Remaja hilang dalam perjalanan ke sekolah

CG Sponsors




kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
BUTTERWORTH: Seorang remaja perempuan, Siti Nasihah Mohd Subri, 15 (atas), dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kuala Ketil, Kedah, kira-kira dua minggu lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil itu gagal dihubungi dan tiada sebarang berita mengenainya selepas dia dilaporkan hilang pada 2 November lalu.

Bapanya, Mohd Subri Jaafar, 47, berkata kali terakhir anak sulungnya itu dikesan ialah ketika membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki untuk ke sekolah.
“Saya dimaklumkan oleh rakannya bahawa dia ternampak Ana (panggilan manja kepada Siti Nasihah) yang membonceng motosikal, tetapi tidak mengenali lelaki yang menunggang motosikal itu,” katanya yang mengunjungi pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd di Prai, di sini, semalam.

Sehari selepas itu, Mohd Subri yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Seberang Jaya di sini, membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil mengenai kehilangan anaknya.

Mohd Subri yang sedih kerana anaknya tidak bersama ketika menyambut Aidiladha, Rabu lalu, berkata mereka sekeluarga amat merindui Siti Nasihah.

“Anak bongsu saya, Siti Nor Alia, 11, asyik menangis kerana rindukan kakaknya. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap gambarnya sehingga tidak dapat memberi tumpuan pada kerja,” katanya.
Walaupun mencuba pelbagai kaedah tradisional termasuk mendapatkan khidmat bomoh, kelibat Siti Nasihah tetap gagal dikesan.

Mohd Subri berkata, ada bomoh mendakwa anaknya dipukau dan dikurung sekumpulan lelaki di sebuah taman perumahan tetapi tidak pasti lokasinya.

“Saya juga mencari merata tempat sekitar Kedah tetapi tidak mendapat sebarang maklumat.

“Saya bertambah cemas setelah membaca berita dalam akhbar mengenai penemuan mayat terbakar tidak dikenali di Kulim Hi-Tech, baru-baru ini,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Siti Nasihah boleh menghubungi Mohd Subri di 013-4563742 atau balai polis berhampiran.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajahilangdalamperjalanankesekolah/Article
 
Sponsored Post

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
ikut jantan nie..gerenti la..nanti mesti kuar paper ikut kekasih selepas x de dara n pakwe dia dah jemu...
 

akunobita

Super Active Member
Joined
Nov 28, 2009
Messages
6,825
Reaction score
108
Points
73
yg tak boleh blah ada ke pergi tanya bomoh?
melayu oh melayu.
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
menggedik birah la ni kalo da ikut jantan...
 

Ahwazi Mustafa

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 18, 2008
Messages
11,541
Reaction score
17
Points
130
da ikut jantan spesis tu.... mmg habis la tut engkau.... pempuan 15 thn mmg mentah bergetah lg....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register