
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
1631694079817.png


Shafie bidas PH tandatangan MOU, lepas Langkah Sheraton 'curi mandat'

Diterbitkan: Sep 15, 2021 1:40 PM


PARLIMEN | Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) membidas rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan kerana menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan persekutuan.

Presiden Warisan menegaskan Langkah Sheraton tahun lalu telah 'mencuri' mandat PH dan sekutunya tetapi sekarang PH sanggup bekerjasama dengan pihak terbabit.

"Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak(stolen) mandat itu. Ya, kita akui betul. Kami bersetuju.

"Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka.


ADS

"Kita tidak sedar hal itu. Di mana nilai dalam hidup kita?

"Saya tidak mahu pada akhirnya, jika kerajaan sekarang gagal dan oleh sebab saya telah menandatangani memorndum itu, saya juga (akan turut sama dianggap) gagal.

"Rakyat akan melihatnya. Tentang bagaimana kedudukan pemerintah negara ini," kata Shafie ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.



d9765cd9569b5cf4f5efdc9d25e95b82.jpg
Gambar fail, pembentukan kerajaan PN.


Jelas Mohd Shafie, ini tidak bermaksud dia tidak peduli terhadap negara atau nasib rakyat, ataupun perpaduan negara akan rosak jika dia tidak menandatangani MOU untuk bekerjasama dengan kerajaan itu.

Negara dan rakyat patut selalu menjadi keutamaan, tetapi katanya, keadaan sekarang banyak didorong oleh "keserakahan dan nafsu" untuk jawatan.

Malah kata Shafie, dia bahkan sanggup bertanding melawan saudaranya sendiri Yusof Apdal - yang kekal bersama Umno setelah Shafie digantung daripada parti itu - pada pilihan raya umum ke-14.

Semua ini, katanya demi negara. Selepas PRU14, Yusof telah menyertai Warisan.

Punca ketidakstabilan semasa dalam lanskap politik negara adalah kerana mandat rakyat dicuri, tegasnya.



947d152badf6cdffa285e44d5a0fc596.jpg



Menurut Shafie lagi, hal ini menyebabkan terlalu banyak perhatian ditumpukan kepada siapa yang memiliki "nombor" sokongan mencukupi majoriti ahli parlimen untuk mendapatkan kekuasaan.

"Kami bermain dengan angka untuk nyawa manusia di negara ini," kata Shafie.



Dia berkata demikian sambil bersetuju dengan Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai perlunya undang-undang antilompat parti.



Shafie kemudian menyarankan agar undang-undang antilompat parti mengenakan hukuman terhadap ahli parlimen telah "melompat", seperti digantung bertanding dalam pilihan raya dengan sejumlah syarat.

"Atau digantung seumur hidup sehingga mereka tidak dapat bertanding dalam politik lagi, kerana mereka telah memberikan contoh buruk kepada rakyat negara ini," katanya.

Pada hari Isnin, PH dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, telah menandatangani perjanjian bersama yang dijuluki 'Memorandum Persefahaman tentang Transformasi dan Kestabilan Politik'.



c3f74cade4f6cf0ffaade6ef8eb8889b.jpg



Kesepakatan itu menyaksikan kerajaan pimpinan Ismail berjanji untuk melaksanakan sejumlah reformasi institusi dalam tempoh waktu tertentu.

Sebagai balasannya, PH menawarkan janji bersyarat untuk tidak menggulingkan Ismail daripada kerajaan dan akan menyokong Belanjawan 2022.

Pada ucapannya kemudian, Lim Guan Eng (PH-Bagan) mempertahankan MOU itu, menegaskan PH masih memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang salah, kami akan mengkritik. Sekiranya ada rasuah, pembaziran, pembangkang tidak akan melepaskannya.

"Jangan fikir hanya kerana kami menandatangani MOU, kami memberi mereka pas percuma. Tidak, tidak, tidak, kami masih pembangkang,” kata Lim.

Dia juga mengulangi bantuan langsung yang dapat diperolehi rakyat daripada MOU itu apabila kerajaan bersetuju suntikan fiskal RM45 bilion untuk memerangi pandemik Covid-19.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menghuraikan beberapa sebab Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat keputusan untuk tidak menandatangan MoU dengan kerajaan.
https://www.utusan.com.my/.../shafie-beri-sebab-warisan.../

Shafie beri sebab Warisan tidak tandatangan MoU dengan kerajaan​

MOHD.-SHAFIE-APDAL-2.jpg


MOHD. SHAFIE APDAL

  • 15 September 2021, 4:22 pm



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menghuraikan beberapa sebab Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat keputusan untuk tidak menandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong, Shafie mempersoalkan mengapa pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan kerajaan yang dibentuk melalui Langkah Sheraton, sekali gus menjatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita melihat kerangka adanya mandat rakyat dan peralihan kerajaan berlaku kerana Langkah Sheraton, ini mandat yang dicuri. Tetapi sekarang kita bekerjasama dengan mereka, menandatangani memorandum dengan mereka, di mana nilai kita sebagai pemimpin politik?

“Yang menjadi punca kepada MoU ini juga adalah disebabkan ketidakstabilan politik, ini yang kata jumlah tak cukup, kita bermain nombor untuk nyawa manusia. Kita adalah negara yang tidak mengira bangsa dan agama, kita boleh bersatu tetapi kerana kuasa, kita didorong oleh ketamakan dan nafsu untuk dapatkan kedudukan. Saya boleh sahaja ada di sana jika saya nak tetapi itu bukan nilai diri saya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Shafie juga mempertahankan pendirian partinya berhubung MoU antara kerajaan dan pembangkang.

“Adakah tanpa menandatangani MoU ini, maka kita tak pentingkan rakyat? Adakah tak tandatangan, jadi kita tak pentingkan negara?

“Kita boleh berbahas, saya boleh bagi sumbangan sepenuhnya sekiranya rang undang-undang dapat dimeterai, tapi apakah kandungannya? Contohnya, Undi18, ini dah diluluskan dalam Parlimen masa pemerintahan dulu, MA63 pun dah bentuk jawatankuasa, berapa banyak pasukan teknikal perlu dibentuk?” soalnya.

Bagaimanapun, Shafie memberi jaminan akan memberi kerjasama sekiranya kandungan dalam MoU itu dapat dilaksanakan dengan segera.

“Insya-Allah, untuk kepentingan negara, jika memorandum ini diperlukan untuk melaksanakan apa yang terkandung dalam dokumen itu, saya akan sokong tetapi kalau tak boleh, ini akan menjejaskan kerjasama tersebut.

“Saya tak nak bila kerajaan hari ini gagal, bila saya tandatangan memorandum itu saya pun akan gagal. Rakyat sedang melihat kedudukan pemerintahan negara ketika ini,” katanya. – UTUSAN

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
Lim Guan Eng berkata, antara syarat yang dipersetujui adalah pembangkang akan dilibatkan dalam perbincangan dan kerajaan juga perlu mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.

PH beri amaran MoU akan terbatal jika tidak patuhi syarat dipersetujui

15 September 2021



1631707034423.png

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) akan terbatal dengan sendirinya jika syarat yang dipersetujui bersama sebelum ini tidak dipatuhi.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, antara syarat yang dipersetujui adalah pembangkang akan dilibatkan dalam perbincangan dan kerajaan juga perlu mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.
"Saya ingin tegaskan di sini, apa yang berlaku (MoU) adalah persetujuan oleh PH bahawa sekiranya ada undi percaya kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), pihak pembangkang akan ambil sikap berkecuali.

"Dalam Belanjawan 2022 (pula) dengan prasyarat bahawa ada perbincangan dengan pihak parti pembangkang, input (oleh) kita akan diberi pertimbangan, maka kita sedia berkecuali.

"Selain itu, syarat yang termeterai dalam MoU yang kita tandatangani mesti dilaksanakan. Kalau tidak (dilaksanakan), maka ia akan terbatal dengan sendirinya," kata beliau ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tambahnya, tindakan PH bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan kerajaan itu adalah demi kepentingan rakyat.

"Kami ikhlas, kami jujur mahukan tumpuan diberikan untuk melawan Covid-19 dan selamatkan ekonomi Malaysia.
"Ini kerana, nyawa dan mata pencarian rakyat lebih penting daripada segala-galanya," ujar beliau.


Pada Isnin, politik Malaysia mencatat sejarah buat kali pertama apabila kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran negara.

Upacara menandatangani MoU yang dikenali sebagai Transformasi dan Kestabilan Politik itu diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili kerajaan.

Bagi pihak Pakatan Harapan (PH) pula, diwakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Pemeteraian itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...wx9LacHidPLA4ix8jERTtsFZtkQzSxKhksnHCHOqQ6J_k


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register