Raymond Cheah Bukan Penasihat TPM

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
24.01.2020 - Putrajaya, Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata, individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Raymond Chead bukanlah penasihat kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, pejabat terbabit tidak pernah melantik Cheah sebagai penasihat timbalan perdana menteri.

"Justeru sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri mahupun Wan Azizah," kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini dan dipaparkan di media sosial ahli parlimen Pandan itu.

Mengiringi kenyataan itu ialah gambar memaparkan sekeping kad yang menunjukkan Cheah sebagai penasihat kepada "Jabatan Timbalan Perdana Menteri."

Untuk rekod, jabatan tersebut tidak wujud, sebaliknya yang ada ialah Jabatan Perdana Menteri.

Turut dipaparkan pada kad membawa nama Cheah itu ialah nama Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim.

Jurucakap di Pejabat Timbalan Perdana Menteri juga memberitahu mereka akan mengambil tindakan lanjut berhubung isu berkenaan.

"Satu laporan polis sudah dibuat kerana individu terbabit telah menyalahgunakan nama baik pejabat Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, mereka menerima banyak pertanyaan daripada orang awam berhubung kesahihan dakwaan Cheah dan mereka mengirim kad nama tersebut untuk mendapatkan kepastian.

"Kami sudah cuba menghubungi nombor yang tertera pada kad tersebut tetapi panggilan kami ditolak," katanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508335
 
Top
Log in Register