BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Iraq pintar matematik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
STOCKHOLM 30 Mei - Seorang remaja Iraq berusia 16 tahun yang kini menetap di Sweden berjaya menyelesaikan satu masalah matematik yang menjadi kebuntuan pakar selama lebih 300 tahun, lapor media Sweden.

Menurut akhbar harian Dagens Nyheter, dalam masa empat bulan, Mohamed Altoumaimi berjaya menemui formula untuk menjelaskan dan memudahkan turutan kiraan yang dipanggil Bernoulli, yang dinamakan sempena seorang pakar matematik Sweden, Jacob Bernoulli selepas kurun ke-17.

Mohamed yang berhijrah ke Sweden enam tahun lalu berkata, guru-guru di sekolah tingginya di Falun, tengah Sweden, pada mulanya tidak yakin dengan penemuan tersebut.

''Apabila saya mula-mula tunjukkan penemuan itu kepada guru-guru, tiada satu pun dari mereka percaya formula yang saya tulis itu boleh menyelesaikan masalah matematik tersebut,'' kata remaja itu seperti yang dipetik akhbar Falu Kuriren.

Mohamed kemudian berhubung dengan profesor di Universiti Uppsala, sebuah institusi terkemuka Sweden bagi memeriksa formula yang ditemuinya.

Selepas merujuk buku notanya, profesor-profesor mendapati formula tersebut benar-benar betul dan mereka menawarkannya belajar di universiti berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamed menolak tawaran itu kerana dia mahu menumpukan kepada persekolahan dan merancang untuk mengikuti kelas matematik lanjutan serta fizik semasa cuti musim panas tahun ini.

''Saya mahu menjadi penyelidik dalam bidang fizik atau matematik, saya amat meminati dua subjek itu.

''Tapi saya perlu perbaiki mata pelajaran bahasa Inggeris dan sains sosial,'' katanya kepada Falu Kuriren. - AFP
 
semoga dia tak mensia2kan kepandaian dan kelebihan yg dianugerahkan kepadanya.
 
ade plak offer jadik student...
patutnye offer jadi lecturer aa trus...:p
 
300 tahun punya kebuntuan tu
mak oi...
 
Ohh.. Bernoulli numbers..

"...The three century old mathematical problem called the Bernoulli numbers was solved by the mathematical genius Mohamed Altoumaimi..."

huhu.. dasyat2.. kalau kat malaysia baru tingkatan 4 tu..
 
tepekla formula tu kat sini..nak jugak tau..
abisla budak2 u pasni..kena tambah formula baru nak menghafal..
 
Back
Top
Log in Register