(News) Realme X50 Pro 5G Bakal Di Lancar Pada 24 Februari Kelak

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,410
Reaction score
2,886
Points
236
Realme sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk pengenalan peranti baru bersempena Mobile World Congress 2020. Kini, secara rasminya, syarikat berkenaan mengesahkan yag mana mereka akan memperkenalkan Realme X50 Pro 5G pada 24 Februari kelak.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Realme X50 Pro 5G dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB UFS 3.0. Ia turut dijangka hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain dilengkapi bateri dengan sokongan pengecasan pantas 50W.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 24 Februari ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Realme.



Sumber rujukan https://technave.com/gadget/Realme-X50-5G-Price-in-Malaysia-Specs-16455.html
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,410
Reaction score
2,886
Points
236
Pelancaran Realme X50 Pro 5G Akan Diteruskan, Tetapi Atas-Talian

Realme sebelum ini telah mengacah kehadiran telefon pintar terbaru mereka pada penghujung Februari ini – selari dengan acara MWC. Namun, dengan pembatalan acara MWC oleh GSMA kerana kebimbangan koronavirus, pelbagai pihak telah mula mengubah perancangan mereka.

Terkini, Realme turut mengumumkan perubahan perancangan mereka. Realme mengatakan mereka akan meneruskan pelancaran Realme X50 Pro 5G pada 24 Februari 2020 ini.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan rancangan awal, Realme X50 Pro 5G ini akan dilancarkan secara atas-talian oleh pihak Realme.

Bagi para peminat Realme, mungkin boleh tandakan kalendar anda pada 24 Februari ini, dan sama-sama nantikan peranti terbaru daripada mereka kelak.

Sumber asal
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,410
Reaction score
2,886
Points
236
Realme X50 Pro 5G Bakal Hadir Dengan Kamera Zum Sehingga 20X, Dwi-Kamera Hadapan

Realme telah sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, Realme X50 Pro 5G pada 24 Februari 2020 akan datang. Selari dengannya, kini mereka telah menyediakan sebuah halaman khas, sekaligus berkongsi sejumlah ciri-ciri baru yang bakal disertakan padanya.

Melalui halaman berkenaan, Realme X50 Pro 5G dilihat akan dijana menggunakan cip Snapdragon 865, dilengkapi skrin AMOLED pada kadar segar semula 90Hz, menggunakan pengecas pantas 65W, dan dilengkapi 6 kamera pada peranti berkenaan.

Dua kamera akan digunakan untuk rakaman swafoto, selain empat belakang dengan sokongan zum sehingga 20x.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Februari 2020 ini untuk melihat sendiri Realme X50 Pro 5G ini.



Sumber rujukan https://event.realme.com/eu/realme-x50-pro-launch/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,410
Reaction score
2,886
Points
236
Realme X50 Pro 5G Di Lancar - Snapdragon 865, Pengecas 65W, 4 Kamera Belakang

Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar mercu terbaru mereka untuk tahun 2020, iaitu Realme X50 Pro 5G. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi tinggi, selain menyertakan sokongan empat-kamera pada bahagian belakang.

Realme X50 Pro 5G dilengkapi skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan nisbah 20:9, dan dilengkapi rekaan skrin berlubang untuk memuatkan kamera swafoto. Pengimbas cap jari atas skrin turut disertakan padanya, selain menawarkan kadar segar semula 90Hz.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar), selain empat kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra lebar) + lensa rakaman hitam-putih. Realme menyertakan beberapa mod khusus, termasuk untuk rakaman waktu malam, selain output dalam bentuk format RAW.

Buat masa ini, Realme baru mengumumkan ia untuk pasaran India, dan turut menjanjikan ia bakal hadir untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini. Di India, ia ditawarkan pada harga bermula Rp.37999 iaitu sekitar RM2234 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.





 
Sponsored Post
Top
Log in Register