BTC USD 47,407.2 Gold USD 1,755.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

REFORMASI PERUNDANGAN, Rancangan Pisahkan Fungsi Peguam Negara & Pendakwa Raya

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,928
Points
2,376
REFORMASI PERUNDANGAN | Rancangan Pisahkan Fungsi Peguam Negara & Pendakwa Raya

Kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,523
Reaction score
14,719
Points
1,906

Kerajaan merancang pisahkan fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya

Julai 23, 2021 @ 5:51pm

1627099013987.png


KUALA LUMPUR: Kerajaan memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlaku percanggahan kepentingan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara lain, namun dengan kesesuaian sistem perundangan Malaysia.

Katanya, Kerajaan Persekutuan yang sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah memelihara integriti serta kepercayaan awam terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.

"Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan langkah-langkah pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman dalam kenyataan melalui laman Facebooknya mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI pembaharuan Jabatan Peguam Negara, yang perlu membabitkan pakar perlembagaan.


Cadangan itu dikemukakan kerana beliau berpendapat perkembangan semasa menjejaskan kepercayaan masyarakat awam terhadap Jabatan Peguam Negara, dan jika tidak ditangani, secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada kebuntuan politik, di samping menghalang usaha kerajaan membina keyakinan serta sokongan orang ramai bagi melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi.– BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,523
Reaction score
14,719
Points
1,906
pada 2021 dulu

Asing peranan peguam negara, pendakwa raya, kata Majlis Peguam​


February 2, 2021 11:56 AM

BAR-COUNCIL-PRESIDEN-MALAYSIAN-BAR-SALIM-BASHIR-BHASKARAN-03.jpg


Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata pengasingan fungsi peguam negara dan pendakwa raya harus dilakukan untuk menanamkan kepercayaan masyarakat terhadap keadilan.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mahu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan setelah Parlimen bersidang semula untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya.

Presidennya Salim Bashir berkata, ia harus dilakukan untuk menanamkan kepercayaan masyarakat terhadap keadilan, tanpa mengira siapa pun yang dilantik sebagai pendakwa raya.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti mempunyai kemahuan politik untuk mengasingkan peranan tersebut kerana ketika ini, Peguam Negara mungkin berada di posisi yang sukar untuk menjalankan tugasnya dalam kedua-dua kapasiti,” kata Salim kepada FMT.

Salim memberi respons terhadap dakwaan campur tangan eksekutif dalam tempoh 20 bulan Tommy Thomas menjadi Peguam Negara bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.



Dalam bukunya, “My Story: Justice in the Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir memberitahunya untuk mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

Dia juga menuduh Kementerian Dalam Negeri memberi tekanan kepadanya ketika memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengatakan hakim boleh mendengar permohonan jaminan sekalipun seseorang tertuduh didakwa dengan kesalahan berkaitan keganasan.

Thomas berkata, kementerian tersebut juga marah ketika dia memutuskan untuk menarik balik pertuduhan terhadap 12 individu, termasuk wakil rakyat DAP, atas tindakan berkaitan keganasan.

Kata Salim, pindaan itu harus menjadi urusan pertama apabila Parlimen disambung semula, dan semua Ahli Parlimen harus menyokongnya kerana ini adalah untuk kebaikan negara dan rakyat.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,523
Reaction score
14,719
Points
1,906
ni tahun 2018

Mansuhkan fungsi pendakwa raya daripada Peguam Negara​

Isnin, 14 Mei 2018 7:25 AM

1627099423470.png


KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia mencadangkan kepada kerajaan baharu untuk memansuhkan fungsi pendakwa raya daripada Peguam Negara kerana ia merupakan langkah yang perlu untuk mengukuhkan kebebasan pendakwa raya.

Presidennya George Varughese (gambar) berkata adalah penting untuk memisahkan pejabat Peguam Negara daripada pejabat Pendakwa Raya, untuk Peguam Negara hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan, dan Ketua Pendakwa Raya yang berasingan membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan pendakwaan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata ia akan memupuk keyakinan orang ramai terhadap pejabat Ketua Pendakwa Raya dan prospek atau dilihat sebagai berat sebelah akan lenyap.

“Pada masa ini, Peguam Negara Malaysia mempunyai dua peranan berasingan dan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan, dan beliau juga adalah pendakwa raya.



“Sebagai pendakwa raya, Peguam Negara dikehendaki bertindak secara bebas dan tidak berat sebelah, dan bertindak sebagai penjaga kepentingan awam, tanpa dipengaruhi oleh pertimbangan politik.

“Oleh itu, beliau mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang bercanggah dengan kepentingan yang tidak dapat dielakkan dari semasa ke semasa, apabila kepentingan anak guamnya, kerajaan dan mungkin tidak sepenuhnya bersesuaian dengan kepentingan awam.

“Pengalaman yang lalu menunjukkan bahawa situasi seperti itu akan timbul jarang-jarang sekali, seperti apabila disyorkan bahawa seseorang pegawai awam atau ahli politik boleh didakwa atas kesalahan yang dikatakan dilakukan,” kata beliau.

George berkata buat masa ini, Peguam Negara yang baharu, dengan memiliki kelayakan dan keupayaan perlu dilantik tanpa berlengah lagi.Beliau berkata ini adalah penting kerana Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan. - Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,928
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register