Remaja ditahan ditahan ketika dapat rawatan keguguran

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,719
Reaction score
3,003
Points
201
LABUAN: Seorang gadis berusia 18 tahun ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Labuan, di sini, kerana dipercayai menggugurkan kandungannya.

Gadis terbabit ditahan pada jam 3.36 petang selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital terbabit yang menyatakan suspek dipercayai mengambil sejenis ubat.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata siasatan awal mendapati gadis terbabit pergi ke Hospital Labuan jam 7.45 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, remaja itu ke hospital dan melahirkan bayi sebelum pihak hospital mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

"Suspek dipercayai mengambil sejenis ubat dipercayai untuk menggugurkan kandungan pada bulan Mei lalu dan kali terakhir pada Selasa lalu.

"Mayat bayi lelaki cukup sifat itu seberat 1.04 kilogram dan dianggarkan berusia tujuh bulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Farid berkata, suspek kini masih ditahan di wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua -duanya sekali," katanya,

 
Top
Log in Register