(News) Realme C12 Dengan Bateri 6,000mAh Di Jangka Muncul Tidak Lama Lagi

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme seakan tidak pernah kenal erti ‘penat’ apabila dilihat terus-menerus membanjiri pasaran peranti pintar dengan produk terbaru mereka. Realme C15 dan Realme C11 merupakan peranti paling terkini daripada Realme, dan kini desas-desus berkaitan Realme C12 telah mula kedengaran.

Realme C15 sendiri masih belum memasuki pasaran Malaysia buat masa ini. Menariknya, satu lagi telefon pintar dibawah siri C kini telah dalam persiapan untuk pengenalan. Melalui laman pensijilan peranti dibeberapa buah negara, kini model peranti baru Realme menerima kelulusan, iaitu model RMX2189 – diperkatakan mungkin adalah Realme C12.

Penyenaraian mendedahkan peranti ini akan dilengkapi bateri 6,000mAh dan mungkin menyokong pengecasan 10W. Berbeza dengan Realme C15 yang juga membawakan kapasiti bateri sama tetapi menyokong pengecasan 18W. Ramai membuat andaian, Realme C12 akan dilancarkan sebagai peranti dalam kelas yang sama dengan Realme C11 dan Realme C15, dan menawarkan tanda harga yang mesra poket.

Realme-C12-A.jpg


Sumber asal https://www.mysmartprice.com/gear/realme-c12-moniker-confirmed/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme C12 Dengan Bateri 6000mAh Akan Di Lancarkan Di India Pada 18 Ogos Ini

Peranti dengan sokongan bateri yang besar membolehkan penggunaan harian dapat bertahan lebih lama. Akhir-akhir ini, kita telah melihat pelbagai peranti yang hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan ke atas, sekaligus memudahkan pengguna menggunakan sesuatu peranti itu untuk sepanjang hari tanpa perlu mengecasnya berulang kali.

Sokongan bateri besar 6,000mAh mula dipopularkan oleh ROG Phone 2 sekitar tahun 2019. Selain Asus, beberapa peranti baru telah mula hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh. Terbaru, Realme dijangka hadir dengan satu lagi telefon pintar dengan kapasiti bateri sebesar 6000mAh, dan mungkin dikenali dengan nama Realme C12.

Ternyata ianya benar dan tarikh pelancarannya turut telah dikongsi yang mana ia dijadualkan berlangsung di India pada 18 Ogos kelak. Seiring itu, pada acara sama, Realme turut dijangka memperkenalkan Realme C15 untuk pasaran India, yang mana sebelum ini telah pun dilancarkan di Indonesia. Sebagai peranti yang dilancarkan di bawah siri Realme C, kita boleh menjangkakan Realme C12 juga hadir dengan spesifikasi asas sama seperti Realme C11 dan Realme C15, dan ditawarkan pada harga yang mesra poket.

Sama-sama kita nantikan 18 Ogos ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar Realme C12 ini.

Realme-C12-3-950x950.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme C12 Kini Rasmi - Hadir Dengan Bateri 6000mAh & Tri Kamera Belakang

Realme hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar mampu-milik dibawah siri Realme C, iaitu Realme C12. Pengenalan peranti ini hadir selepas pengenalan Realme C11 dan juga Realme C15 baru-baru ini. Realme C12 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM, dan storan 32GB.

Telefon pintar ini dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 6000mAh, dengan pengecasan 10W. Realme C12 turut hadir dengan bicu audio 3.5mm, selain radio FM, dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ia juga turut menyertakan sokongan kalis percikkan air. Perbezaan antara Realme C15 dan juga Realme C12 boleh dilihat pada bahagian kamera. Realme C15 hadir dengan kamera swafoto 8-megapixel, selain empat kamera belakang.

Penawaran lain adalah lebih kurang sama, dengan perbezaan pada bahagian memori dan storan. Realme dijangka membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

realmec12_01-950x675.jpg


Berita asal https://buy.realme.com/id/goods/149
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme C12 - Bateri Mega 6000mAh Bersama Tri-Kamera Utama

Pelbagai syarikat peranti pintar berlumba-lumba dalam menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang mampu memenuhi permintaan, kehendak dan keperluan pengguna mereka. Antara aspek penting yang sering diambil kira sebelum seseorang itu membeli sebuah telefon pintar adalah kapasiti bateri yang ditawarkan. Hal ini adalah kerana, sekiranya kapasiti bateri yang ditawarkan adalah kecil, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada produktiviti harian kita. Jadi bagi memenuhi keperluan pengguna, realme telah melancarkan realme C12 yang merupakan telefon pintar pertama mereka yang hadir dengan kapasiti bateri mega 6000mAh.

Tetapi sebelum itu, kita perkenalkan dahulu spesifikasi penuh bagi realme C12 ini. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin seluas 6.5 inci bersama takuk kecil yang memberikan nisbah skrin ke badan seluas 88.7%. Telefon pintar ini juga menerima janaan cip pemprosesan Helio G35, penawaran memori 3GB RAM bersama 32GB storan, gabungan tri-kamera 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5MP. Manakala dari segi pengecasannya pula, realme C12 ini menawarkan bateri besar berkapasiti 6000mAh.

Seperti yang telah digembar-gemburkan, kita semua sudah tahu bahawa realme C12 ini merupakan peranti pertama daripada realme yang menawarkan bateri sebesar 6000mAh. Jika dahulu kita sering bergantung kepada powerbank dalam kehidupan seharian kita, namun dengan terbinanya bateri sebesar ini, ia sedikit sebanyak memudahkan lagi pergerakkan kita, dimana beg kita menjadi lebih ringan dengan ketiadaan powerbank yang besar dan berat.

Dengan kapasiti bateri sebesar ini, realme telah menjalankan satu ujian untuk model C12 dan menyatakan bahawa telefon pintar ini mampu untuk bertahan dalam mod sedia sehingga 57 hari, dimana menurut realme adalah lebih baik daripada sesetengah telefon pintar mercu yang ada di pasaran. Bukan sekadar itu sahaja, realme juga turut menyertakan perisian khas untuk mengoptimasikan dan menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar ini.

Pelbagai alternatif yang realme telah sediakan untuk pengguna mereka yang ingin menjimatkan penggunaan bateri. Antara perisian yang dibina pada telefon pintar untuk membantu mengurangkan penggunaan bateri adalah aplikasi Quick Freeze yang berfungsi untuk menghentikan penggunaan kuasa peranti apabila sesuatu aplikasi itu tidak digunakan. Manakala fungsi Screen Battery Optimization pula boleh digunakan untuk menurunkan beberapa efek paparan skrin secara automatik apabila perlu. Alternatif lain yang dapat menjimatkan penggunaan bateri adalah melalui pengaktifan mod Sleep Standby Optimization yang akan merendahkan penggunaan bateri apabila anda tidur. Tetapi sekiranya anda ingin penggunaan bateri yang dapat bertahan lebih lama, apa yang perlu anda lakukan adalah aktifkan mod Power Saving dimana ia akan merendahkan kecerahan skrin dan singkatkan waktu paparan skrin kepada 15 saat.

Kesimpulannya, realme C12 ini adalah telefon pintar yang sesuai bagi anda yang mementingkan untuk kegunaan harian. Dengan kapasiti bateri yang besar, anda tidak lagi memerlukan powerbank, dan lebih senang untuk bergerak. Melalui pelancaran telefon pintar ini, ia sekaligus menjadikan realme C12 sebagai telefon pintar dari siri C dan yang pertama daripada peranti kelas pertengahan yang hadir dengan bateri sebesar 6000mAh. Jadi bagi anda yang berminat, ikuti pelancaran realme C12 ini di pasaran Malaysia yang akan berlangsung esok, pada 25 Ogos 2020 pada pukul 11 pagi melalui siaran langsung Facebook mereka.


Ikuti pelancaran di https://www.facebook.com/realmeMalaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme C12 Bakal Di Lancarkan Di Malaysia Pada 25 Ogos

Realme Malaysia hari ini telah mengesahkan mereka bakal melancarkan Realme C12 secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 25 Ogos kelak. Realme C12 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Ia turut hadir dengan tri-kamera belakang untuk rakaman gambar, gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 6000mAh dengan pengecasan 10W. Buat masa ini, harga jualan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya pada 25 Ogos ini, termasuk tarikh ia akan dijual kelak.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Realme C12 Kini Dilancarkan Di Malaysia - RM529

Seperti yang dijanjikan, Realme C12 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, sebentar tadi. Antara penarik utama padanya adalah penawaran kapasiti bateri besar 6,000mAh, di samping sokongan kamera lebih banyak berbanding pendahulunya iaitu Realme C11.

Untuk spesifikasi, Realme C12 membawakan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+ bersama rekaan paparan bertakuk kecil. Ia juga menggunakan pemproses MediaTek Helio G35 dengan gabungan memori 3GB RAM dan ruang storan 32GB. Sebagai tambahan, ruangan ini boleh dikembangkan sehingga had maksimum 256GB menerusi sokongan kad microSD. Perisian yang digunakan pula adalah Realme UI berasaskan Android 10 terkini.

Untuk tetapan kamera, Realme C12 dilengkapi tiga kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4). Kamera swafoto pula adalah sebesar 5-Megapixel (f/2.0). Melengkapi peranti, bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecasan 10W menerusi port microUSB.

Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Coral Red dan Marine Blue. Bagi yang berminat, anda boleh dapat Realme C12 pada harga RM529 (3GB + 32GB). Lebih menarik, setiap pembelian akan didatangkan dengan Realme Buds Classic (RM59) dengan sejumlah hadiah percuma menarik termasuk Screen Magnifier, kerangka pelindung dan banyak lagi. Jualan secara atas talian bermula hari ini pada jam 1 petang, manakala jualan luar talian pula akan bermula pada 31 Ogos kelak.

Realm-C12-1-950x530.jpg

Realm-C12-2-950x530.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register