BTC USD 40,621.4 Gold USD 1,802.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja dakwa guru buat lawak rogol dalam kelas, Maszlee gesa disiasat

luckyhillkop

Fun Poster
Joined
Dec 2, 2012
Messages
222
Reaction score
53
Points
30
Teringat post Dr Zainurrashid dari ISMA. Kalau dah sedar dok dalam lubang tu, stop digging.

Ain patut stop dari post post dlm socmed dulu. Bg cooldown dulu. Rileks.
Sesiapa yang dalam PR (public relation) mesti tahu, bukan semua benda kita kena jawab, bukan semua benda kena lawan. Untuk kebanyakkan kes, diam adalah jalan terbaik. Kalau kita respon, boleh jadi ibarat siram minyak pada api. Contoh yang paling segar, kes tahnik. Yang kena teruk, Siti dan UAI sebab masing2 menjawab. Yang tak kena sangat, Ustaz Don dan menteri sebab dua2 diam je.
 
Sponsored Post

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,967
Reaction score
1,949
Points
151

Betul. Cikgu cikgu tu pun bijak juga, senyap je dulu. Yang kecoh cuma malsysiakini dgn team PH.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Guru Buat Lawak Rogol Di Pindahkan Ke Jabatan Pendidikan Selangor

12.05.2021 - Kuala Lumpur, Guru lelaki yang didakwa membuat lawak mengenai isu rogol di kelas, seperti didedahkan pelajar Tingkatan 5 Ain Husniza Saiful Nizam, telah digantung tugasnya sementara waktu di SMK Puncak Alam, Selangor sementara menunggu siasatan polis. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan hari ini mengesahkan guru tersebut telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini,” kata kementerian itu, merujuk laporan polis Ain pada 24 April lalu.

Pada 24 April lalu, Ain memuat naik satu video di TikTok, di mana dia mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka mengenai rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan ketika para pelajar membincangkan gangguan seksual Ini termasuk guru tersebut memberitahu pelajar lelaki di kelas "nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18."

Meskipun menerima sokongan selepas video terbabit mula tular di media sosial, Ain berkata, dia turut menerima kritikan termasuk dari pengetua sekolah itu yang didakwa menggelarnya "ának setan" di Facebook. Sementara itu, KPM turut berkata pihaknya telah meneliti secara terperinci tangkap layar yang tular mengenai komen yang dikatakan dibuat oleh pengetua sekolah terhadap Ain melalui aplikasi Facebook.

“KPM mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan bahawa beliau telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam,” katanya.

Untuk rekod, komen itu dibuat untuk mengkritik Ain yang dilihat memakai tudung dalam satu poster di Facebook. Sejak isu ini menjadi tumpuan, Ain tidak ke sekolah kerana dia berasa tidak selamat selepas tiada tindakan diambil ke atas cikgu tersebut. Ain juga berkata, ayahnya Saiful Nizam Abdul Wahab telah berjumpa dengan pengetua sekolah, guru kelas dan persatuan ibu-bapa dan guru (PIBG) untuk membincangkan perkara tersebut.

Perbicangan itu dilakukan selepas Ain telah menerima surat amaran pada 4 Mei yang menyatakan bahawa dia akan digantung sekiranya berterusan tidak hadir ke sekolah. Mengulas hal tersebut, KPM berkata surat amarat itu diberikan kerana ia merupakan sebahagian usaha pemantauan kehadiran murid ke sekolah yang dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Jelasnya, jika murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru melalui sistem ini boleh mengeluarkan surat amaran pertama.

“Bagi tempoh 16 hingga 30 April 2021, sekolah berkenaan telah mengeluarkan sebanyak enam pucuk surat amaran pertama kepada ibu bapa/penjaga yang anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

"KPM ingin menekankan bahawa Kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah,” katanya.

Gesaan Ain untuk memastikan sekolah menjadi tempat selamat turut mencetuskan perdebatan rakyat berhubung isu gangguan seksual di sekolah serta menuntut perubahan dalam sistem pendidikan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574385
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,483
Reaction score
948
Points
121
Teringat post Dr Zainurrashid dari ISMA. Kalau dah sedar dok dalam lubang tu, stop digging.

Ain patut stop dari post post dlm socmed dulu. Bg cooldown dulu. Rileks.
menyampah pulak tengok isu ni... meleret teruk dah. patutnya kasi la polis buat kerja. diam diam sudah. dari kesian... naik menyampah pulak.

school is not a safe place?

what ever
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,358
Reaction score
1,992
Points
201
menyampah pulak tengok isu ni... meleret teruk dah. patutnya kasi la polis buat kerja. diam diam sudah. dari kesian... naik menyampah pulak.

school is not a safe place?

what ever
Isu nie jd meleret sebab di politikkan...sebab nie peluang hentam kerajaan bola tanggung kan hehehe kena bijak jd pembangkang
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,698
Reaction score
2,603
Points
201
Nama Allah sendiri pun depa sanggup politik kan..setakat rogol tudung tu isu kecik aje

selagi bole tonggeng
Kita tonggeng kan aje

takkan tak biasa kot huhu
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Gurauan Rogol - Remaja Perempuan Terima Amaran Buang Sekolah

Hadi Azmi dan Nisha David
Kuala Lumpur
2021-05-11

80760a5e-396d-417c-8081-636dca097ee0.jpeg

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, berbincang dengan bapanya mengenai komen dalam video Tik Tok yang dihasilkan di Kuala Selangor, Malaysia, 8 Mei 2021.

Seorang remaja perempuan Malaysia berusia 17 tahun, yang mendakwa diugut kerana melaporkan perbuatan seorang guru yang mempersenda isu rogol, telah menerima amaran daripada pihak sekolah bahawa dia akan dibuang jika ibu bapanya gagal memberikan penjelasan yang munasabah mengenai ketidakhadiran beliau. Ain Husniza Saiful Nizam berkata ibu bapanya telah menerima surat amaran itu - yang dilihat oleh BenarNews - pada hari sama bapanya bertemu dengan pengetua sekolah tersebut dan meluahkan kebimbangan beliau mengenai keselamatan anak perempuannya.

"Saya belum dibuang sekolah tetapi diancam dengan tindakan itu menerusi surat amaran pertama," kata pelajar itu dalam catatannya di Twitter.

"Saya tidak ke sekolah kerana saya berasa tidak lagi selamat," kata Ain Husniza kepada BenarNews.

Ain Husniza menerima sokongan daripada ramai pelajar, ibu bapa dan kumpulan hak asasi selepas mendedahkan perkara itu di dalam video Tik Tok pada 23 hingga 24 April dengan menyatakan bahawa gurunya telah mempersenda isu rogol. Video itu telah mencetuskan perdebatan di seluruh negara mengenai pendidikan seks dan misogini keinstitusian. Malah katanya dia turut menerima banyak ancaman kerana membuat laporan polis mengenai perbuatan guru itu. Seorang pelajar lelaki mengancam untuk memperkosa Ain Husniza manakala rakan sekolah yang lain mula meminggirkannya.

Saiful Nizam pula berkata beliau mengadakan pertemuan dengan pengetua sekolah itu, Sarimah Mohammed Nor, pada 28 April.

"Tiada pula dibangkitkan tentang dia (Ain Husniza) tidak hadir ke sekolah pada pertemuan itu. Oleh itu, kami terkejut apabila menerima surat amaran tersebut pada hari yang sama," katanya kepada BenarNews.

BenarNews menghubungi sekolah berkenaan beberapa kali untuk bercakap dengan pengetua namun panggilan tersebut tidak berjawab.

Siasatan Polis Selesai

Sementara itu, Ain Husniza berkata tidak ada pegawai Kementerian Pendidikan yang menghubunginya walaupun pada 28 April lalu, Menteri Pendidikan secara umum menyatakan bahawa "kami sedang melakukan siasatan menyeluruh." BenarNews berulang kali menghubungi Kementerian Pendidikan dan Menteri berkenaan iaitu Radzi Jidin melalui panggilan telefon, pesanan teks dan e-mel namun tidak dibalas. Bagaimanapun, polis memaklumkan BenarNews bahawa mereka telah menyelesaikan siasatan mengenai laporan Ain Husniza berhubung guru berkenaan dan pelajar yang mengancam untuk memperkosanya. Kertas siasatan berhubung kedua-dua laporan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Polis enggan menyatakan bila kertas siasatan itu diserahkan. Ain Husniza berkata dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku semasa menghasilkan video Tik Tok tersebut.

"Saya hanyalah seorang remaja biasa, saya melayari media sosial dan berkongsi dengan umum tentang perkara itu dan ini, seperti hari ini, guru ini berkata sebegini, guru itu berkata sebegitu," katanya kepada BenarNews.

"Tetapi kali ini, ia meledak kerana ia sudah menjadi terlalu lazim namun tidak ada yang tampil bercakap tentang hal itu dan ramai yang marah."

Dalam video itu, Ain Husniza memetik gurunya sebagai berkata: "Nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang atas 18 tahun."

Guru lelaki itu membuat komen tersebut dalam kelas Pendidikan Jasmani semasa membincangkan undang-undang yang melindungi kanak-kanak di bawah umur daripada gangguan seksual, kata Ain Husniza.

Menurutnya, kejadian itu telah mengganggu pelajarannya dan dia sedang mempertimbang untuk menukar sekolah setelah menerima ancaman itu selain tindakan rakan sekelas meminggirkannya. Namun perkara tersebut tidak akan menghalang usahanya, kata remaja itu. Ain Husniza ingin menjadi seorang artis dan pada masa sama, menganggap dirinya seorang aktivis. Dia mahu terus memperjuangkan matlamat menjadikan sekolah di Malaysia selamat.

"Saya akan terus berjuang untuk tujuan ini, kerana pendidikan amat penting. Sekiranya kita dapat memperbaiki sistem pendidikan, hal-hal seperti rasisme, seksisme, rogol dan semua jenayah yang berlaku itu boleh diatasi," katanya.

Sumber asal BenarNews.MY
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,261
Reaction score
1,985

bukan gantung sekolah dulu ke.. baru buang
 
macellsprvive

Active Member
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,778
Reaction score
386
Points
51
Kalau rasa dah x selamat,
Xperlulah terhegeh2 nak ke sekolah.

Homeschooling kan boleh.

Sorry tertinggal bas.

Mak dia mana eh?
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register