BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Tertekan Pedal Minyak, Kereta Terjunam Dari Tingkat 1

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,282
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,282
Reaction score
7,059
Points
916
Awards
1


6262428425331523079_121.jpg

6262428425331523078_121.jpg



08.09.2024 - Seorang remaja lelaki cedera di kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One hari ini akibat tertekan pedal minyak. Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian kira-kira 11.45 pagi itu turut menjejaskan sebuah kereta yang diletakkan di aras bawah.

“Kejadian berlaku apabila kereta Honda City dipandu lelaki berusia 19 tahun bergerak dari tempat parkir Terminal One untuk balik ke rumah di Seremban 2. Apabila tiba di lokasi kejadian di tingkat satu, pemandu tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi. Kereta itu seterusnya jatuh dan terkena bahagian hadapan kereta tanpa pemandu yang berada di bahagian bawah." katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Mohamad Hatta meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes menerusi talian 014-6000 353 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.​




1725799670616.png

Video Bekaitan

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register