Reman Wanita Dilanjutkan, Dua Lagi Suspek Ditahan Reman

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tempoh tahanan reman terhadap suspek wanita berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilanjutkan selama tujuh hari lagi sehingga 4 Jan ini.

Tempoh reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu berakhir semalam dan polis telah memohon tempoh lanjutan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pendaftar Mahkamah Majistret/Seksyen Kuala Lumpur, Ahmad Shakib Ismail, Selasa mengeluarkan perintah tempoh lanjutan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain wanita itu, polis turut mendapatkan perintah reman selama seminggu mulai Selasa ke atas seorang wanita berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 47 tahun iaitu tangkapan terbaru dalam kes tersebut.

Pada 22 Dis lalu, mayat separuh bogel seorang kanak-kanak ditemui terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorang Gurney, Jalan Semarak, di sini.

Berikutan penemuan mayat tersebut, seorang wanita membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Bagaimanapun, polis menahan wanita itu selepas mendapati unsur mencurigakan ketika memberi keterangan.

Polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan berusia 34 tahun untuk membantu siasatan.

Ketiga-tiga suspek di bawa ke mahkamah pada pukul 10.30 pagi tadi dengan diiringi oleh beberapa pegawai polis.
 
Sponsored Post

SaudagarUnta

Junior Member
Joined
Nov 28, 2009
Messages
62
Reaction score
2
Points
11
ini lah akibatnye klu dah buat salah... nak menipu plak tu.... :eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register