BTC USD 36,455.3 Gold USD 1,842.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Remaja ditahan menyamar askar, liwat mangsa lelaki

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
handcuff-afp-271018-1.jpg


Lelaki berusia 19 tahun itu turut disyaki terlibat dalam kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa pada November lalu, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu. (Gambar AFP)
ALOR GAJAH: Polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki menyamar sebagai pegawai tentera dan memiliki kelengkapan pakaian pasukan itu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan sepasukan pegawai tentera dari Kem Terendak kira-kira 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan menemukan barangan ketenteraan antaranya tiga pasang pakaian berserta pangkat kapten dan aksesori, kasut, tali pinggang Kor Artileri, beret merun, stoking hijau dan apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku memperoleh pakaian tentera itu dengan membelinya secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Arshad berkata siasatan lanjut ke atas suspek mendapati pemuda itu terlibat dalam satu kes penipuan dengan memperdaya seorang lelaki dengan masalah peribadi dan urusan perkahwinan menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM21,400.

Beliau berkata suspek telah memperdaya mangsa dengan membawa watak jantina berlainan iaitu menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Suspek juga disyaki terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa dalam kejadian berlaku pada 23 hingga 25 Nov lepas di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,161
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,161
Reaction score
3,152
Points
261
Awards
1
Nah 19 thn pun dh power menipu apa nk jd la
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Kaki liwat ni hantar australia je
 

Hou-Ou

Active Member
Messages
1,191
Joined
Jun 13, 2021
Messages
1,191
Reaction score
447
Points
51
kalau dah pandai sgt berlakun

p lah jadi pelakon film

pun boleh kaya apa
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
umo 19?

budak baru keluar asrama ke ni?

dalam tu pun banyak juga case grooming nih

tp org jarang highlight je
 

faeyzul

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,668
Reaction score
177
Points
43
wow lain macam MO, target laki lak tu..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register