Remaja maut gagal pintas dua kereta

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,610
Reaction score
21,073
Points
1,671
Jempol: Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kren sebelum dirempuh kenderaan lain di Kilometer 6, Jalan Bahau-Tampin, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari, Mohamad Norraizi Mohamad Yanor, 18, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa dari arah Jelai menuju ke Bahau menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai cuba memotong dua kereta di depannya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sempat memotong kenderaan pertama, namun ketika cuba memotong kereta kedua, motosikalnya bergesel menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kren.


“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak semula ke laluan asal sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain, dipercayai kereta,” katanya.


Hamzah berkata, kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bawah kren dan terseret 100 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu kren iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun diambil keterangan berhubung kejadian itu.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengesan sebuah kenderaan dipercayai kereta yang melanggar mangsa dan berharap saksi kejadian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol atau hubungi talian 06-4582222 bagi membantu siasatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajamautgagalpintasduakereta/MA/Article/index_html
 
Sponsored Post

Dewa19Kangen

Banned
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
3
Points
65
tu dia la nak overtake sangat,potong xlepas,depan treler,perrrghhh.apa yg terakhir dpikiran beliau saat tu sebelum impact..
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
Janganlah memotong,biar lambat asalkan selamat
 

Ququd

Banned
Joined
Jun 13, 2008
Messages
1,305
Reaction score
0
Points
20
Motor bukan besar sgt pun
blh je bg ruang kat diaorg nak potong.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
“Siasatan awal mendapati, mangsa sempat memotong kenderaan pertama, namun ketika cuba memotong kereta kedua, motosikalnya bergesel menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kren.

yang aku nampak ramai org bermoto mesti klau nak masuk line yng btul..bukan tgk kiri boleh masuk ke tak..kadang2 ngam2 depan kereta tu masuk..tu yang ramai masih kena belajar cmana bermotor..
 

coq_kodok

Active Member
Joined
Feb 28, 2013
Messages
1,128
Reaction score
22
Points
25
Innalillah.....takziah buat kluarga arwah.......
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
dh smpai masa dia......
 

jutaonemini

Super Active Member
Joined
May 13, 2008
Messages
9,138
Reaction score
10
Points
65
rasanya bukan salah kereta sgt kot..klu dah xmuat nk potong jangan la mengada2..aku pun memang kalau even kiri kanan ade kereta if ade ruang aku potong jgk..celah2..klu xde baik dok diam2 follow blkg klu x camni la jadinye..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register