Remaja perempuan bakar kitab tafsir al-Quran

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON 26 Nov. - Pihak berkuasa menahan seorang remaja perempuan kerana didakwa membakar senaskah kitab tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Remaja kacukan berusia 15 tahun itu turut merakam perbuatannya itu sambil ditonton oleh rakan-rakannya di premis sekolah, dan videonya disebarkan melalui laman web sosial, Facebook.

Remaja lelaki berusia 14 tahun yang memberi reaksi terhadap video itu turut ditahan kerana menulis komen berbaur ancaman.

Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin dan sedang menunggu proses pendakwaan, kata polis semalam.

Polis berkata, video berkenaan tidak lagi boleh ditonton di Facebook kerana pihaknya telah memadamkannya.

Ahli majlis kerajaan tempatan, Bob Badham menganggap insiden itu sebagai satu perkara yang serius.

"Kehidupan menjadi sangat mudah apabila anda hanya perlu menekan satu butang untuk menyebarkan video di Internet tanpa memikirkan apa yang akan terjadi," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat Islam di Britain, Catherine Heseltine berkata, tindakan membakar al-Quran adalah satu perbuatan melampau dan menghina umat Islam. - AGENSI
 
Sponsored Post

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
ade balasan utk depa nti..
islam xpenah hina agama lain..tp penganut agama lain sntiasa nk hina islam
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,592
Reaction score
60
Points
120
ni duk ikut paderi us tu la..hampeh
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
kecik2 dah pandai membakar
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
tak reti beza tu tafsir dgn al quran betul
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
aku doakan mereka mendapat hidayah Allah & menjadi pemimpin Islam yg hebat di eropah
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
tapi sekurang kurangnya pihak berkuasa london bertindak pantas,Malaysia lambat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register