Reaktor nuklear pertama dibangunkan China mula beroperasi

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
d67a518e-d1aa-11e7-986f-48a2e310a482_1280x720_150955_1606543775.jpg

Perbadanan Nuklear Kebangsaan China (CNNC)


BEIJING: China memperkukuhkan pembangunan reaktor nuklear tempatan pertamanya, Hualong One, yang sudah mula beroperasi.

Ia secara langsung menandakan langkah penting dalam usaha Bejing mengurangkan kebergantungan pada sekutu Baratnya dalam aspek keselamatan tenaga dan teknologi kritikal.

Menurut Perbadanan Nuklear Kebangsaan China (CNNC), reaktor yang dihubungkan ke grid nasional semalam itu mampu menghasilkan 10 bilion kilowatt-jam elektrik setiap tahun termasuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 8.16 juta tan.

"Ini menandakan China berjaya memecah monopoli teknologi tenaga nuklear asing dan secara rasmi memasuki kumpulan pertama negara maju," kata CNNC dalam satu kenyataan.

Menurut Pentadbiran Tenaga Nasional, loji nuklear membekalkan kurang lima peratus keperluan elektrik tahunan China pada 2019 dan ia dijangka bertambah apabila republik itu berusaha untuk menjadi negara karbon neutral pada 2060.

Mengurangkan kebergantungan pada rakan dari negara Barat dalam sektor teknologi tinggi yang kritikal seperti penjanaan tenaga adalah objektif utama Beijing dalam rancangan 'Made in China 2025' (Buatan China 2025).

Subsidi negara bernilai berbilion dolar diberikan kepada syarikat China untuk mempercepatkan proses sehingga mencetuskan kemarahan rakan dagang China sengketa perdagangan yang berlarutan dengan Washington.

Menurut operator kilang CNNC, pembinaan reaktor Hualong One bermula pada 2015 dan kini terdapat enam reaktor lain sedang dibina di dalam dan luar negara.

Hualong One dipindahkan ke sebuah kilang di wilayah Fujian, timur China, di mana ia akan digunakan secara komersial pada akhir tahun ini selepas menjalani ujian.

China memiliki 47 loji nuklear dengan jumlah kapasiti janaan 48.75 juta kilowatt, menjadikannya yang tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

Beijing melabur berbilion dolar untuk membangunkan sektor tenaga nuklearnya dalam tempoh beberapa tahun lalu, dalam usaha untuk mengakhiri ekonominya terus bergantungan kepada arang batu.

Sebanyak 13 loji nuklear kini sedang dalam pembinaan di China, jauh lebih banyak berbanding kebanyakan negara lain meskipun ia berdepan masalah alam sekitar dan keselamatan.

Pada Ogos 2016, pegawai terpaksa menghentikan rancangan untuk membangunkan kemudahan sistem nuklear di Lianyugang iaitu sebuah kota di wilayah Jiangsu timur kerana dibantah ribuan penduduk. - AFP

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,646
Reaction score
1,397
Points
201
Baca utube nye compared nuklear reaktor vs fosil reaktor.. nuklear bina 5thn-10thn.. roi 20 thn.. fosil. 2,-3thn. Roi 7-10thn.. tu yg Malaysia x berani kot
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
China hidupkan 'matahari buatan' kuasa nuklear
CHINA-SCIENCE-ENERGY_1607085697.jpg

Reaktor HL-2M Tokamak yang dikenali sebagai ‘matahari buatan’ dipamerkan di makmal penyelidikan di Chengdu, wilayah Sichuan di timur China. - Foto AFP

BEIJING: China buat kali pertama berjaya menghidupkan reaktor gabungan nuklear atau 'matahari buatan', sekali gus menandakan kemajuan besar negara itu dalam kemampuan penyelidikan tenaga nuklear.


Reaktor HL-2M Tokamak adalah peranti penyelidikan eksperimen peleburan nuklear terbesar lagi termaju di China dan saintis berharap ia berpotensi membuka sumber tenaga bersih.

Ia menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas dan mampu mencecah suhu lebih 150 juta darjah Celsius, kira-kira sepuluh kali lebih panas daripada pusat matahari.

Terletak di wilayah barat daya Sichuan dan berjaya disiapkan pada akhir tahun lalu, reaktor itu sering digelar 'matahari buatan' kerana tahap kepanasan dan tenaga yang dihasilkannya.


Akhbar People's Daily melaporkan, perkembangan tenaga gabungan nuklear bukan hanya menyelesaikan keperluan tenaga strategik China.

"Sebaliknya, turut memiliki kepentingan besar untuk pembangunan tenaga dan ekonomi nasional China yang lestari di masa hadapan.

"Saintis China sudah berusaha menghasilkan versi reaktor gabungan nuklear yang lebih kecil sejak 2006," katanya.

Selain itu, China juga merancang menggunakan peranti itu untuk bekerjasama dengan saintis yang menghasilkan International Thermonuclear Experimental Reactor, iaitu projek penyelidikan gabungan nuklear terbesar di dunia yang berpusat di Perancis dan dijangka siap pada 2025. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register