hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,937
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,937
- Reaction score
- 1,398
- Points
- 201
Remaja terjun tingkat satu hotel selamatkan diri dari sindiket pemerdagangan manusia
Muzliza Mustafa – Kuala Lumpur
Nekad larikan diri dari genggaman sindiket pemerdagangan manusia, seorang remaja berumur 20 tahun dari Johor terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Kemboja sebelum diselamatkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).
Menurut aktivis MHO, Azirul Syafik, remaja itu ke Kemboja setelah diajak rakan untuk berkerja di sana tanpa diketahui ianya perangkap sindiket pemerdagangan manusia.
Kata Azirul, kebanyakkan mangsa dari Malaysia yang terperangkap di pusat penipuan di Kemboja adalah dari Johor, Sarawak dan Sabah.
Selain itu Azirul turut berkongsi taktik terbaru sindiket yang kini menawarkan pekerjaan di Singapura sebagai umpan memperdayakan mangsa.
“Tawaran pekerjaan banyaknya kepada warga Johor. Ditawarkan bekerja di Singapura tapi perlu menghadiri latihan di Phnom Penh. Jadi hati-hatilah dengan tawaran pekerjaan,” katanya.
Sementara itu, setiausaha agung MHO Hishamuddin Hashim berkata jelas adanya kaitan sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja dan Malaysia dan kes terbaru melibatkan remaja yang diselamatkan mengesahkan pertalian itu.
“Ibu mangsa menghubungi MHO selepas mangsa dipukul. Apabila sindiket mengetahui perkara ini, rumah keluarga mangsa didatangi individu-individu berulang kali minta keluarga tarik semula aduan.
“Mereka datang untuk memberikan tekanan. Kita telah nasihatkan keluarga untuk membuat laporan polis,” katanya.
Keterangan gambar: Aktivis MHO memegang sekeping gambar menunjukkan kesan luka di belakang badan mangsa akibat dipukul semasa dalam tahanan sindiket, 6 Disember 2024. [Ihsan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia]
#sindiketpekerjaan #mho #penipuan