Realme X2 Pro "Flagship Killer" Kini Rasmi Di Malaysia, RM2399

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
Realme X2 Pro adalah peranti baharu daripada Realme. Ia merupakan peranti mercu pertama Realme yang masuk ke pasaran Malaysia. Peranti ini membawakan pelbagai spesifikasi menarik dan mengejutkan. Siapa sangka, jenama yang kerap menghasilkan peranti kelas pertengahan mampu menghasilkan peranti dengan spesifikasi mercu.

Hari ini, Realme Malaysia telah melancarkan peranti ini secara rasmi. Ia dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855+, mempunyai RAM 12GB, storan dalaman 256GB berasaskan UFS 3.0 dan skrin bersaiz 6.5-inci daripada panel Super AMOLED. Skrinnya juga bukan skrin AMOLED biasa, tetapi adalah jenis Fluid Display seperti yang digunakan oleh OnePlus 7T – iaitu mempunyai kadar segar semula 90Hz. Jika itu tidak membuatkan hati anda gembira, peranti ini mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 50W yang boleh mengecas peranti dari 0%-100% dalam masa 30 minit sahaja.

Untuk kamera, Realme menggunakan tetapan kuad-kamera di belakang yang menggabungkan lensa 64MP + 13MP telefoto (5x zum optikal hibrid & 20x zum hibrid) + 8MP sudut ultra lebar + 2MP lensa bokeh. Manakala, lensa swafoto pula adalah 16MP. Realme X2 Pro juga menggunakan pembesar suara stereo yang dioptimasikan dengan Dolby Atmos, hadir dengan eniin getaran haptik yang menghampiri OnePlus 7 Pro ke atas dan juga masih mengekalkan port bicu audio 3.5mm. Rekaan peranti ini boleh tahan premium dengan bahan binaan kaca di hadapan dan belakang, bingkai aluminium, dan untuk sekuriti ia menawarkan pengimbas cap jari bawah skrin yang boleh tahan laju.

Realme X2 Pro ini adalah pembunuh peranti mercu paling ganas setakat ini. Kenapa? Realme Malaysia menawarkan harga hanya RM2399 dan Hanya terdapat satu variasi sahaja 12/256 GB. Pilihan warna pula adalah Neptune Blue atau Lunar White. Ia boleh dibeli di Malaysia pada 12 Disember di Lazada, namun bagi mereka yang ingin dapatkan awal - anda boleh dapatkan di Lazada melalui "Pre-Order" Lazada pada 12 pagi 5 Disember 2019.







Sumber asal https://www.stuff.tv/my/hot-stuff/smartphones/realme-x2-pro-2019s-flagship-killer-smartphone-arrives-in-malaysia-rm2399
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
Realme X2 Pro - Pembunuh Peranti Mercu Paling Ganas

OnePlus One
boleh dikatakan adalah pembunuh peranti mercu pertama. Ketika ia dilancarkan pada tahun 2014, harga jualannya adalah hampir 50% lebih murah berbanding dengan peranti mercu pesaing. Kini, OnePlus telah berubah dan menjadi peranti premium. Tetapi, adiknya tidak. Realme, iaitu sub-jenama Oppo yang mana juga sama dengan OnePlus berada di bawah naungan BBK Electronic telah memperkenalkan Realme X2 Pro.

Realme X2 Pro adalah pembunuh peranti mercu baharu. Mari kita lupakan Pocophone F1 atau Mi 9T Pro dan lihat peranti Realme ini. Spesifikasi yang dipadatkan pada peranti ini adalah tidak masuk akal dengan nisbah harga-ke-prestasi.

Cip pemprosesan yang digunakan adalah Qualcomm Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Skrin pula adalah 6.5″ Super AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, resolusi FHD+, kecerahan sehingga 1000 nit dan menyokong gamut warna DCI-P3. Kamera utama adalah 64MP + 13MP + 8MP + 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah 16MP. Bateri berkapasiti 4000mAh dwi-sel dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 50W.

SuperVOOC 50W Yang Tidak Masuk Akal !

 
Sponsored Post
Top
Log in Register