BTC USD 103,280 Gold USD 2,711.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Perempuan Terpelanting, Terseret Di Rempuh Hilux Di Pandu Warga Asing Tiada Lesen

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,484
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,484
Reaction score
7,074
Points
916
Awards
1
05.07.2024 - Seorang remaja perempuan cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Sepang, Selangor membabitkan empat kenderaan pada Selasa. Kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kargo itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pengguna jalan raya lain sebelum dikongsikan menerusi hantaran di Facebook milik Masdiana Ana pada hari yang sama. Menerusi video berkenaan, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilihat memandu dengan laju sehingga hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan lain. Rempuhan itu menyebabkan dua penunggang motosikal terpelanting sebelum terseret beberapa meter di atas jalan berkenaan.

Sementara Toyota Hilux itu juga bertindak melanggar lampu isyarat merah dan mengakibatkan keretanya terbabas ke tebing di sebelah kiri jalan. Berdasarkan maklumat awal dikongsikan ahli keluarga salah seorang penunggang motor itu, mangsa difahamkan mengalami kecederaan di kepala dan luka-luka pada badannya.

"Yang terbaring itu adik saudara saya. Alhamdulillah dia dah boleh keluar dari hospital," katanya di ruangan komen.

Individu tersebut turut mendakwa pacuan empat roda itu dipandu seorang warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen sah untuk memandu. Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
1720180911952.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register