Remaja suka merembes di kwsn masjid KLCC

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.

Malah, kawasan rekreasi Taman KLCC yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah menara KLCC kini tercemar dengan kegiatan 'terlampau' segelintir remaja.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir remaja tempatan dan orang asing yang dipercayai warga Indonesia menjadikan kawasan rehat di sekitar taman itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Pengunjung, Sofleyna Mohd Saleh, 32, berkata perbuatan kurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu 'menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam' di khalayak umum begitu memalukan serta menjelekkan mata memandang.

"Lebih menyedihkan kerana kebanyakan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa bersalah berpelukan serta bercumbuan dengan pasangan masing-masing.


"Sudahlah lokasi 'aktiviti' mereka ini berdekatan masjid, mereka langsung tidak rasa bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh. Setidak-tidaknya mereka perlu menghormati rumah ibadat tambahan pula ramai di kalangan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil," katanya.

Katanya, individu yang melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan sama, khususnya remaja yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

Bagi Zainan Samingan, 41, perbuatan segelintir remaja Melayu beragama Islam melakukan aksi mesra di khalayak umum seakan menjadi kebiasaan (trend) masa kini dan tidak menolak terdapat jurang yang ketara antara remaja dulu dan sekarang.

"Nilai sebagai seorang Islam sudah jauh dipinggirkan dan ditolak tepi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. Perkara ini harus dibendung kerana jika terus dibiarkan dikhuatiri bakal meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri lebih-lebih lagi yang beragama Islam," katanya.
 
Sponsored Post

n3scAf3 AIs

Active Member
Joined
Sep 30, 2009
Messages
1,473
Reaction score
28
Points
30
lepas wat jahat,senang diorng nk g bertaubat trus..hehehe
 

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
jawi tido ker x cukup kakitgn penguatkuasa..kalu x ckp kakitgn iklankn jwtn kosong..gerenti aku aply...tah2 pruntukan jawi pun kena ptg kot...:D
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
kena gempa bumi baru tau...
 

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 15, 2009
Messages
27,496
Reaction score
115
Points
128
dah lama aku tak jejak tamna klcc tu.. tak ingat bila tah~~~
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
lame tul x g main air kat klcc tu, last pegi tyme form 1 kot g ngan makcik dan adik2 sedare... huhuhuhu...
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
ini bukan perkara baru...dah bertahun2 dah berlaku kat tmn klcc tu
 

saifulkoy

Fun Poster
Joined
Apr 1, 2009
Messages
627
Reaction score
9
Points
15
KUALA LUMPUR: Menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.

Malah, kawasan rekreasi Taman KLCC yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah menara KLCC kini tercemar dengan kegiatan 'terlampau' segelintir remaja.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir remaja tempatan dan orang asing yang dipercayai warga Indonesia menjadikan kawasan rehat di sekitar taman itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Pengunjung, Sofleyna Mohd Saleh, 32, berkata perbuatan kurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu 'menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam' di khalayak umum begitu memalukan serta menjelekkan mata memandang.

"Lebih menyedihkan kerana kebanyakan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa bersalah berpelukan serta bercumbuan dengan pasangan masing-masing.


"Sudahlah lokasi 'aktiviti' mereka ini berdekatan masjid, mereka langsung tidak rasa bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh. Setidak-tidaknya mereka perlu menghormati rumah ibadat tambahan pula ramai di kalangan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil," katanya.

Katanya, individu yang melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan sama, khususnya remaja yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

Bagi Zainan Samingan, 41, perbuatan segelintir remaja Melayu beragama Islam melakukan aksi mesra di khalayak umum seakan menjadi kebiasaan (trend) masa kini dan tidak menolak terdapat jurang yang ketara antara remaja dulu dan sekarang.

"Nilai sebagai seorang Islam sudah jauh dipinggirkan dan ditolak tepi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. Perkara ini harus dibendung kerana jika terus dibiarkan dikhuatiri bakal meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri lebih-lebih lagi yang beragama Islam," katanya
.
fuuhhh!!!
ayat harian metro mmg meLETOP...
yg kaler MERAH tu mmg pEnuh PerasaAn..:-?:-?:-?:-?:-?:-?
 

wiralution X

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
2,826
Reaction score
41
Points
30
memang dah lama jadi port KLCC ni. siap main pon ader. isk2 apa nak jadi la budak2 sekarang ni ~X(
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
kalo kena gempa, mampos le kena himpap KLCC
 
Sponsored Post
Top
Log in Register