Redmi Display 1A Di Perkenal - Monitor Pertama Keluaran Redmi

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
Redmi nampaknya terus melangkah ke hadapan dan ikut bersaing untuk terus berinovasi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Terkini, Redmi dilihat memperluaskan lagi portfolio produknya menerusi kemunculan monitor pertama keluarannya iaitu Redmi Display 1A.

Redmi Display 1A didatangkan dengan rekaan menarik bersama paparan berukuran 23.8-inci IPS LCD dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel). Ia dilengkapi dengan sudut pandang sehingga 178 darjah dan menerima pensijilan TÜV Rheinland sebagai peranti yang mempunyai paparan dengan cahaya biru yang rendah.

Selain hadir dengan bezel yang nipis pada bahagian sisi berukuran hanya 7.3mm, ia juga menawarkan kecerahan puncak pada 250 nits, nisbah kontras 1000:1 dan kadar segar semula 60Hz dengan masa tindak balas 6ms. Monitor ini juga dilengkapi dengan butang kuasa, port HDMI dan VGA yang ditempatkan pada bahagian belakang. Redmi Display 1A ditawarkan di China pada harga RMB 599 (~RM364).

Redmi-Display-1A-B.jpg


Sumber asal https://www.gsmarena.com/redmi_announces_its_first_pc_monitor_the_redmi_display_1a-news-43444.php
 
Top
Log in Register