TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah kolej kediaman kejururawatan di Luyang, malam semalam.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, remaja terbabit dipercayai melepaskan tembakan dari kampung berhampiran kira-kira 7 malam menyebabkan dua lubang kecil pada tingkap kaca dua bilik kolej berkenaan.
Beliau berkata, kesan lubang itu dipercayai akibat bebola besi daripada senapang angin tersebut.
"Mangsa (pelajar wanita) dikatakan sedang makan malam bersama rakannya di dalam bilik sebelum terdengar letupan kuat dari arah perkampungan (berdekatan kolej)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa kemudian mendapati terdapat serpihan kaca di atas lantai berdekatan tingkap dalam bilik itu namun tiada yang cedera, katanya.
Chandra berkata motif sebenar kejadian masih disiasat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu supaya segera tampil bagi membantu siasatan. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6493#sthash.uD7YQLH1.dpuf