hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,287
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,287
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
Remaja ditemui mati lemas ketika memancing
SEORANG remaja berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika memancing di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Shahrizal Zakaria dipercayai lemas di sebatang anak sungai di kampung berkenaan.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi kes menyelamat orang hilang pada pukul 12.19 tengah hari.
“Maklumat awal mendapati mangsa memancing ikan sebelum tergelincir ke dalam sungai. Mangsa ditemukan pada pukul 1.04 petang dalam operasi mencari mangsa di air.
“Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jurucakap bomba berkata, maklumat juga mendapat mangsa memiliki sejarah penyakit sawan.
Sementara itu, pangarah Bomba negeri, Zainal Madasin menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap banjir sebagai pesta dengan membelakangi keselamatan nyawa.
Foto- BOMBA KELANTAN
#banjir
#kelantan
#tanahmerah