BTC USD 49,093.0 Gold USD 1,784.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rela ganti pengawal asing disokong

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
GEORGETOWN: Cadangan pengambilan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan oleh syarikat kawalan keselamatan, adalah pengiktirafan kepada pasukan itu.

Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni, yang mengalu-alukan keputusan itu, berkata ia juga menunjukkan peranan Rela penting termasuk membantu mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

“Keputusan itu menunjukkan peranan Rela diiktiraf dan diperlukan dalam membantu menjalankan tugas menjaga keselamatan,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Rela Negeri di Universiti Sains Malaysia di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu, 15 termasuk seorang wanita menerima penganugerahan pangkat Mejar Kehormat yang diberikan berdasarkan kejayaan berkhidmat kepada masyarakat.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan lebih sejuta anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diambil bekerja secara sambilan sebagai pengawal keselamatan bagi menggantikan pekerja asing dan kekurangan tenaga kerja sektor itu.

Pengambilan dimulakan tahun ini susulan keputusan kerajaan membekukan kemasukan pekerja asing khususnya Nepal di sektor berkenaan.
 
Sponsored Post

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,654
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,654
Reaction score
100
Points
123
memang bagus... harap² diorang nak kerja la.
 

tauke_830

Fun Poster
Messages
558
Joined
Feb 20, 2007
Messages
558
Reaction score
5
Points
15
bagus memang bagus...tapi gaji kene la up sikit....MENJAGA KESELAMATAN TU...
 

aznor59

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
iyer betul...ok kalo rela ambik alih..tapi ade orang ker kat malaysia ni nak jadi JAGA kat bank2 tu...bukan apa...yang muda semua malu nak jaga...entah apa yang diaorang malukan pun tak tahu lah

Harap ade rakyat malaysia yang sudi jaga bank ni...bukan senang tau nak jaga bank ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register