BTC USD 61,430.5 Gold USD 1,778.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Realme C11 Redmi 9A Redmi 9C dilancarkan serentak hari ini

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,762
Reaction score
638
Points
126
Perang smartphone kelas bajet RealMe vs Redmi
realmec11-rm429.jpg

Realme C11 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, dijana cip Helio G35, menggunakan memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia adalah kamera utama 13MP + sensor potret 2MP, dan kamera swafoto 5-megapixel.

Realme C11 menggunakan Android 10, dan dilengkapi antaramuka Realme UI.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM429 bermula 7 Julai 2020 ini.

Redmi 9A dan juga Redmi 9C.
redmi9c-9a.jpg

Redmi 9A hadir dengan skrin 6.53-inci HD+, dijana cip Helio G25, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan bateri 5000mAh menggunakan pengecas mikro-USB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 13-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel.


Redmi 9C turut hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip Helio G35, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan bateri 5000mAh dengan pengecas mikro-USB. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Redmi 9C turut menyertakan sensor pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Redmi 9A, pihak Xiaomi turut hadir dengan promosi khusus, ditawarkan pada harga RM319 khusus pada 7 Julai.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Xiaomi Redmi 9C - 3GB RAM & 64GB Storan Pada Harga RM479

Xiaomi hari ini telah membawa masuk satu lagi variasi telefon pintar dengan spesifikasi asas-pertengahan, iaitu Redmi 9C. Model baru yang ditawarkan menawarkan penaik-tarafan dari segi memori dan storan berbanding model penawaran sebelum ini.

Redmi 9C hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip Helio G35, dan dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecas mikro-USB. Ia dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Untuk tujuan sekuriti, ia menyertakan pengimbas cap jari dibelakang.

Redmi 9C versi 3GB RAM dan 64GB storan ini menawarkan tanda harga dengan penambahan RM50 berbanding versi 2GB RAM sebelum ini, iaitu RM479.

Pra tempahan untuk peranti ini bermula 14 Ogos sehingga 21 Ogos ini, dan akan dijual bermula 22 Ogos kelak.

redmi9c-rm479-950x950.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register