BTC USD 56,824.4 Gold USD 1,778.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja perempuan 13 tahun dirogol lelaki baru sehari dikenali

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Remaja perempuan 13 tahun dirogol lelaki baru sehari dikenali
WhatsApp-Image-2021-02-09-at-3.38.43-PM.jpeg
Zulkepli Ibrahim

GERIK: Remaja perempuan berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki yang baru sehari dikenali menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Kampung Simpang Perak, Ayer Panas dekat Pengkalan Hulu di sini, Sabtu lalu.
Lebih malang apabila remaja perempuan itu turut dirogol tiga lelaki lain dalam bilik berasingan di rumah tersebut antara pukul 11 malam hingga 3 petang, hari berikutnya.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa yang masih bersekolah itu keluar dari rumahnya di Gerik bersama suspek berusia 18 tahun pada pukul 7.50 malam.
Katanya, suspek mempelawa mangsa kononnya untuk bersiar-siar sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Simpang Ayer Panas.
“Setibanya di lokasi kejadian, suspek telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah di mana terdapat tiga lelaki lain di dalamnya.
“Mangsa kemudiannya dirogol oleh kesemua suspek di dalam tiga bilik berasingan di rumah berkenaan sehingga petang hari Ahad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa telah ditinggalkan di tepi jalan besar Kampung Tanjung Kala, Gerik kira-kira pukul 6.30 petang.
Katanya, mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu semalam kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.
“Susulan laporan polis dibuat mangsa, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pengkalan Hulu telah menahan enam lelaki berusia antara 18 hingga 58 tahun di beberapa lokasi di daerah Pengkalan Hulu.
“Kesemua lelaki itu termasuk pemilik rumah ditahan dengan beberapa barang kes berkaitan dirampas untuk siasatan,” katanya.
Menurutnya, kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,307
Reaction score
129
Points
43
mudahnya dia ikut lelaki baru dikenali sehari, agaknya apa la yg dijanjikan semudah tu dia ikut...
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
kene haramkan wassap
guna telegram je
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,619
Reaction score
163
Points
83
kene haramkan wassap
guna telegram je

laki tu punye pasal, tak pasal whatapps lak kena hukum.....

patutnya kes rogol ni, hukum kasi je...pastu masuk kat berita TV sebulan...biar perogol lain tau akibatnya..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register