BTC USD 98,859.4 Gold USD 2,650.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres

Klu tgk video tu bukan usb

Pki plug 3 pin terus
Walaupun 3 pin tapi sumber charger dia bateri dari bas, jadi paling2 12V.

Tapi mungkin jugak syarikat bas sambung 2 bateri jadi 24 volt.

Dan mungkin mangsa gunakan charger murah takde QC. Pernah saya baca besi di keliling usb port dari charger murah dipasang di pejabat tu sampai 240V kerana ada lintas (sepatutnya 5V je). Tapi kalau dalam bas memang takde 240V, selalunya 12V, paling2 24V.

Kene tunggu pakar siasat, nak tau jugak camne boleh sampai tercabut nyawa dari bateri bas.
 
Last edited:
Sponsored Post

Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres

07.11.2024 - Kementerian Pengangkutan memaklumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) sudah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket dalam semua bas ekspres susulan insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang. Menteri Loke Siew Fook berkata larangan itu dibuat sehingga selesai siasatan penuh yang dijalankan pasukan petugas khas.

“Sekarang semua bas ekspres (yang) ada soket ini dilarang untuk digunakan (buat) sementara waktu. (Kita) nak dapatkan punca sebenar dulu…apakah punca (berlaku) insiden ini,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta Kementerian Pengangkutan memaklumkan apakah langkah segera diambil susulan insiden itu. Pada 3 Nov lalu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki pada 1 Nov. Loke berkata, pasukan petugas khas itu terdiri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Apad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral.

Sementara itu, Loke berkata kementeriannya akan meneliti semula SOP penggunaan soket elektrik bagi perkhidmatan bas ekspres berikutan masa ini tiada piawaian khusus mengenainya. Beliau berkata, antara langkah diambil adalah melihat SOP sedia ada dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga untuk mewujudkan piawaian bagi penggunaannya khusus untuk perkhidmatan bas ekspres. “Soket dalam kapal terbang atau kereta api, seperti perkhidmatan tren elektrik (ETS) memang ada piawaiannya. Ini mesti dipatuhi (misalnya) oleh syarikat pembuat kapal terbang. “Tetapi untuk bas, (setakat ini) tidak ada piawaian tersendiri. Sehubungan itu, dalam siasatan kita (berkaitan kes renjatan elektrik), bagi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan lain-lain, soket tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...sementara-penggunaan-soket-dalam-bas-ekspres/
 
dari tahun masa saya awal kerja kat Celcom selalu naik Komuter, masa tu pun dah ada plug 13A dalam gerabak .. saya tak pernah guna sbb masa tu smartphone paling femes saya guna Nokia 5800XM, bateri memang tahan lama ..

ada baca ulasan prof fakulti UKM EESED, katanya soket dalam kenderaan awam biasanya dalam pemasangan pembuat kenderaan yang tak lepas pemeriksaan SIRIM, dalam checklist PUSPAKOM pun takder bahagian soket elektrik .. pembuat kenderaan biasanya amik komponen barang murah .. sebab tak semestinya chassis tu hanya khas untuk bas, ianya boleh juga jadi untuk lori ..

masa saya tolong tarik kete dengan abang sedara ada pernah pakai 12V kepada 240V untuk charge laptop, .. beli kat Jalan Pasar je, tapi bateri kete ngan charger tak tahan lama .. cepat rosak ..

soket USB lagi selamat daripada 13A .. sape la bagi idea untuk letak 13A situ .. memang kena bagi pingat jasa bakti terus 🤭
 
Pendawaian Tak Patuh Piawaian Punca Remaja Maut Akibat Renjatan Elektrik

20.11.2024 - Pendawaian elektrik tidak patuh piawaian menjadi punca berlaku renjatan menyebabkan seorang remaja maut ketika mengecas telefon bimbitnya di sebuah bas ekspres di Terminal Penang Sentral, 2 Nov lalu. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata hasil siasatan pasukan petugas khas mendapati sambungan pendawaian dari keluaran kotak pengagihan (DB) ke soket dipasang secara terbalik menyebabkan renjatan itu berlaku.

“Pemasangan pendawaian elektrik bas juga dilakukan oleh pihak tidak bertauliah oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ditemui maut dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri. Mengulas lanjut, walaupun komponen struktur bas mematuhi pelan teknikal diluluskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) pada 20 Mei lalu, namun aspek keselamatan pendawaian elektrik perlu diberi perhatian segera.

“Ini bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna,” katanya.

Loke berkata pihaknya telah mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada pengendali bas ekspres terbabit iaitu Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd, dua hari selepas kejadian. Menurutnya, pihaknya juga telah mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas menghentikan penggunaan semua soket elektrik 3-pin dengan serta-merta sehingga garis panduan baharu dikeluarkan. Bagi proses pelesenan pula, Loke berkata pihaknya mewajibkan syarikat pengendali baharu dan sedia ada mengemukakan keputusan laporan berkaitan pemeriksaan pendawaian tambahan oleh badan pemeriksaan diiktiraf Jabatan Standard Malaysia.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...n-punca-remaja-maut-akibat-renjatan-elektrik/
 
Penggunaan Soket 3 Pin Dalam Bas Di Hentikan Sementara – Loke

20.11.2024 - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan semua pengendali bas menghentikan penggunaan soket elektrik 3-pin di dalam bas sementara. Menterinya, Anthony Loke berkata, syarikat pengendali baharu dan sedia ada kini diwajibkan menyerahkan laporan atau sijil pemeriksaan pendawaian yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

“Kerajaan komited memastikan setiap pengguna pengangkutan awam merasa selamat, dengan langkah-langkah ini bertujuan mencegah insiden serupa daripada berulang di masa hadapan,” katanya ketika sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu, satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan maut melibatkan seorang remaja berusia 18 tahun akibat renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres pada 1 November 2024. Pasukan berkenaan melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), MIROS, Suruhanjaya Tenaga (ST), SIRIM, dan PUSPAKOM, mendapati pendawaian elektrik pada bas tersebut tidak teratur serta menggunakan kelengkapan elektrik yang tidak memenuhi piawaian.

“Menurut siasatan, pendawaian dilakukan oleh pihak tidak bertauliah dan pemasangan dari kotak pengagihan (DB) ke soket dilakukan secara terbalik. Walaupun struktur bas memenuhi spesifikasi teknikal dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada Mei lalu, aspek keselamatan elektrik memerlukan perhatian segera,” katanya.

APAD juga telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn. Bhd. JPJ dan agensi ST turut menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas bas berkenaan dan premis syarikat pembuat bas di Selangor. “Hasil pemeriksaan, sebuah lagi bas milik pengendali yang sama didapati mempunyai pendawaian elektrik serupa. APAD telah menggantung sementara operasi bas tersebut sehingga siasatan selesai,” tambahnya.

Pada 1 November lalu, seorang remaja lelaki dilaporkan maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya di soket sebuah bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral. Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/penggunaan-soket-3-pin-dalam-bas-dihentikan-sementara-loke/
 
Pakai alat ni selamat, sambil boleh excercise tangan

no_markReactNative-snapshot-image_0.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register