Rayuan keputusan bebas ahli perniagaan tuduhan bunuh ditetapkan 17 Mei

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, hari ini menetapkan 17 Mei untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua pengawal peribadinya daripada pertuduhan membunuh remaja berumur 14 tahun dari China pada 2004.

Pendengaran rayuan itu ditangguhkan beberapa kali berikutan Koh, 58, gagal hadir di mahkamah selepas mereka dibebaskan pada 20 September 2005.

Pada 24 Ogos 2008, Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap terhadap Koh, susulan kegagalannya hadir pada prosiding rayuan.

Hari ini, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Hassan Lah dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, turut menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar dua usul yang difailkan pengawal peribadi berkenaan Resty Agpalo, 40, dan Mohamad Najib Zulkifli, 32, dalam rayuan itu.

Kedua-dua pengawal peribadi itu hadir di mahkamah.

"Usul pertama ialah permohonan untuk mengemukakan keterangan lanjut di peringkat rayuan dan keduanya untuk membatalkan rayuan pihak pendakwaan atas alasan melanggar proses mahkamah," kata peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Resty dan Mohamad Najib kepada mahkamah.

Pendengaran rayuan pihak pendakwaan itu asalnya ditetapkan pada 14 Mac 2007 dan ditangguhkan beberapa kali, selepas Koh gagal hadir di mahkamah pada 30 Oktober 2007 dan 12 Mac 2008.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September 2005 daripada pertuduhan membunuh Xu Jian Huang tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Kadir Musa memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie dan wujud keraguan dan persoalan yang tidak terjawab dalam kes pendakwaan.

Mereka dituduh membunuh Xu, ketika itu adalah pelajar Mutiara Grammar International School, di sebuah banglo di Jalan Mengkuang off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 11 malam, 26 September 2004 dan 3.30 pagi keesokannya.

Koh diwakili peguam, Datuk V Sithambaram manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusof.
 
Top
Log in Register