BTC USD 34,547.4 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja dakwa guru buat lawak rogol dalam kelas, Maszlee gesa disiasat

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,161
Reaction score
1,231
Points
111
Kalau rasa dah x selamat,
Xperlulah terhegeh2 nak ke sekolah.

Homeschooling kan boleh.

Sorry tertinggal bas.

Mak dia mana eh?
Homeschooling le, kalau dah tak boleh hormat guru, bapanya tak boleh nak didik anaknya........ Pegi sekolah rasa tak selamat, bercakap depan media rasa selamat Dan bangga........ Sekolah atau pusat pengajian bukan utk budak2 macam ni
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
869
Reaction score
145
Points
33
La... Xabih2 lagi ja seeking attention... Dah raya dah Ain oi... Dah la tu 0-0 p study... Jgn dok asyik ngan tepon ja...
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,195
Reaction score
1,975
Points
201
Sikit je lagi nak spm tu.. lepas spm leh jadi influence da
 
sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,150
Reaction score
448
Points
91
lepas ni hidup mesti kene pulau,g skolah baru kene pulau,masuk U pun kene pulau,dah masuk keje pun kene pulau..mcm mana la esok dia jumpe BF pastu nk kahwin pe smua
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,915
Reaction score
1,898
Points
201
Dr org sokong dh jd org menyampah adik2
 
biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,878
Reaction score
1,864
Points
151
lepas ni hidup mesti kene pulau,g skolah baru kene pulau,masuk U pun kene pulau,dah masuk keje pun kene pulau..mcm mana la esok dia jumpe BF pastu nk kahwin pe smua
Sebagai majikan, aku tak ambik employee yang kaki viral. Silap sikit viral, silap sikit viral.
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Gurau lucah berisiko disumbat penjara​

PETALING JAYA: Awas jangan `seronok’ sangat menggunakan perkataan lucah atas ‘tiket’ sekadar gurauan kerana anda boleh dipenjara maksimum hingga lima tahun.

Perbuatan tersebut seringkali berlaku dalam persekitaran di tempat kerja dan ia adalah satu bentuk gangguan seksual kerana menimbulkan ketidakselesaan atau mengaibkan individu tertentu.

Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sejak 2017 hingga Mac lalu, sebanyak 326 kes melibatkan pelbagai kesalahan gangguan seksual di tempat kerja dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, walaupun jumlah kes itu kecil, ia tidak wajar dipandang enteng ekoran terdapat peningkatan pada tahun lalu 87 kes berbanding 52 kes (2019).

“Menyebut kata-kata lucah atau membawa kepada gangguan kesantunan seseorang, pelakunya boleh disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan,” kata beliau di sini baru-baru ini.

Selain itu, Siti Kamsiah memberitahu, mengambil gambar atau meletakkan kamera di tempat tertentu untuk tujuan merakam aktiviti seseorang tanpa pengetahuan mangsa juga salah kerana ia bersifat peribadi dan boleh mengaibkan individu terbabit.

Kata beliau, perbuatan merakam gambar tersebut juga diklasifikasi sebagai `gangguan seksual’ dan boleh disiasat di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan iaitu penyebaran gambar atau video yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kata beliau, bentuk gangguan seksual lain yang turut dikesan ialah melibatkan perbuatan meraba atau memegang punggung, payu dara atau mana-mana anggota badan mangsa atau pelaku menunjukkan kemaluan sendiri.

Katanya, hampir 90 peratus atau 279 kesalahan gangguan seksual dalam tempoh tersebut melibatkan kes-kes mencabul kehormatan.

Jelas beliau, jumlah itu melibatkan kira-kira 48 kes pada 2017; 62 kes (2018); 50 kes (2019); 80 kes (2020) dan 37 kes bermula Januari hingga Mac tahun ini.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 29 kes kesalahan di luar tabii berhubung gangguan seksual di tempat kerja.

“Bagi kes tanpa sentuhan pula, kira-kira 16 kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan seseorang manakala dua lagi kes berkaitan penyebaran video lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Siti Kamsiah berkata, dalam tempoh sama, mereka yang mengalami gangguan secara seksual terdiri daripada 310 wanita dan 16 lelaki.

Menurut beliau, sebanyak 317 mangsa berusia lingkungan 18 tahun ke atas manakala hanya sembilan melibatkan remaja atau 18 tahun ke bawah.

“Kita dapati kebanyakan kes-kes gangguan di tempat kerja ini melibatkan majikan atau rakan sekerja. Terdapat juga laporan berlaku di premis-premis perniagaan apabila pekerja kedai mengadu disentuh pelanggan.

“Bagi kes tanpa sentuhan pula melibatkan telefon bimbit diletakkan di tempat tertentu. Malah jika menghantar video atau gambar lucah pada seseorang atau rakan sekerja juga merupakan satu gangguan seksual,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Siti Kamsiah, isu tersebut bergantung kepada penerimaan serta latar belakang individu yang kadangkala ada yang boleh bergurau dengan elemen ‘lucah’.

“Masyarakat perlu lebih peka terhadap sesuatu perkara, kalau boleh jangan sentuh hal peribadi atau isu seksual individu tersebut. Mungkin niat untuk bergurau namun bukan semua dapat menerima.

“Tambahan pula dalam keadaan tertentu di mana kata-kata dan perbuatan itu jatuh kepada satu kesalahan jenayah. Lebih-lebih lagi perkataan atau pelakuan yang mengaibkan serta menjatuhkan kehormatan individu tertentu,” kata beliau.- MINGGUAN MALAYSIA
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,295
Reaction score
751
Points
171

daripada buat undang2 tak boleh bercakap lucah.. saya syorkan sekolah untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan diasing serta guru gurunya sekali.. kita ikut cara Islam. contohnya sekolah PONDOK....

p/.s: kebaikanya dapat elak maksiat dan zina mata
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Polis tahan lelaki ugut kenalan Ain Husniza di Twitter​

PUTRAJAYA – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengeluarkan ugutan terhadap seorang wanita yang memberi sokongan kepada pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan perbuatan seorang guru membuat gurauan rogol.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki itu namun, tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.

Menurutnya, wanita itu membuat laporan polis di Putrajaya pada 10 Mei lepas mendakwa dia menerima ugutan menerusi Twitter oleh seorang lelaki dari Kulim, Kedah apabila pengadu memberi maklum balas berkaitan isu itu.

620x90.gif

“Jadi pengadu terasa diugut oleh suspek (lelaki tersebut) melalui komen yang ‘ditweet’,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, A. Asmadi berkata, Ain Husniza dipanggil hanya untuk mengambil keterangan berkaitan isu kes yang disiasat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh.

“Keterangan Ain Husniza perlu untuk melengkapkan siasatan dalam kes pengadu (wanita) ini.

“Kes remaja tersebut sebenarnya disiasat oleh IPD Sungai Buloh manakala kes siasatan ini melibatkan wanita tersebut dan suspek berlainan,” jelasnya.

620x250.gif

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, bapa Ain Husniza, Saiful Nizam Ab. Wahab memaklumkan anaknya dipanggil polis daerah Putrajaya semalam.

Saiful Nizam dipetik berkata, ia bagi membantu siasatan berkaitan ugutan bunuh oleh individu kepada salah seorang rakan Twitter yang menyokong anaknya. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register