BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja hilang, mayat reput ditemukan di Banting dipercayai dibunuh

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,291
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,291
Reaction score
1,342
Points
201
6311998489730597443_121.jpg


Remaja hilang, mayat reput ditemukan di Banting dipercayai dibunuh

Kajang: Penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dekat sini, semalam dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.

Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.

Menurut sumber, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai adalah susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mayat itu, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Keadaan mayat ditemukan dalam keadaan reput. Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.

"Bagaimanapun, kita percaya ia (penemuan mayat) ada kaitan tetapi perlu tunggu keputusan DNA yang dijangka diperoleh sehari dua ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau akan mengeluarkan kenyataan media kelak berhubung kes ini.

Mayat dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan remaja perempuan itu dilapor hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir Yap dilihat di gelanggang bola keranjang itu, berbaju tarian singa berwarna merah.

Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.
 
Sponsored Post

Keputusan DNA Identiti Mayat Reput Banting Di Jangka Khamis

01.01.2025 - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilaksanakan terhadap mayat reput yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor dijangka diperolehi pada Khamis. Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan mangsa.

"Keputusan DNA mayat reput yang ditemui pada Sabtu lalu dijangka diperolehi esok bagi mengesahkan identiti mangsa,” katanya pada Rabu.

Majoriti pada Selasa melaporkan, polis mengesyaki penemuan mayat reput di Banting itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang, Selangor sejak 19 Disember lalu. Menurut Hussein, pihaknya kini menunggu keputusan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mangsa. Pada 21 Disember lalu, polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan remaja perempuan bernama Yap Xin Yuan yang hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, pada 19 Disember lalu. Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan, polis sudah menahan tiga individu termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

"Setakat ini, tiga suspek masing-masing berusia 16, 20 dan 51 tahun ditahan dan direman sehingga Ahad," katanya.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2025...mayat-reput-di-banting-dijangka-keluar-khamis
 
Polis Sahkan Mayat Reput Adalah Yap Xin Yuan

02.01.2025 - Polis hari ini mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting, 28 Disember lalu adalah remaja perempuan berusia 15 tahun Yap Xin Yuan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu kepada Buletin TV3. Ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh sebentar tadi.

“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga”, katanya kepada Buletin TV3.

Sabtu lalu mayat mangsa yang sudah reput ditemui di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor. Mangsa dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras. Kali terakhir dia dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah. Susulan itu tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan itu ditahan bagi membantu siasatan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang juga telah mengklasifikasikan siasatan kes daripada orang hilang kepada siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/polis-sahkan-mayat-reput-adalah-yap-xin-yuan/
 
Keluarga Di Jangka Tuntut Mayat Yap Xin Yuan Esok Atau Lusa

02.01.2025 - Mayat remaja perempuan Yap Xin Yuan, 15 tahun dijangka dituntut keluarganya sama ada esok atau lusa. Menurut bapa mangsa, Yap Yen Yau, ketika ini keluarganya masih berurusan dengan pihak pengurusan mayat bagi urusan kremasi mendiang.

“Saya mahu tunggu (pihak pengurusan mayat) kemudian baru tahu. Mungkin esok atau Sabtu. Saya mahu tunggu mereka menempah tempat bakar (kremasi) baru boleh tahu,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau sebelum itu dilihat hadir ke Jabatan Forensik Hospital Banting bersama isterinya bagi proses pengecaman mayat mangsa. Namun dia dan isteri enggan ditemu bual media. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komision

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/keluarga-dijangka-tuntut-mayat-yap-xin-yuan-esok-atau-lusa/
 
Bapa Yap Xin Yuan Sayu, Tak Dapat Kenal Wajah Anak Sebelum Di Semadikan

03.01.2025 - Yap Eng You iaitu bapa kepada Yap Xin Yuan, mangsa pembunuhan di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor tiba bersendirian di rumah mayat Hospital Banting sekitar pukul 8 pagi Jumaat untuk menuntut mayat anak perempuannya. Lelaki berkenaan kemudian terus ke krematorium untuk mengendalikan upacara terakhir anak perempuanya itu. Semasa temu bual dengan media, Eng You berkata bahawa dia dan isterinya mempunyai tiga anak perempuan dan mendiang merupakan anak sulung mereka. Eng You melahirkan rasa dukacita yang mendalam dan akui sukar menerima pemergian anak perempuannya, lebih-lebih lagi selepas melihat jenazahnya yang cacat pada Jumaat. Dia tidak dapat mengenali wajahnya ketika menuntut mayat itu.

“Saya di sini pada hari ini untuk membawa pulang anak perempuan dan menemaninya dalam perjalanan terakhirnya. Sekarang anak perempuan saya telah meninggal dunia, keluarga hanya boleh menerima realiti pahit ini," katanya.

Dia secara menambah bahawa semua urusan untuk upacara terakhir anak perempuannya telah diamanahkan kepada penyedia perkhidmatan pengebumian, dengan jenazahnya dihantar ke krematorium Cheras untuk pembakaran mayat. Pada Isnin lepas, mayat remaja yang hilang itu ditemui di Banting selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dipadankan dengan ibunya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga suspek termasul teman lelakunya telah ditahan dan telah direman sehingga Ahad. Bagaimanapun, perintah tahanan reman mungkin dilanjutkan.

“Motif di sebalik pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
1735880471914.png
 
Spekulasi Kematian Yap Xin Yuan Kerana Terlebih Dos Dadah, Polis Tunggu Laporan Toksilogi

03.01.2025 - PIhak polis masih menunggu laporan toksilogi dan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Yap Xin Yuan, 15. Ketua Polis Daerah Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan itu penting bagi mengenal pasti sama ada kematian mangsa berpunca daripada pergaduhan atau dikaitkan dengan penggunaan dadah.

"Kami memerlukan laporan toksikologi untuk memastikan sama ada mangsa mengambil dadah, jadi kami tidak dapat mengesahkan pada ketika ini jika dia meninggal dunia akibat terlebih dos atau tidak. Kami juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, tetapi keadaan mayat menyukarkan pakar patologi," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa kematian mangsa melibatkan teman lelakinya yang berusia 16 tahun.

"Kami sedang menyiasat sama ada terdapat perselisihan faham antara kedua-duanya atau kematiannya ada kaitan dengan penggunaan dadah. Inilah sebabnya kami perlu menunggu keputusan makmal. Siasatan juga termasuk sama ada teman lelaki itu bertindak bersendirian dalam membuang mayat Yap atau mempunyai rakan sejenayah. Setakat ini, ketiga-tiga suspek yang ditahan termasuk teman lelakinya didapati negatif dadah," tambahnya.

Sebelum ini, mayat mangsa ditemui di di RTB Sungai Changgang (dalam keadaan reput), dan pengesahan fizikal tidak dapat dijalankan. Bagaimanapun pengecaman dapat dibuat selepas ujian DNA dilakukan. Tiga suspek berusia 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa sudah ditahan dan direman sehingga 5 Januari depan. Kes itu kini diklasifikasikan sebagai pembunuhan dengan motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan. Xin Yuan dilaporkan hilang pada 19 Disember selepas latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11 Cheras, Selangor.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2025...ebih-dos-dadah-polis-tunggu-laporan-toksilogi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register