BTC USD 65,321.4 Gold USD 1,784.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rencana- Jerat Broker Berkereta Mewah

danzaimar

Legendary Member
Joined
Oct 29, 2008
Messages
11,505
Reaction score
46
Points
120
Jerat broker berkereta mewah

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD
[email protected]



PELABURAN dalam skim mata wang asing amat berisiko tinggi jika tidak difahami dengan baik. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



MEREKA yang ingin melibatkan diri secara serius dalam urus niaga tukaran mata wang asing perlu mahir dari segi teori dan praktikal tentang selok-belok dunia ‘komoditi’ terbabit, menurut seorang broker urus niaga tukaran asing di ibu negara, Hisham (bukan nama sebenar).

“Ini kerana bukan semua transaksi bergantung kepada teori. Macam kita ramal cuaca, contohnya hari ini dikatakan hujan tetapi yang berlaku cerah sahaja.

“Kita perlu tumpukan kepada carta wang, analisis dan keadaan politik semasa negara terlibat.

“Kita juga mesti bijak membuat perbandingan dan jangkaan nilai yang boleh berubah.

“Ada yang mahir dalam masa sebulan tetapi ada yang tidak mahir walaupun sudah berbulan-bulan menceburinya.

“Namun kebiasaannya golongan yang banyak terlibat terdiri daripada golongan profesional,” katanya.

Beliau memberitahu, sebagai contoh dagangan tukaran asing mata wang Jepun iaitu yen berada dalam posisi baik untuk proses jual beli kerana kestabilan Negara Matahari Terbit itu.

Namun itu pun bukan untuk selama-lamanya kerana dolar Amerika yang dulu dikatakan stabil telah jatuh disebabkan masalah sub prima sehingga menaikkan kadar faedah.

“Anda perlu pantas menganalisis kerana ia akan menentukan duit anda sama ada hangus atau menimbun,” kata Hisham.

Kini mereka yang terlibat dalam urus niaga forex hanya memerlukan modal sekecil RM3.50 untuk melabur kerana bersamaan dengan A$1 biarpun nilai itu mungkin boleh berubah.

Namun Hisham menegaskan jangan sesekali terlalu bergantung kepada orang tengah untuk melakukan urus niaga kerana mereka mungkin mengambil kesempatan.

“Pantau sendiri atau tanya pendapat orang lain. Usah biar mereka buat 100 peratus, nanti modal disimpan dari muda ke tua hangus. Masa itu sesal tidak berguna lagi,” katanya.

Mengulas mengenai adanya individu yang menyamar menjadi broker syarikat urus niaga tukaran asing terkemuka, Hisham tidak menolak perkara itu berlaku.

“Mereka bijak dengan berkereta mewah dan berpakaian mahal selain pandai menyakinkan orang.

“Cari broker berdaftar dan pergi ke syarikat itu sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut. Itu lebih baik,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu kes penipuan urus niaga forex sudah berkurangan.

“Laburkan sahaja duit ke dalam amanah saham, deposit tetap dan bentuk simpanan lain yang lebih selamat dan terjamin. Setiap tahun pasti ada keuntungannya,” kata beliau.

Urus niaga atas angin - Skim pelaburan tukaran asing mirip skim cepat kaya



MATA wang yang lemah dan mudah dimanipulasi menjadi antara pilihan pelabur antarabangsa untuk dagangan spekulasi jangka pendek. – Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------


MUNGKIN ramai yang pernah mendengar istilah syarikat pengurusan pelaburan tukaran mata wang asing atau disebut sebagai forex.

Syarikat begini tidak begitu dikenali sehinggalah akhbar tempatan mendedahkan ramai pelanggan yang menjadi mangsa mereka sejak lima tahun kebelakangan ini.

Bagi yang pernah melabur atau bekerja di situ, pengalaman menceburi bidang itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan wang pelaburan bahkan mengalami tekanan perasaan.

Asalnya, industri forex berasaskan urus niaga komoditi wujud di Malaysia pada awal 1960-an ketika negara masih pengeluar utama getah, kelapa sawit dan bijih timah.

Dekad 1990-an menyaksikan beberapa firma pelaburan tempatan muncul dengan kononnya menawarkan pelbagai kaunter pilihan seperti kapas, kopi, tembaga, gandum bahkan perut ****.

Ketika itu dianggarkan 10 buah syarikat wujud di ibu negara dengan ‘ibu pejabat’ di pusat kewangan pesisir sama ada Macau atau Hong Kong serta kemudiannya Bermuda dan Bahamas.

Menariknya, industri forex menjanjikan pulangan lumayan dalam masa segera kepada pelabur walaupun ketika negara mengalami krisis ekonomi.

Ini kerana urus niaga sebenarnya lebih bersifat dua hala. Contohnya dalam urus niaga biasa bursa, jika membeli pada harga rendah, kita menjual pada harga tinggi.

Walhal dalam urus niaga forex, pelabur boleh menjual pada harga tinggi sebelum membeli pula pada harga rendah. Malah seperti dagangan komoditi, transaksi forex lebih berkonsepkan leverage.

“Bayangkan dengan pelaburan bernilai 10 peratus, pelabur itu seolah ‘bermain’ untuk nilai penuh 100 peratus,” jelas Pengerusi Koperasi Remiser Bumiputera Berhad, Nazarry Rosli ketika dihubungi.

Bahkan katakanlah pelabur memasuki pasaran ketika harga naik dan menjangka harga akan jatuh, mereka boleh menjual dahulu dan membeli kemudian bagi mendapat keuntungan.




--------------------------------------------------------------------------------


Risikonya ujar beliau, amat tinggi kerana pelabur itu mampu meraih untung dalam masa singkat tetapi juga boleh kerugian sekelip mata dan ini amat jarang diketahui pelabur.

Dagangan forex juga dikenali sebagai komoditi tunai segera Amerika Syarikat (AS) atau spot cash comodity kerana urus niaga dijalankan berpandukan waktu di pasaran AS.

Tidak hairanlah mereka yang terlibat dalam industri ini digelar sebagai burung hantu kerana biasa bekerja sebelah malam sehingga awal pagi.

“Hakikatnya urus niaga forex seperti skim cepat kaya kerana untung besar begitu pantas tetapi risikonya juga tinggi. Dan rata-rata firma forex didapati tidak berdaftar secara sah,” tegas Nazarry.

Justeru beliau yang juga Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd. menasihatkan masyarakat berhati-hati dan menyiasat latar belakang syarikat forex itu sebelum melabur.

Berbeza dengan firma sekuriti saham yang perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), syarikat urus niaga forex tidak jelas menjalankan transaksi atas kebenaran pihak siapa.

“Maka kebarangkalian ditipu amat tinggi,” jelas Nazzary.

Seorang bekas pengurus yang terlibat dalam dagangan itu ketika ditemui Kosmo! Ahad berkata, dianggarkan kini terdapat lebih 200 syarikat sedemikian di seluruh negara.

“Di Lembah Klang sahaja jumlahnya lebih 150 buah, malangnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Banyak syarikat ini jika diselidik lebih berminat mengambil wang pelabur tetapi tidak bertanggungjawab terhadap urus niaga dijalankan,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Modus operandinya cukup mudah iaitu sebaik sahaja mendapat wang pelaburan daripada pelanggan, mereka pada mulanya akan memastikan hasil urus niaga dagangan memang nampak menguntungkan bagi meyakinkan pelanggan terbabit.

Tetapi setelah beberapa lama, mereka mendakwa harga mata wang didagangkan itu kononnya mengalami kemerosotan. Keadaan itu memaksa mereka menggunakan semua baki wang pelaburan bertujuan menampung pertambahan kerugian yang dialami.

Kebiasaannya, dalam setiap dagangan forex, julat terkecil di antara harga belian dan jualan yang diperlukan bagi seseorang mendapatkan balik modal pelaburannya ialah minimum AS$0.30 (RM1.14).

Di atas kertas memang kita nampak mudah tetapi sebenarnya bagi mereka yang berpengalaman dalam bidang risiko pelaburan, tentu sedia maklum betapa seksanya untuk mendapatkan nilai 30 sen AS itu dalam tempoh sehari misalnya.

Perlu diingatkan, boleh dikatakan ada syarikat pelaburan forex yang wujud kini, sebenarnya tidak diberi lesen oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi diizinkan mengambil deposit orang ramai.




--------------------------------------------------------------------------------


Kini, dagangan di syarikat pengurusan forex dianggap salah satu skim cepat kaya memandangkan urus niaga pengambilan deposit itu sendiri sebenarnya tidak sah serta menyalahi peraturan SC dan BNM.

Ironinya, kurang usaha dijalankan bagi membendung skim itu melainkan SC, BNM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang begitu proaktif memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi skim forex itu.

info penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0907&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_02.htm
 
Sponsored Post

pipon

Junior Member
Joined
Apr 9, 2010
Messages
52
Reaction score
4
Points
11
trade sendiri... macam2 cara ada, pilih jer bang.... hahaha
 
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16622
USD / JPY
114.348
GBP / USD
1.38269
USD / CHF
0.91884
USD / CAD
1.23063
EUR / JPY
133.355
AUD / USD
0.75369

CG Sponsors




Top
Log in Register