Remaja Campak Bayi Dari Tingkat 13 Di Tuduh Bunuh

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,410
Points
236
16.07.2020 - Georgetown, Seorang pelajar kolej hari ini dituduh membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan, Jumaat lalu, di rumah keluarganya di Air Itam, di sini.

Pertuduhan terhadap M. Santhiea, 18, dilakukan di Wad Bersalin, Hospital Pulau Pinang berikutan remaja itu masih menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfadrina Zulkhairi.

Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayinya di laluan ke kawasan tempat letak kenderaan aras 4, Sri Ivory Apartment, Bandar Baru, Ayer Itam, di sini, pada jam 8.25 pagi, 10 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan dan tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer.

Sementara itu, Yazid Mustaqim, ketika ditemui pemberita selepas prosiding selesai, memaklumkan barisan pembelaan yang diketuai oleh Rayer telah mengemukakan permohonan untuk tertuduh dibebaskan dengan jaminan.

"Pihak peguam memohon untuk urusan ikat jamin bagi anak guamnya dengan mengguna pakai (merujuk) kes Mahkamah Persekutuan yang membenarkan Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) dibebaskan dengan jaminan.

"Pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan jamin bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ia perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan tersebut (jaminan)," katanya.

Menjelaskan perkara itu, Rayer berkata permohonan untuk membebaskan anak guamnya dengan jaminan adalah kerana tertuduh masih lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Screenshot-2202.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1861296
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
579
Reaction score
190
Points
23
she might be panic, exhausted, and emotionally unstable..

please consider a lighter sentence for this young lady
 

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,162
Reaction score
665
Points
191
she might be panic, exhausted, and emotionally unstable..

please consider a lighter sentence for this young lady
apa pun alasan..mmg patut 302 supaya jadi pengajaran untuk org lain
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,299
Reaction score
540
Points
126
lain kali minum sampai mabuk baru lepas hukuman mati macam pemandu mabuk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register