BTC USD 48,123.6 Gold USD 1,778.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Remaja terselamat diculik lelaki naik Kancil

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,110
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,110
Reaction score
437
Points
91
Remaja terselamat diculik lelaki naik Kancil
FB_IMG_1637839084557.jpg
FB_IMG_1637839086473.jpg
FB_IMG_1637839088541.jpg
FB_IMG_1637839088541.jpg
FB_IMG_1637839090595.jpg

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun hampir menjadi mangsa penculikan yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, remaja terbabit baharu sahaja turun daripada van sekolah menuju ke sekolah sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta jenis Perodua Kancil.

Lelaki tempatan tersebut telah memanggil mangsa itu untuk meminta bantuan pelajar Tingkatan Satu itu untuk menghantar satu borang tidak pasti ke sekolah.

Suspek berkenaan bertindak menarik mangsa ke dalam kereta kompak itu setelah remaja itu enggan menuruti permintaannya untuk masuk ke dalam kereta.

“Bagaimanapun, mangsa yang dibawa lari di sekitar Taman Molek berjaya melepaskan diri kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian itu berlaku dan telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki ke sekolah.

Katanya, selepas mangsa berjaya menyelamatkan diri keluar kereta dipandu suspek, dia kemudiannya telah meminta bantuan orang awam menyelamatkannya.

“Dalam kejadian ini, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga dikenakan denda,” katanya.-K! ONLINE

Gambar: PDRM/Media sosial

#Kosmo
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,648
Joined
May 6, 2019
Messages
1,648
Reaction score
864
Points
81
van putih dah jadi kancil biru pulak..

dulu jadi dekat johor jugak, dalam shopping complex

guard terus tutup pintu keluar sbb mak dia sedar cepat dan bg tau security

tak sampai 15 min pun hilang tu

anak tu jumpa dalam toilet, pengsan.. rambut dah dibotak kan dan dipakai wig / rambut palsu

mcm nak seludup keluar lah, tp nak ubah penampilan budak tu

ni member aku ceritalah.. dah lama dulu..
 

faeyzul

Active+ Member
Messages
2,549
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,549
Reaction score
153
Points
43
jauh ke van skolah anta sempat lg org pngl tny culik masuk keta, lgpn dpn skolah kot. nt ade la kisah sambungan slalunya ni...
 

theblur

Super Active Member
Messages
7,679
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,679
Reaction score
993
Points
121
Tak mampu langgan ayam, main culik2 budak sekolah pula.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register