akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,763
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,763
- Reaction score
- 6,833
- Points
- 881
- Awards
- 1
Remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan seludup beras Thailand
12 November 2024

ba938d0c3a7d5a468275b55f917d8cc5673304f902ace
Foto: Briged Tenggara
KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis bersama sebuah kereta Proton Persona yang dipandunya berikutan penemuan 475 kilogram beras dalam kenderaan itu dipercayai diseludup dari Thailand.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, remaja berkenaan ditahan di Simpang Tiga Kampung Dangar, Pasir Mas pada kira-kira 8 pagi semalam.
Beliau berkata, remaja itu bertindak sebagai penghantar beras yang dianggarkan bernilai RM1,900 yang dibawa tanpa dokumen sah.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata PGA turut menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 48 tahun yang terlibat dalam penyalahgunaan ketum selepas menyerbu sebuah premis di Kampung Pangkal Kala dekat Bunut Susu, Pasir Mas.
Beliau berkata, dalam serbuan pada 11 malam itu, PGA telah merampas satu bungkusan mengandungi 800 gram daun ketum, 12 botol berisi air ketum dan dua botol ubat batuk serta tiga unit telefon bimbit.
“Anggaran nilai rampasan adalah RM4,972 dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala suspek dan hasil rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Bernama
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Facebook : Malaysia Gazette

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.
malaysiagazette.com