Remaja perempuan rompak bank di AS

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

IMEJ rakaman kamera tertutup menunjukkan seorang suspek perompak bank meninggalkan Bank First National di Cincinnati, Ohio pada Selasa lalu.

WASHINGTON - Seorang remaja perempuan yang berumur di antara 14 dan 16 tahun dan seorang budak perempuan kemungkinan berusia 12 tahun diburu polis kerana merompak sebuah bank di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Pejabat Syerif Daerah Hamilton menyatakan satu rompakan dilaporkan berlaku pada waktu tengah hari di Bank First National di bandar Cincinnati, Ohio.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua perompak itu tidak membawa sebarang senjata.

"Kami tidak pernah berdepan dengan rompakan bank yang dilakukan remaja di kawasan ini," kata jurucakap jabatan syerif, Steve Barnett.

Remaja yang lebih tua itu menyerahkan nota kepada kakitangan kaunter bank tersebut untuk meminta sejumlah wang.

Mereka beredar dari bank itu selepas mendapat sejumlah wang yang boleh dikenal pasti dengan mudah kerana ia mempunyai petunjuk daripada bank tersebut. - Agensi
 
Sponsored Post

nofa

Active+ Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
2,727
Reaction score
9
Points
25
x de telur pun berani
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
berani betul dia org ni. Mesti byk menonton filem unsur rompak bank dan ingin mencuba.
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
Menurut pihak berkuasa, kedua-dua perompak itu tidak membawa sebarang senjata.

"Kami tidak pernah berdepan dengan rompakan bank yang dilakukan remaja di kawasan ini," kata jurucakap jabatan syerif, Steve Barnett.

Remaja yang lebih tua itu menyerahkan nota kepada kakitangan kaunter bank tersebut untuk meminta sejumlah wang.
senang nya .. ni bukan rompak .. tapi minta duit.. huh .. *****..
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
apa agak2 jenis nota yang boleh menyebabkan pekerja bank serahkan duit ? :))

Awas..ini satu rompakan..3 orang sharp shooter kami tengah aim muka ngko yang cun ni..kalau tak nak otak bersepai..bagi cash 50,000 utk aku wat hantaran kawen..lu tolong wa wat mesjid jugak maa.. :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register