BTC USD 48,969.7 Gold USD 1,786.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja mahu belayar solo menghilangkan diri

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
du_01.1.jpg

GAMBAR fail menunjukkan Dekker (tengah) ditemu ramah oleh wartawan di Utrech, Belanda pada Ogos lalu.

THE HAGUE - Seorang remaja Belanda yang mendapat liputan apabila dia berjuang di mahkamah untuk belayar secara solo mengelilingi dunia didapati telah menghilangkan diri, kata polis semalam.

Menurut jurucakap polis, Bernhard Jens, remaja itu, Laura Dekker yang berumur 14 tahun didapati telah meninggalkan rumah bapanya di Utrech.

"Kami tidak percaya ia merupakan satu kejadian jenayah," katanya.

Mahkamah Daerah Utrech pada Oktober lalu enggan memembenarkan Dekker belayar secara solo. Jika Dekker belayar, dia akan menjadi individu paling muda belayar mengelilingi dunia berseorangan.

Jens berkata, pihak berkuasa Belanda telah meminta negara-negara jiran untuk memantau lapangan terbang di negara masing-masing bagi mengesan Dekker.

"Jika dia dilihat berada di sesuatu kawasan atau cuba untuk meninggalkan lapangan terbang, pihak berkuasa tahu kita sedang mencarinya," katanya.

Dekker mempunyai kerakyatan Belanda dan New Zealand kerana dia dilahirkan di atas sebuah kapal layar di perairan New Zealand.

Dia pernah berkata, kemungkinan akan pergi ke New Zealand jika pihak berkuasa Belanda enggan membenarkannya belayar secara solo.

Jens tidak memberikan sebarang komen mengenai satu laporan bahawa Dekker mengeluarkan wang AS$5,000 (RM17,187) dari akaun banknya beberapa hari lalu.

"Kami sedang melakukan apa sahaja bagi memastikan kami akan menemuinya semula," kata Jens. - AP
 
Sponsored Post

fix90

Active Member
Messages
2,167
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
gilo la dia ni..14 tahun lak tu..
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,654
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,654
Reaction score
100
Points
123
masih mentah lagi... sudah puas dengan nikmat daratan kot.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register