Reban terbakar: 11,000 anak ayam rentung

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
anokaye_1603428370.jpg


LUMUT: Kira-kira 11,000 anak ayam rentung dalam kebakaran reban di Pekan Gurney, Sitiawan, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.35 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 34 anggota bersama dua jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, sebahagian reban itu didapati sudah hangus. Reban terbabit dibina menggunakan kayu sepenuhnya, menyebabkan api lebih mudah marak dan merebak.

"Namun, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dan 50 peratus reban itu dapat diselamatkan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.45 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian dan kerugian sebenar masih lagi dalam siasatan.


== bharian
 
Sponsored Post

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,879
Reaction score
263
Points
51
Ada chan nak naik harga ayam minggu depan
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,061
Reaction score
249
Points
38
Ada chan nak naik harga ayam minggu depan
ternakan ayam ni berskala besar ..1 reban terbakar tak menjejaskan keluaran keseluruhan.. melainkan lau ada kenaikan mendadak harga makanan seperti jagung dan kacang ..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,578
Reaction score
506
Points
121
Kesian anak2 ayam tu, baru nak kenal dunia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register