balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JELUTONG - Sudah 10 tahun terjebak dengan permainan video atas talian, seorang remaja mula ketagih judi di pusat siber ala kasino.
Menceritakan detik permulaannya bergelumang judi siber ini, Mohd Hafizi Harun, 21, berkata, dia mula meminati permainan internet sejak berusia 10 tahun lagi setelah kerap ke kafe siber apabila tamat waktu sekolah.
Menurutnya, dia bebas melakukan apa saja aktiviti disebabkan emaknya bekerja sehingga ke waktu petang.
“Ketika saya kecil emak akan bagi duit untuk saya beli makanan tengah hari dan bakinya disimpan sendiri, setelah tidak tahu hendak buat apa dengan duit baki, kawan sekolah ajak masuk ke pusat internet.
“Di situ saya mula berjinak dengan permainan internet dan lama kelamaan semakin meningkat dewasa, saya semakin ketagih kerana permainan itu mengisi masa lapang dan mengurangkan tekanan,” katanya.
Setelah menginjak remaja, Hafizi mengakui semakin berani mencuba permainan judi siber melalui siber kasino.
Menurutnya, dia ke siber kasino ketika berusia 19 tahun bersama dua lagi saudaranya yang berusia 30 dan 35 tahun.
“Kalau kanak-kanak mereka (pemilik premis siber kasino) tidak benarkan masuk.
"Masa ini, saya sudah semakin berani bertaruh menggunakan duit, bila waktu dapat apa yang kita taruhkan memang sangat seronok, tapi bila kalah umpama orang gila.
“Tidak semua orang berani bertaruh duit sendiri tapi saya bekerja untuk berjudi di siber kasino, pada masa itu saya rasa tidak bersalah kerana bertaruh dalam internet," katanya.
Lama-kelamaan dia mulai sedar dan cuba membuang tabiat buruk berkenaan.
"Bukan mudah nak buang tabiat buruk apabila sudah menjadi ketagih,” katanya.
Hafizi juga sempat berkongsi beberapa keping gambar suasana dalam premis judi siber kasino.
“Mereka akan letakkan warga asing menjaga kaunter tetapi sebenarnya kalau kita tidak mampu bayar akan ada orang lain dipanggil untuk mengugut kita, saya sudah serik,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/remaja-ketagih-judi-siber-1.493935