BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RedONE Tawar RM1 Juta Kepada Atlet Raih Emas Olimpik 2024

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,646
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,646
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
19.07.2024 - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd (redONE) menawarkan ganjaran berjumlah RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran Abdullah berkata, insentif wang tunai itu akan diagihkan secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun. Selain itu beliau menjelaskan, wang berkenaan akan dikongsi bersama sekiranya ramai atlet yang berjaya meraih pingat emas selain ditawarkan sebagai duta redONE selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Sebagai sebuah syarikat yang berakar umbi dalam memperjuangkan pembangunan sukan di Malaysia, kami melihat sumbangan RM1 juta bukan sahaja sebagai penghormatan kepada atlet tetapi tanda sokongan tidak belah bahagi terhadap semangat kesukanan dan kebanggaan negara. Kami percaya kepada kuasa sukan untuk mencetuskan perpaduan dan redONE terus komited untuk memacu atlet ke tahap yang lebih tinggi. Matlamat kami bukan sahaja untuk meraikan pencapaian atlet semasa, tetapi membuka peluang kepada generasi akan datang untuk mencapai potensi membanggakan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebagai rekod, temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 26 Julai ini menyaksikan 26 atlet negara layak bertanding dalam pelbagai acara. Dalam pada itu beliau turut menyarankan syarikat korporat lain untuk bersama-sama menyokong serta menaikkan semangat atlet negara secara kolektif bagi memberi inspirasi kepada generasi baharu sekali gus membawa kegemilangan sukan Malaysia di pentas dunia. Sebagai rekod, redONE telah menyokong sukan Malaysia menerusi pelbagai inisiatif termasuk kerjasama dengan kelab bola sepak tempatan seperti Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC dan terkini, PDRM FC dan Imigresen FC. Selain itu syarikat tersebut turut menaja beberapa kejohanan sukan seperti Lawan Pedang Kuala Lumpur, Skuasy Selangor dan Kejohanan Badminton Purple League.
1721360236228.png
 
Last edited:
Sponsored Post

Habuan RM5 Juta Menanti Pemenang Pingat Emas Olimpik Malaysia

26.07.2024 - Atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 berpeluang meraih habuan wang tunai sebanyak RM5 juta sekiranya berjaya memenangi pingat emas sulung kontinjen Malaysia di temasya terbesar dunia itu. Perkembangan itu susulan pengumuman Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyaksikan Yinson Holdings Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre menjadi syarikat terbaru yang tampil menjanjikan habuan lumayan sekali gus menyuntik semangat 26 atlet yang akan berjuang di Paris.

“Yinson Holdings Berhad akan menyumbang sebanyak RM1 juta, manakala Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre masing-masing akan memberikan sejumlah RM500,000. Justeru, jumlah keseluruhan adalah RM2 juta yang bakal diterima bagi atlet yang memenangi pingat emas pertama Malaysia di Paris. Sekiranya lebih daripada seorang atlet memenangi pingat emas pertama, wang akan dibahagikan sama rata antara pemenang pingat emas pertama berkenaan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam kenyataan sama, berkata penajaan itu akan membakar semangat atlet bagi mencapai sasaran memenangi emas sulung Malaysia di Sukan Olimpik.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua penaja di atas tajaan yang diberikan dan kepercayaan bahawa atlet Malaysia mampu untuk membawa pulang emas pertama buat negara. Saya yakin semua atlet akan berusaha memberikan yang terbaik di bumi Paris nanti,” katanya.

Sebelum ini, pengendali rangkaian mudah alih redONE Mobile (redONE) menawarkan RM1 juta kepada atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang mana ia akan dibayar secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun untuk memastikan sokongan jangka panjang kepada atlet berkenaan. Pemenang pingat itu turut mendapat penghormatan menjadi duta redONE selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Namun, sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang, hadiah berkenaan akan dikongsikan bersama. Senheng New Retail Bhd (Senheng) turut menyediakakan hadiah wang tunai RM1 juta kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016 jika mereka berjaya meraih emas.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka. KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) turut menyediakan insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000). Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000. Selain wang tunai, atlet yang memenangi emas turut akan membawa pulang sebuah pangsapuri mewah di Setia Alam bernilai RM1 juta yang disumbangkan Tan Sri Dr Lim Wee Chai yang Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove serta pemilik Top Residency.Pengeluar kereta dari China, Chery Malaysia turut tampil dengan hadiah kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada atlet yang memenangi sebarang pingat di Sukan Olimpik.
1721990184449.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register