Remaja 14 tahun lari ikut suami orang

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191















BOSAN kerana mendakwa dikongkong ibu dan bapa tiri membuatkan seorang remaja perempuan melarikan diri bersama teman lelakinya yang juga suami orang sejak hujung Oktober lalu.

Bagaimanapun, remaja berusia 14 tahun berjaya ditemui polis bersama teman lelakinya berusia 22 tahun di Kuala Lumpur, awal pagi semalam, dan kedua-dua mereka dibawa pulang ke negeri ini.

Pada masa sama, lelaki terbabit direman untuk siasatan manakala remaja perempuan pula dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Terdahulu, pada 31 Oktober lalu, ibu kepada remaja perempuan membuat laporan polis selepas anaknya tidak pulang ke rumah mereka di Bayan Lepas.

Dalam laporannya, wanita berusia 39 tahun mendakwa anaknya keluar dari rumah jam 2.30 petang 30 Oktober dengan memberitahu mahu membeli makanan.

Bagaimanapun, anaknya didapati masih tidak pulang sehingga keesokan harinya dan wanita terbabit kemudian membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anaknya.

Menurut sumber, susulan laporan itu, polis melakukan siasatan dan merakam percakapan rakan kepada teman lelaki remaja perempuan berkenaan yang memberitahu ada menemui mereka pada 4 November lalu di Bukit Jambul, namun terputus hubungan selepas itu.

“Polis turut menemubual guru dan rakan sekelas serta mendapati remaja perempuan itu turut mempunyai masalah disiplin.

“Malah, remaja itu juga pernah memberitahu rakan sekelas yang dia mahu lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ibu serta bapa tiri yang suka mengongkong,” katanya.

Sumber berkata, ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 11 November selepas dihubungi teman lelaki anaknya yang meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk perbelanjaan mereka.

“Ibu mangsa tidak memasukkan wang seperti diminta dan suspek kemudian menghubungi isterinya, Sabtu lalu, menggunakan telefon dipinjam daripada seorang lelaki di Kuala Lumpur.

“Isteri suspek memaklumkan kepada polis berhubung panggilan itu dan kedua-dua mereka berjaya dikesan ketika berada di Stesen LRT Masjid Jamek kira-kira jam 1 pagi, semalam,” katanya.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai anak kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/519020/remaja-14-tahun-lari-ikut-suami-orang
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,713
Reaction score
79
Points
40
muda nya suami org, pastu da bw bdk skolah lari. xde duit minta ngn 'bakal' mak mertua, mmg kantoi la 🤦‍♂️:LOL:
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,337
Reaction score
52
Points
70
alahai takde duit pun boleh bawak lari perempuan bawah umur
dah ada bini plak tu
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
48,335
Reaction score
6,058
Points
1,346
oh ingatkan 'suami org' tu umur dah tiga puluhan, rupanya baru 22 tahun. muda lagi..
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
48,335
Reaction score
6,058
Points
1,346
aii ibubapa mengongkong tu utk tujuan baik, bagus utk jangkamasa panjang..

ni dia sendiri ada masalah disiplin, ada hati nak kritik cara mak ayah jaga dia, amboii..
 

mrcreator

Fun Poster
Joined
May 23, 2016
Messages
180
Reaction score
30
Points
20
Kata mak bapak kongkong, tak suka, pastu lari rumah. Takde duit pandai pulak cari mak bapak. Jadi apa-apa tau pulak balik rumah sendiri.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,989
Reaction score
324
Points
81
Tu dia.. dah dekat sebulan silap-silap dah kena overhaul habis budak tu.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,243
Reaction score
399
Points
81
otak belum mampu berpikir dengan logik lagi.

umur2 remaja 13-18 memang selalu ada krisis dan perlu bimbingan.

nasib tak kena caj tuduhan rogol...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,908
Reaction score
20,718
Points
1,661
pepehal tgk ic dulu. berbirat la bang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register